omniture

Takrifkan Semula Keselamatan dengan Portfolio Keselamatan Pintar HiSec Huawei Serba Baharu dan Penyelesaian Keselamatan HiSec SASE Berkuasa

Huawei
2023-09-26 01:09 45

SHANGHAI, 26 September 2023 /PRNewswire/ -- Semasa HUAWEI CONNECT 2023, Huawei Security menghimpunkan golongan elit industri global, pemimpin teknikal dan pembuat keputusan industri kanan untuk meneroka secara kolaboratif rangka tindakan perintis bagi tujuan pembangunan keselamatan rangkaian. Di sesi keselamatan, Mike Ma, Presiden Domain Produk Keselamatan, Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, memperkenalkan seni bina keselamatan bersepadu awan-rangkaian-pinggir-titik-akhir HiSec 3.0 yang baru dinaik taraf dan menghuraikan mengenai pemahaman dan amalan baharu Huawei terhadap keselamatan rangkaian. Sementara itu, Huawei melancarkan penyelesaian keselamatan HiSec SASE yang dibangunkan berasaskan seni bina awan-rangkaian-pinggir-titik-akhir yang mentakrifkan semula sempadan keselamatan perusahaan.

Mike Ma, President of Security Product Domain, Huawei Data Communication Product Line
Mike Ma, President of Security Product Domain, Huawei Data Communication Product Line

Penyelesaian Keselamatan Bersepadu Awan-Rangkaian-Pinggir-Titik-Akhir HiSec 3.0 Huawei Serba Baharu Melindungi Keselamatan Perusahaan

Mike Ma menyatakan bahawa pembangunan digital telahpun menjadi satu keutamaan negara, dengan keselamatan rangkaian berfungsi sebagai asas dalam dunia digital. Bagi melindungi keselamatan perusahaan, Huawei menaik taraf penyelesaian keselamatan bersepadu awan-rangkaian-pinggir-titik-akhir HiSec 3.0. Dari segi awan, lebih 10 perkhidmatan SaaS pada platform awan Huawei Qiankun boleh dilanggan atas-permintaan dan disediakan pada masa sebenar bagi memastikan perlindungan yang berkesan. Dari segi rangkaian, keupayaan rangkaian dan keselamatan disepadukan, serta pengurusan dan kawalan diperkemas untuk mewujudkan rangkaian yang dipermudah. Dari segi pinggir pula, himpunan sumber keselamatan bekas dan pengaturan fleksibel rantaian perkhidmatan keselamatan mengupayakan pelaksanaan perkhidmatan dalam beberapa minit. Dari segi titik akhir, Huawei Qiankun EDR ringan, mudah digunakan dan mempunyai kadar pengesanan ancaman yang utama dalam industri. Dengan memanfaatkan kesemua ciri ini, HiSec 3.0 menawarkan perlindungan yang komprehensif serta tangkas untuk perusahaan.

Penyelesaian Keselamatan HiSec SASE Mentakrifkan Semula Sempadan Keselamatan Perusahaan

Dengan pecutan pantas transformasi digital, perkhidmatan dipindahkan ke awan, lalu menghasilkan ketersambungan semua benda dan pembangunan penumpuan awan-rangkaian. Walau bagaimanapun, kemajuan ini diiringi oleh peningkatan ancaman keselamatan yang dihadapi oleh perusahaan.

Berlatarbelakangkan hal ini, penyelesaian keselamatan HiSec SASE dilancarkan, yang mentakrifkan semula sempadan keselamatan perusahaan. Ia mempunyai empat ciri pintar yang penting: Pertama, operasi pintar, yang melaksanakan pengurusan, pengaturan dan tindak balas disatukan, menghasilkan pengurangan OPEX sebanyak 50%. Kedua, pengaturan pintar, yang membolehkan pemuatan atas permintaan berasaskan bekas dengan ciri-ciri keselamatan dan penggunaan sumber sebanyak lebih 70%. Ketiga, tak hilang pintar, yang menggunakan Pembetulan Ralat Hadapan Adaptif (A-FEC) bagi memastikan main balik video yang lancar walaupun dengan 30% kehilangan paket. Akhir sekali, tindak balas pintar, termasuk pengesanan dinamik yang berterusan, sandaran masa sebenar serta pemulihan fail disulitkan dan juga kehilangan paket sifar.

Semasa perbincangan meja bulat keselamatan rangkaian kewangan, Huawei mengundang perusahaan kewangan terkenal dari serata dunia dan membincangkan keselamatan cawangan SASE. Penyelesaian keselamatan HiSec SASE Huawei sesuai untuk pejabat jarak jauh, rangkaian berbilang cawangan dan senario perlindungan titik akhir. Ia menawarkan akses yang cekap dan selamat ke SaaS, awan awam, Internet, ibu pejabat perusahaan untuk pelanggan dalam sektor-sektor seperti perkhidmatan awam, kewangan dan pembuatan.

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications