omniture

Marlin Equity Partners Umum Pelaburan Minoriti Strategik oleh Blackstone

Marlin Equity Partners
2019-05-18 23:07 206

LOS ANGELES dan LONDON, 19 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Marlin Equity Partners, sebuah firma pelaburan global, hari ini mengumumkan bahawa Strategic Capital Group Blackstone (NYSE: BX) telah membuat pelaburan minoriti yang pasif dalam firma berkenaan.

Strategic Capital Group Blackstone merupakan sebahagian daripada Blackstone Alternative Asset Management (BAAM) dan mengkhusus dalam perkongsian minoriti bersama pengurus-pengurus aset alternatif terkemuka. Pelaburan ini akan membolehkan Marlin terus melabur dan meluaskan lagi platform pelaburan globalnya, mengukuhkan komitmen dan penjajarannya dengan kumpulan pelaburnya yang pelbagai serta memanfaatkan sumber global dan keupayaan Blackstone.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2005, Marlin berkembang pesat menjadi sebuah firma pelaburan global yang terkemuka dengan lebih $6.7 bilion modal bawah pengurusan dan menyempurnakan lebih 140 urus niaga dalam industri-industri sasaran utamanya, termasuk perisian, teknologi, IT penjagaan kesihatan, perkhidmatan didayakan teknologi dan teknologi perindustrian.

"Pelaburan oleh Blackstone ini mengesahkan lagi organisasi terbaik dalam kelas yang telah kami bina serta proposisi nilai yang sebenar bagi pendekatan dipacu hubungan kami untuk melabur," kata David McGovern, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Marlin. "Kami teruja untuk menerima Blackstone sebagai rakan kongsi strategik dan berharap dapat memanfaatkan kepakaran mereka serta kepelbagaian sumber yang luas untuk terus melabur dan meletakkan platform global kami di kedudukan untuk mencapai kejayaan jangka panjang."

"Pendekatan Marlin terhadap pelaburan meletakkan tumpuan yang tinggi untuk bekerjasama dengan pasukan-pasukan pengurusan bagi menyokong perniagaan, meningkatkan operasi dan mempercepatkan pertumbuhan," kata Scott Soussa, Ketua Strategic Capital Group BAAM. "Penekanan terhadap penciptaan nilai jangka panjang ini dalam seluruh syarikat yang mendasarinya meletakkan Marlin di kedudukan untuk meraih kejayaan yang berterusan dan kami teruja untuk bekerjasama dengan mereka."

Terma-terma urus niaga tidak didedahkan.

Evercore bertindak sebagai penasihat kewangan Marlin Equity. Kirkland & Ellis LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang Marlin Equity manakala Simpson Thacher & Bartlett bertindak sebagai penasihat undang-undang Blackstone.

Latar Belakang Marlin Equity Partners
Marlin Equity Partners ialah sebuah firma pelaburan bertaraf global yang memiliki lebih $6.7 bilion modal bawah pengurusan. Firma ini memberi tumpuan dalam menyediakan syarikat induk korporat, pemegang saham dan juga pihak berkepentingan lain dengan penyelesaian khusus yang dapat memenuhi keperluan perniagaan dan kecairan mereka. Marlin melabur dalam segmen-segmen perniagaan yang merangkumi pelbagai industri, yang mana modal asas, hubungan industri dan rangkaian sumber operasinya yang luas mengukuhkan prospek syarikat dan meningkatkan nilai dengan ketara. Sejak ditubuhkan, Marlin berjaya menyelesaikan lebih 140 pemerolehan menerusi kumpulan dana dan syarikat-syarikat yang berkaitan. Ibu pejabat firma ini terletak di Los Angeles, California, dengan pejabat tambahan terletak di London. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.marlinequity.com.

Latar Belakang Blackstone Alternative Asset Management
Blackstone Alternative Asset Management (BAAM®), platform Penyelesaian Dana Lindung Nilai Blackstone, ialah pelabur budi bicara yang terbesar di dunia bagi dana lindung nilai, dengan kira-kira $80 bilion aset bawah pengurusan. BAAM mengurus set perniagaan yang pelbagai termasuk perniagaan penyelesaian tersuai, platform situasi khas, perniagaan benih dana lindung nilai, platform dana bersama terbuka dan perniagaan yang membeli kepentingan dalam pengurus aset alternatif yang kukuh. Dalam kesemua rangkaian perniagaan BAAM, ia membuat pemilihan dan perkongsian teliti dengan pengurus dana menerusi pelbagai kelas aset dan strategi bagi mencipta penyelesaian untuk pelaburnya. Melalui tumpuan yang tinggi pada matlamat pelanggan, proses dan akses ketekunan wajar yang teliti terhadap wawasan global Blackstone, BAAM berusaha untuk menjana pulangan terlaras risiko yang menarik dalam kitaran pasaran di samping memelihara modal semasa berlakunya persekitaran pasaran yang tertekan.

 

Source: Marlin Equity Partners
Related Stocks:
NYSE:BX
Keywords: Banking/Financial Service