omniture

AlixPartners Mengukuhkan Perkhidmatan Pemulihan dan Penyusunan Semula di rantau Asia bersama Rakan Kongsi & Pengarah Urusan Baharu, Patrick Bance

AlixPartners
2023-10-25 10:00 28

SINGAPURA, 25 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- AlixPartners, firma perunding global, hari ini mengumumkan bahawa Patrick Bance telah menyertai bahagian Perkhidmatan Pemulihan & Penyusunan Semula di firmanya, sebagai Rakan Kongsi & Pengarah Urusan di Singapura.

Patrick merupakan seorang pakar korporat kewangan yang amat berpengalaman terutamanya dalam bidang penyusunan semula korporat kewangan formal dan tidak formal, usaha wajar, penggabungan dan pemerolehan, ekuiti dan pengumpulan dana modal serta penilaian syarikat. Beliau mempunyai pengalaman yang melebihi 15 tahun berkhidmat kepada pelbagai syarikat di sektor awam dan swasta, pemberi pinjaman dan modalwan, pemiutang bercagar dan tidak bercagar dan di pelbagai industri termasuk minyak dan gas, infrastruktur, perlombongan, logistik, perkhidmatan kewangan, peruncitan, teknologi, farmaseutikal, hartanah, pembinaan dan juga pembuatan. Tugasan yang diselesaikan beliau biasanya merentasi sempadan negara dan beliau juga memainkan peranan sebagai penasihat dan pengurus perniagaan dalambeberapa tugasan penyusunan semula yang terbesar dan amat rumit di Singapura serta Asia Tenggara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengalaman antarabangsa Patrick yang meluas membolehkan beliaumembantu syarikat-syarikat menangani isu-isu spesifik pasaran danrentas-sempadan yang rumit. Patrick berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Ijazah Sarjana dalam Perakaunan daripada University College Dublin. Beliau merupakan seorang Akauntan Berkanun dan pengamal insolvensi berlesen di Singapura. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Persatuan Pengurusan Pemulihan Asia Tenggara.

Lian Hoon Lim, Rakan Kongsi & Pengarah Urusan serta Pemimpin Serantau Asia, Perkhidmatan Pemulihan dan Penstrukturan, AlixPartners, berkata, "Kami teruja dengan penyertaan Patrick ke pasukan Singapura kami memandangkan permintaan terhadap kepakaran pemulihan yang semakin meningkat di Asia. Pengalaman luas beliau bekerja di negara-negara yang berbeza dan kepakaran dalam bidang korporat kewangan serta penyusunan semula mempunyai nilai yang penting untuk pelanggan kami di rantau ini, terutamanya dengan tinjauan suasana ekonomi yang tidak menentu pada masa kini."

Shiv Shivaraman, Pemimpin Bersama Asia di AlixPartners, berkata, "Keluasan pengalaman Patrick dalam bidang penyusunan semula menjadikan beliau penambahan yang berharga kepada pasukan global kami. Syarikat-syarikat di seluruh dunia menghadapi pelbagai cabaran dalam persekitaran perniagaan pada hari ini, seperti lonjakan inflasi, pengetatan monetari dan kadar faedah yang lebih tinggidan menyempitkan modal. Kami teruja dengan adanya Patrick bersama kami dan berharap akan dapat dipermanfaatkan dengan kepakaran beliau tatkala kami terus membantu pelanggan kami ketika mereka mengharungi badai ekonomi hari ini yang tidak dapat diramali."

Latar Belakang AlixPartners
AlixPartners adalah sebuah firma perunding global yang berkepakaran dalam membantu perniagaan berjaya mengatasi cabaran mereka yang paling rumit dan kritikal. Pelanggan kami termasuk syarikat, lembaga korporat, firma guaman, bank pelaburan, firma ekuiti persendirian dan lain-lain. Ditubuhkan pada tahun 1981, AlixPartners beribu pejabat di New York dan mempunyai pejabat di melebihi 20 bandar di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati www.alixpartners.com.

Source: AlixPartners
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Personnel announcements