omniture

Ulang Tahun ke-70 Kebangkitan Warsaw - Akreditasi Akhbar

Bahagian Akhbar Bandar Warsaw
2014-07-09 14:42 171

WARSAW, Poland, 9 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Pada 1 Ogos 1944, Warsaw, Ibu kota Poland telah menyaksikan permulaan salah satu peristiwa paling penting dalam sejarah moden Poland – Kebangkitan Warsaw.

Semua wartawan yang berminat untuk membuat liputan media bagi acara ulang tahun tersebut yang akan turut mengalu-alukan kedatangan pihak insurgen, tetamu antarabangsa, pegawai Kerajaan Poland dan juga Datuk Bandar Warsaw, diminta untuk melengkapkan Borang Akreditasi yang boleh didapati di sini, sebelum 11:59 malam pada hari Khamis, 24 Julai 2014.

Program ulang tahun ini, 30 Julai - 1 Ogos yang memerlukan akreditasi POOL atau piawaian, boleh didapati di sini. Pusat Akhbar akan beroperasi di pl. Zamkowy, Warsaw bermula pada 29 Julai.

Pada 1 Ogos 1944, kira-kira 25 ribu tentera yang kurang lengkap bersenjata daripada angkatan tentera bawah tanah Poland turut sama menyertai perjuangan menuntut kebebasan menentang angkatan tentera Jerman yang amat besar. Tidak lama kemudian, jumlah tentera Poland tersebut meningkat menjadi kira-kira 50 ribu orang. Namun begitu, tanpa bantuan sekutu mereka, selain berhadapan dengan kelebihan berbeza yang dimiliki tentera Nazi-Jerman, serta angka korban yang tinggi, angkatan tentera Poland itu dipaksa untuk menyerah setelah pertempuran berterusan selama 63 hari.

Sementara itu, pihak Nazi-Jerman yang telah diancam oleh Medan Timur baharu, telah terlibat dalam pertempuran yang melibatkan tentera terbaik mereka. Ini bertujuan untuk menghapuskan bandar dan penduduknya – suatu tindakan penghapusan bangsa. Secara keseluruhan, Nazi telah mengorbankan hampir 180 ribu nyawa orang awam yang tinggal di Warsaw.

Kebangkitan tersebut tidak berhasil daripada segi ketenteraan. Walau bagaimanapun, tradisi perjuangan kami menuntut kemerdekaan telah terselamat daripada usaha propaganda Soviet. Inilah yang kekal ketika 25 tahun lalu pada tahun 1989, Poland telah berjaya mendapatkan kemerdekaan.

HUBUNGI:
Bahagian Akhbar Bandar Warsaw
e-mel: powstanie@um.warszawa.pl
telefon: +48-22-44-33-89

Source: Bahagian Akhbar Bandar Warsaw
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services