omniture

HONEYWELL MEMPERKENALKAN PERISIAN UNTUK MEMBANTU OPTIMUMKAN OPERASI GUDANG

Honeywell
2023-09-21 17:37 33

MesonX Warehouse Management System yang boleh diskala, dikonfigurasi dan mempunyai harga yang berpatutan dapat dipasang hampir 10 kali ganda lebih pantas berbanding sistem konvensional untuk membantu perniagaan dalam pengurusan inventori, pemenuhan pesanan dan lain-lain.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 September 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, Honeywell memperkenalkan teknologi perisiannya yang terbaru, direka untuk memenuhi permintaan penggudangan, pemenuhan pesanan dan keperluan pengedaran yang semakin berkembang di Asia Tenggara dan pasaran global yang lain.

MesonX WMS untuk operasi logistik di Asia Tenggara.
MesonX WMS untuk operasi logistik di Asia Tenggara.

Syarikat ini memperkenalkan MesonX Warehouse Management System (WMS), sebuah penyelesaian perisian yang direka untuk meningkatkan dan menyelaraskan operasi gudang dan pusat pengedaran (DC). Bermula dengan pengendalian penerimaan masuk dan penyimpanan hingga pengurusan pengisian semula, pengambilan, pemenuhan pesanan dan penghantaran, perisian ini memberikan kawalan 'end-to-end'  fleksibel yang diperlukan untuk mempermudahkan operasi perniagaan supaya sentiasa kekal di hadapan dalam pasaran yang mencabar ini.

Perisian MesonX WMS mudah diguna, fungsi yang telah dikonfigurasi boleh digunakan dengan pantas dan mempunyai kos yang berpatutan. Syarikat-syarikat boleh jangka kos pelaksanaan lebih rendah sehingga 80% dengan perisian baru ini yang boleh beroperasi sepenuhnya dalam dua minggu dengan hanya 250 jam perkhidmatan 'onboarding'. Ini merupakan satu penambahbaikan yang jauh lebih pantas berbanding masa pelaksanaan biasa yang mengambil 2,000 jam.

"Pengembangan gudang yang pesat dan peningkatan kompleksiti memenuhi saluran 'omnichannel' membawa cabaran baharu dalam pengurusan inventori operasi DC. Cabaran ini boleh berlaku  sebagai ketidaktepatan inventori yang mengakibatkan kesesakan aliran kerja, gangguan dalam produktiviti buruh dan pengurangan kualiti khidmat pelanggan. Kesemua cabaran ini akan kurangkan margin keuntungan dengan ketara," kata Jonathan Kwok, Pengurus Besar Honeywell Logistics Solutions. "MesonX WMS bukan sekadar WMS biasa. Ia juga menawarkan ciri-ciri standard seperti pemprosesan masuk/keluar, dan pengurusan inventori dan sumber. Namun, apa yang membezakannya adalah keupayaan menyampaikan prestasi yang kukuh termasuk integrasi yang lancar, pemasangan yang cepat, konfigurasi yang mendalam, dan penyesuaian yang mudah dengan perubahan perniagaan pada masa depan."

Syarikat-syarikat logistik sering menghadapi kos yang tinggi, tambah dengan masa yang lama untuk merancang, membangun, mengkonfigurasi dan menguji WMS untuk operasi mereka. Cabaran-cabaran ini boleh menghalang syarikat yang mengalami perbelanjaan yang ketat dan jangka masa projek yang singkat. Sesetengah syarikat ini melabur terlalu banyak dalam sistem yang menawarkan lebih banyak ciri daripada apa yang mereka perlukan. Manakala yang lain pula membina sistem  WMS 'buatan sendiri' yang mungkin tidak begitu cekap lepas syarikat sudah berkembang.   MesonX WMS dapat selesaikan masalah ini kerana ia dibuat khas kepada aliran kerja tertentu, lalu menghapuskan keperluan 'custom coding' yang mahal.

Apabila perniagaan berkembang, pengguna boleh memanfaatkan ciri-ciri konfigurasi untuk tingkatkan MesonX WMS supaya dapat berkembang sekali. Di samping itu, perisian ini berintegrasi secara lancar dengan pelbagai peranti, termasuk komputer mudah alih, teknologi automasi suara, pencetak, pengimbas kod bar, robotik dan lain-lain. Honeywell Logistics Solutions bersama rakan-rakan kongsi mereka yang sah, memiliki rekod prestasi gemilang membantu perniagaan dalam pelbagai industri seperti sektor runcit, 3PL, pakaian, e-dagang, farmaseutikal, pembuatan dan rangkaian sejuk. Pelanggan mereka beroperasi di 24 negara, mengurus lebih 2,600 gudang termasuk sebuah gudang dengan kapasiti luar biasa yang mengendalikan pesanan sehingga 1.6 juta sehari.

Kunjungi Honeywell Logistics Solutions.

Honeywell Safety and Productivity Solutions (SPS) menyediakan produk, perisian dan penyelesaian berhubung yang meningkatkan produktiviti, keselamatan tempat kerja dan prestasi aset untuk pelanggan kami di seluruh dunia. Kami menunaikan janji ini melalui peranti mudah alih, perisian, teknologi awan dan penyelesaian automasi yang terkemuka dalam industri, rangkaian terluas alat pelindung diri dan teknologi pengesanan gas serta sensor, suis dan kawalan yang direka khas. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: sps.honeywell.com.

Honeywell (www.honeywell.com) mempunyai penyelesaian khusus industri termasuk produk dan perkhidmatan aeroangkasa; teknologi kawalan untuk bangunan dan industri; serta bahan prestasi di peringkat global. Teknologi kami bantu menjalinkan hubungan antara pesawat, bangunan, kilang pembuatan, rantaian bekalan dan pekerja supaya dunia kita jadi lebih pintar, selamat dan lestari. Untuk berita dan maklumat lanjut mengenai Honeywell, sila kunjungi www.honeywell.com/newsroom.

Source: Honeywell
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Transportation New products/services Supply Chain/Logistics