omniture

Bord Bia Dairy - Seminar Perdagangan di Kuala Lumpur 7 November 2023

Bord Bia
2023-11-10 20:14 18

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 November 2023 /PRNewswire/ -- Bord Bia - Irish Food Board menganjurkan seminar perdagangan dan acara perangkaian Tenusu Eropah Lestari dari Ireland di Le Méridien, bagi memperkenalkan produk tenusu EU/Ireland kepada pengedar Malaysia, pengimport, HORECA dan juga rakan media.

Acara berkenaan merupakan sebahagian daripada misi perdagangan rasmi ke Malaysia, dirasmikan oleh T.Y.T. Martin Heydon T.D., Menteri Negara bagi Penyelidikan dan Pembangunan, Keselamatan Ladang dan Pembangunan Pasaran Baharu di Jabatan Pertanian, Makanan dan Marin Ireland. (rujuk pautan GAMBAR 1 di bawah).

P.Y.T. Cik Orla Tunney, Duta Ireland ke Malaysia, menekankan kepentingan Malaysia untuk eksport pertanian-makanan Ireland yang mencapai RM 298 juta (€59.7 juta) dalam tahun 2022. (rujuk pautan GAMBAR 2 di bawah).

Jim O'Toole, Ketua Eksekutif Bord Bia, mengumumkan satu inisiatif baharu dengan kerjasama Pusat Inovasi dan Sumber Makanan Singapura (FIRC) bagi menyokong penyetempatan produk tenusu Eropah yang premium dari Ireland untuk pelanggan Malaysia.

Pembentangan daripada Bord Bia, Jabatan Pertanian, Makanan dan Marin Ireland serta Teagasc disediakan dan turut berkongsi pandangan berharga tentang produk tenusu EU/Ireland dan faedah-faedahnya yang tersendiri, dengan fokus pada bahan-bahan tenusu diberi makan rumput yang boleh dipercayai dari Eropah/Ireland.

Acara tersebut mempamerkan produk tenusu Eropah dari Ireland.

Pengeluaran Tenusu Eropah: Eropah ialah pengeluar produk tenusu yang terbesar di dunia, terkenal dengan produk tenusu yang pelbagai, berkualiti tinggi dan lestari dengan piawaian keselamatan makanan yang ketat.

Tenusu Lestari dari EU/Ireland: Pengeluaran produk tenusu Ireland berakar umbi di ladang-ladang yang dikendalikan oleh keluarga, mendapat manfaat daripada iklim sederhana dan curahan hujan yang banyak, lalu membolehkan lembu Ireland meragut rumput selama 240 hari, dengan 95% daripada diet lembu adalah rumput.

Pada tahun 2022, Ireland menduduki tempat kedua dalam Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI), mengambil kira isu-isu yang berkaitan dengan kemampuan, ketersediaan dan kualiti makanan serta piawaian keselamatan, sumber asli dan kebingkasan.

Latar Belakang Bord Bia - Irish Food Board: Bord Bia ialah sebuah agensi kerajaan yang mempromosikan produk makanan, minuman dan hortikultur Ireland di peringkat antarabangsa, dengan sebuah Pusat Kecemerlangan Asia Tenggara di Singapura.

Ketahui lebih lanjut: https://european-dairy.eu/eu-dairy-market/

Penafian: Siaran akhbar ini mengandungi maklumat semata-mata daripada pengarang dan mungkin tidak semestinya mewakili pandangan Kesatuan Eropah atau European Research Executive Agency (REA). Kesatuan Eropah mahupun pihak berkuasa yang memberi kebenaran tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kandungannya.

GAMBAR 1 : https://lepublicsysteme-my.sharepoint.com/:i:/g/personal/ade-roquefeuil_sopexa_com/EU1db5ZwQKlMuJkwvA5k0EUBFhZxhPqwk3CxAjKSYYYaSg?e=pkh2rE

GAMBAR 2 : https://lepublicsysteme-my.sharepoint.com/:i:/g/personal/ade-roquefeuil_sopexa_com/EYU3M_TkzU5NslONJnWnH5cB0wc9VmN81-A53kaS70jVWQ?e=Ofem9U

 

Source: Bord Bia
Keywords: Beverages Food/Beverages