omniture

Xinhua Silk Road: Buah mandarin orah di Daerah Xingbin Guangxi bersedia tembusi pasaran luar negara

Xinhua Silk Road
2023-10-09 21:45 31

BEIJING, 9 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya Ekspo China-ASEAN ke-20, buah mandarin orah dari Daerah Xingbin di Bandar Laibin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China, diterima oleh pembeli Filipina.

The photo shows the Marketing Director (lady in red on the right) of Raspina Tropical Fruits Inc. from the Philippines visiting Wanmao Modern Orah Mandarin Base and formalizing a cooperation agreement for orah mandarin procurement.
The photo shows the Marketing Director (lady in red on the right) of Raspina Tropical Fruits Inc. from the Philippines visiting Wanmao Modern Orah Mandarin Base and formalizing a cooperation agreement for orah mandarin procurement.

Pada 19 September, Jocelyn Tago, Pengarah Pemasaran Raspina Tropical Fruits Inc. Filipina menandatangani satu perjanjian kerjasama untuk perolehan buah mandarin orah dengan wakil-wakil daripada perusahaan-perusahaan yang berpangkalan di Daerah Xingbin.

Terletak di bahagian tengah Guangxi, Daerah Xingbin mendapat manfaat daripada iklim yang menggalakkan dengan cahaya matahari yang banyak serta curahan hujan yang mencukupi sepanjang tahun, lalu mewujudkan persekitaran ekologi yang ideal untuk menanam buah mandarin orah yang berkualiti tinggi.

Semasa Ekspo China-ASEAN, Biro Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar Daerah Xingbin menyelaraskan lawatan ke industri buah mandarin orah oleh syarikat-syarikat asing. Jocelyn Tago diundang untuk melawat kebun mandarin orah 3,600 mu (kira-kira 240 hektar) yang dimiliki oleh Guangxi Laibin Yongqiang Fruit Industry Co., Ltd.

Jocelyn Tago mendapat pemahaman tentang penanaman dan pengeluaran buah mandarin orah daripada penanam tempatan sepanjang lawatan. Sementara itu, beliau melawat bengkel barisan pengisihan dan pembungkusan buah standard di Wanmao Modern Orah Mandarin Base.

Di Ekspo China-ASEAN ke-20, semasa sesi yang dikhususkan untuk pengeluaran dan pemasaran buah mandarin orah Xingbin, Jocelyn Tago menyatakan keyakinan tentang prospek industri buah mandarin orah di Daerah Xingbin. Mereka bersedia untuk memeterai hasrat perolehan melalui perjanjian kerjasama dengan perusahaan-perusahaan buah mandarin orah tempatan, tambah Jocelyn Tago.

Menurut Wu Lushan, timbalan pengarah Biro Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar Daerah Xingbin, terdapat 80,000 mu (kira-kira 5333 hektar) kebun buah mandarin orah di daerah itu, menghasilkan kira-kira 240,000 tan buah setiap tahun. Dalam bulan April dan Ogos tahun ini, buah mandarin orah Xingbin mendapat pensijilan sebagai makanan hijau dan produk pertanian baharu berkualiti tinggi yang diiktiraf di peringkat kebangsaan.

Di Ekspo China-ASEAN pada tahun ini, buah mandarin orah ini amat digemari oleh syarikat-syarikat asing dari Filipina, Kemboja dan Singapura, kata Wu.

Ekspo China-ASEAN ke-20 telahpun diadakan di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, pada 16-19 September 2023.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/336350.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Agriculture Publishing/Information Service