omniture

Memacu Inovasi dalam Diagnostik: Penyelesaian Terkini Fapon di Ekspo Hospital Indonesia 2023

Fapon
2023-10-19 20:04 36

JAKARTA, Indonesia, 19 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Fapon, sebuah syarikat sains hayat yang terkemuka, akan mempamerkan inovasinya yang terkini dalam bahan mentah teras IVD, perkhidmatan reagen dan platform instrumen terbuka di Ekspo Hospital Indonesia 2023 mulai 18 Oktober hingga 21 Oktober 2023. Semasa pameran berkenaan, syarikat ini akan mendedahkan produk baharu seperti HIV-P24 serta bahan mentah penyalahgunaan dadah (DOA) serta penyelesaian sehenti untuk imunocerakinan kemiluminesen (CLIA).

Fapon's Latest Solutions at Indonesia Hospital Expo 2023
Fapon's Latest Solutions at Indonesia Hospital Expo 2023

Memajukan Ujian Penyakit Berjangkit dengan HIV-P24 Fapon

Dengan pengalaman selama dua puluh dua tahun dalam bahan mentah diagnostik in-vitro (IVD), Fapon mengukuhkan kedudukannya sebagai pelopor dalam menangani penyakit berjangkit seperti HIV, HCV dan TP. Pameran produk Fapon yang akan datang ialah HIV-P24, lelaran bahan mentah yang terkini untuk ujian HIV generasi keempat yang mempunyai tahap kepekaan luar biasa. Di samping itu, selain daripada keupayaannya mengesan strain wabak pradominan di seluruh dunia, mencakupi rangkaian luas subjenis global biasa, HIV-P24 turut menawarkan ciri kebolehkesanan untuk HIV 2 P26. Bagi meningkatkan lagi dan mengesahkan prestasi cerakinan, Fapon dapat menyediakan panel kawalan kualitinya (QC) sendiri.

Menangani Isu-isu Dadah Global dengan Bahan-bahan Mentah DOA Fapon

Fapon akan turut mempersembahkan bahan mentah ujian pantas DOAnya di pameran tersebut, bagi menangani kebimbangan global terhadap pengambilan dadah seperti yang diketengahkan dalam World Drug Report 2022 oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah. Ujian urin POCT yang digunakan secara meluas berfungsi sebagai kaedah saringan yang amat penting dalam pelbagai persekitaran seperti tempat kerja dan hospital. Bahan mentah DOA daripada Fapon mengandungi berpuluh-puluh item, termasuk amfetamin, barbiturat dan buprenorfin, antara lain. Dengan tahap kepekaannya yang luar biasa, bahan mentah ini memenuhi piawaian antarabangsa yang ketat untuk ujian urin terpisah. Pengesahan yang ketat menunjukkan kereaktifan bukan silangnya dengan 40 dadah biasa. Tambahan pula, ia telah terbukti memberikan hasil bukan-positif-palsu dalam lebih daripada 80 sampel urin klinikal. Dengan adanya bengkel pengeluaran gred-perindustrian, Fapon berupaya memastikan pembekalan yang tepat pada masanya dan menyediakan pengesahan kepingan tak potong serta sokongan teknikal dalam pembangunan cerakinan untuk pelanggannya.

Memacu Inovasi dalam Diagnostik menerusi Instrumen CLIA Berkelajuan Ultra-Tinggi Fapon

Fapon akan turut membawa sistem CLIA dengan daya pemprosesan ultra-tinggi yang terkini, Shine i8000/9000 ke pameran. Sistem termaju ini memperlihatkan kecekapan yang luar biasa dengan memberi keputusan awal hanya dalam tempoh 10 minit, dengan kelajuan pengujian mengagumkan iaitu 900 ujian sejam. Selain daripada Shine i1000 dan Shine i2000 yang dilancarkan sebelum ini, penambahan baharu ini melengkapkan portfolio instrumen Fapon, menawarkan barisan instrumen CLIA dengan daya pemprosesan tinggi, sederhana dan rendah yang komprehensif. Membangun berdasarkan asasnya yang kukuh dalam teknologi IVD, Fapon mengintegrasikan bahan mentah, perkhidmatan reagen dan platform instrumen terbuka kepada satu penyelesaian sehenti bagi memacu inovasi dalam diagnostik klinikal untuk rakan kongsi IVDnya.

Memperkasa Sektor IVD Indonesia 

Bertapak kukuh dalam pasaran Indonesia selama beberapa tahun, Fapon telah menunjukkan komitmennya untuk memperkasa pembangunan industri IVD tempatan melalui produk dan penyelesaiannya yang canggih. Bagi meningkatkan lagi sokongannya kepada pasaran Indonesia. Fapon menubuhkan sebuah pejabat tempatan yang mengkhusus untuk menyediakan bantuan yang cekap kepada rakan-rakan kongsi tempatan yang ingin mendapatkan pensijilan Alat Kesehatan Diagnostik (AKD) dan Tingkat Komponen Dalam Negeri (TKDN).

Kunjungi reruai Dewan A, 105 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran Fapon.

Latar Belakang FAPON 

Fapon ialah sebuah syarikat sains hayat global terkemuka yang mengkhusus untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan bersepadu untuk diagnostik, biofarmaseutikal dan bioterapi. Mengintegrasikan penyelesaian sehenti untuk bahan mentah, reagen dan platform instrumen terbuka yang inovatif, Syarikat ini berkembang menjadi pembekal yang terkemuka bagi diagnostik in-vitro. Fapon memiliki inovasi termaju dalam teknologi terapeutik dan platform algoritma AI dengan pemahaman data yang dapat menyumbang kepada dunia yang lebih baik dan lebih sihat. Disokong oleh rangkaian penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan, penjualan dan perkhidmatan global yang mantap, produk Fapon telah mengukuhkan kehadiran di 68 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 2,500 rakan niaga seluruh dunia.

Ikuti kami di LinkedIn (Fapon) atau kunjungi laman web kami www.faponbiotech.com.

Source: Fapon
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services Trade show news