omniture

Tangki Simpanan LNG 270,000 Meter Padu Terbesar China Kini Beroperasi

SINOPEC
2023-11-04 15:20 11

QINGDAO, China, 4 November 2023 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") telah mengoperasikan secara rasmi tangki simpanan LNG 270,000 meter padu yang pertama di China dan juga terbesar di dunia pada 2 November di Terminal Penerimaan LNG Qingdao. Tangki berkenaan akan menambah 165 juta meter padu kapasiti simpanan bagi memenuhi permintaan gas daripada 2.16 juta isi rumah selama lima bulan semasa musim pemanasan musim sejuk yang akan meningkatkan dan menjamin pembekalan gas asli di China Utara.

China’s Largest LNG Storage Tank of 270,000 Cubic Meters Now in Operation.
China’s Largest LNG Storage Tank of 270,000 Cubic Meters Now in Operation.

Tangki simpanan LNG mega itu, direka bentuk, dibangunkan dan dibina sendiri oleh Sinopec, memiliki diameter 100.6 meter dan ketinggian 55 meter, merupakan projek utama bagi pembinaan fasa III Terminal Penerimaan LNG Qingdao Sinopec. Tangki 270,000-meter-padu itu menerima pakai 17 teknologi berpaten dengan harta intelek bebas, struktur utama telahpun siap hanya dalam 18 bulan dan beroperasi penuh dalam tempoh 27 bulan.

Dalam proses pembinaan, Sinopec menyetempatkan aplikasi lebih 20 peralatan teras yang mengurangkan kos perolehan dengan ketara dan meningkatkan tahap penyetempatan tangki kepada 95 peratus, tertinggi di China.

Pada hari yang sama, Terminal Penerimaan LNG Tianjin Sinopec menyiapkan pembinaan fasa II dengan tiga tangki simpanan 220,000-meter-padu mula beroperasi sepenuhnya, menambah lebih 400 juta meter padu kapasiti penyimpanan gas asli untuk menjadikan jumlah kapasiti penyimpanan terminal Tianjin mencecah 1.08 bilion meter padu, yang terbesar di China. Dua terminal LNG Sinopec di Qingdao dan Tianjin, menerusi tujuh dan sembilan tangki simpanan masing-masing, memiliki sejumlah 1.68 bilion meter padu kapasiti penyimpanan, lantas menjamin pembekalan sumber dalam musim sejuk.

Sinopec terus meluaskan kapasiti penyimpanan gas asli susulan rancangan strategik yang meliputi skop penuh pengeluaran, pembekalan, penyimpanan dan penjualan, kini kumpulan ini memiliki kapasiti penyimpanan LNG kira-kira sebanyak 5 bilion meter padu. Sinopec membina 12 depot simpanan gas asli termasuk kluster Zhongyuan, Jintan, Wen 96 serta Jianghan Yanxue dan dalam masa yang sama turut memperluaskan terminal penerimaan LNG di Tianjin dan Qingdao.

Memandang ke hadapan, Sinopec menyasarkan untuk membina lebih banyak depot simpanan gas asli dan terminal penerimaan LNG di China bagi mengukuhkan lagi keupayaan penyimpanan gas asli dan pelarasan penggunaan gas puncak serta meluaskan kapasiti penyimpanan LNG sepanjang rancangan 5 tahunnya.

 

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 OTC:SNPTY
Keywords: Construction/Building Gas Oil/Energy Utilities