omniture

Pendedahan Yadea yang Mengujakan di EICMA 2023: Apa yang Menanti

Yadea
2023-11-01 17:00 46

MILAN, 1 November 2023 /PRNewswire/ -- Yadea, peneraju global bagi kenderaan dua roda elektrik, sedang bersiap sedia untuk penampilan keenamnya di EICMA 2023, pameran motosikal ulung di dunia, dijadualkan berlangsung mulai 7 hingga 12 November. Tahun ini menandakan kejayaan yang penting untuk Yadea menerusi produk mengagumkan, teknologi inovatif dan ruang pameran yang luas. Pendedahan yang amat dinanti-nantikan bagi produk terkini dan teknologi termaju mereka ditetapkan pada hari pembukaan EICMA jam 15:45.


Tenaga alternatif untuk pengangkutan lestari mesti menjadi sorotan di pameran ini. Yadea menyertai EICMA dalam tahun 2015 semasa motosikal elektrik sukar ditemui di seluruh dunia. Dengan kepakaran selama lebih dua dekad dalam kenderaan dua roda elektrik, Yadea telah memegang gelaran berprestij No.1 global bagi jualan tahunan sejak enam tahun berturut-turut yang lalu. Jualan kenderaan dua roda elektrik pada tahun 2022 mencecah 14.01 juta unit.

Pertumbuhan luar biasa Yadea dikaitkan kepada bukan sekadar pemahaman industri dan pengalaman luasnya, tetapi juga kepada komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi teknologi. Di setiap pameran EICMA, Yadea mendedahkan produk baharu dan teknologi terkini, menekankan dedikasi mereka untuk menunaikan janji mereka dan memperlihatkan kadar inovasi teknologi Yadea yang pesat. Pada tahun 2022, Yadea meningkatkan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebanyak 31.1% berbanding tahun sebelumnya. Ketika ini, ia mempunyai enam pusat R&D teknologi, sebuah pusat reka bentuk perindustrian nasional dan dua makmal nasional CNAS, yang menempatkan lebih 1,000 pakar R&D dan lebih 1,800 paten. Yadea menumpukan perhatian untuk menguasai inovasi dan teknologi teras kenderaan elektrik, mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti antarabangsa, seterusnya untuk menyediakan penyelesaian hijau yang unggul untuk e-mobiliti kepada dunia.

Tahun ini, Yadea terus membawakan produk yang amat dinanti-nantikan. Pendedahan yang mendebarkan hanya akan diperlihatkan semasa Persidangan Pelancaran Produk Baharu pada 7 November. Sungguhpun demikian, produk baharu itu merangkumi kualiti prestasi yang tinggi, teknologi tinggi dan kecerdasan. Di EICMA pada tahun sebelumnya, Yadea mendedahkan KEENESS VFD, menawarkan prestasi yang setanding dengan motosikal berkuasa gas 125cc. Kemudian, apakah yang akan ditawarkan pada tahun ini dan apakah kejayaan yang akan disertakan? Bagi mengetahui jawapan, sertai persidangan pelancaran.

Menjangkau ruang pameran seluas 800m2 yang mengagumkan, Yadea akan turut mempamerkan KEENESS dengan reka bentuk baharu dan barisan produk ekstensif yang dibuat dengan teliti bagi memenuhi keperluan berpusatkan pengguna, termasuk e-motosikal berprestasi tinggi, e-moped, e-skuter, e-basikal dan e-kenderaan-tiga-roda. Sertai kami di Reruai E52, Dewan 18 dan mulakan perjalanan yang mengujakan menuju masa depan mobiliti hijau dengan Yadea!

Perhubungan PR:
media@yadea.com 

 

 

Source: Yadea
Related Stocks:
HongKong:1585
Keywords: Alternative Energies Auto Computer/Electronics Electronic Design Automation Environmental Products & Services Transportation Utilities New products/services Trade show news Future Events