omniture

BIPO Diiktiraf sebagai Petanding Utama dan Pelaku Terkemuka dalam Penilaian PEAK Matrix® 2023 Penyelesaian Senarai Gaji Berbilang-negara APAC Everest Group

BIPO
2023-11-28 11:00 22

SINGAPURA, 28 November 2023 /PRNewswire/ -- BIPO, penyedia penyelesaian senarai gaji dan kakitangan global yang terkemuka, diiktiraf sebagai Petanding Utama dalam Penilaian PEAK Matrix® 2023 Penyelesaian Senarai Gaji Berbilang-negara (MCP) APAC Everest Group buat tahun kedua berturut-turut. Dalam pencapaian pertama yang luar biasa, BIPO turut diiktiraf sebagai Pelaku Terkemuka, mencerminkan komitmennya kepada penambahbaikan yang berterusan dan kecemerlangan.

BIPO Recognised as a Major Contender in Everest Group's Multi-country Payroll (MCP) Solutions PEAK Matrix® Assessment 2023
BIPO Recognised as a Major Contender in Everest Group's Multi-country Payroll (MCP) Solutions PEAK Matrix® Assessment 2023

Penilaian meluas oleh Everest Group terhadap 27 penyedia penyelesaian MCP memberi kedudukan kepada BIPO sebagai Petanding Utama, memperlihatkan komitmennya untuk mengemudi landskap kawal selia yang rumit dan dedikasinya untuk meningkatkan keupayaan prestasi melalui AI, automasi dan integrasi. Platform pengurusan modal insan hujung-ke-hujung syarikat ini, Athena BI, memanfaatkan trend, data ramalan dan laporan masa sebenar bagi membolehkan perusahaan untuk membuat keputusan perniagaan yang strategik.

BIPO, mencakupi lebih 40 pejabat di peringkat global, menyediakan penyelesaian disatukan – perkhidmatan senarai gaji (SaaS/Penyumberluaran), HR dan EOR. Secara kolektif, penyelesaian ini memperkemas proses untuk mempermudah transaksi pembayaran rentas sempadan yang cekap. 21 enjin senarai gaji Kasar-ke-Bersih (Gross-to-Net, G2N) menyokong 13 bahasa bagi memastikan pematuhan dan kecemerlangan operasi. Bermula daripada EOR hingga Penyumberluaran Senarai Gaji Global, BIPO menampung pelbagai keperluan HR perniagaan melalui platform SaaS HRMS yang selamat.

Pada tahun ini, BIPO juga telah memperoleh gelaran Pelaku Terkemuka kerana menunjukkan penambahbaikan yang paling signifikan dari semasa ke semasa pada PEAK Matrix®. Kekuatan utama ditonjolkan dalam laporan Everest Group yang telah menyumbang kepada pengiktirafan BIPO termasuk pengembangan berterusan ke geografi baharu, pelaburan dalam teknologi pemenang anugerah, kepuasan pelanggan yang hebat serta ciri-ciri inovatif seperti BIPO Mobile App yang dipertingkat.

Priyanka Mitra, Naib Presiden di Everest Group, menyatakan bahawa terdapat peralihan yang ketara dalam jangkaan pembeli senarai gaji di rantau APAC sejak beberapa tahun yang lalu, terutamanya untuk pengalaman kedai-sehenti. "BIPO berkedudukan baik untuk memenuhi jangkaan ini dengan pakej gabungan perkhidmatan senarai gaji, HR teras dan EOR mereka. Pengiktirafannya dalam Penilaian PEAK Matrix® Penyelesaian Senarai Gaji Berbilang-negara (MCP) APAC Everest Group merupakan bukti komitmennya yang kukuh terhadap pengembangan global dan pengalaman pelanggan, mencerminkan pelaburannya untuk menembusi geografi baharu dan membangunkan ciri-ciri yang inovatif."


Michael Chen, Ketua Pegawai Eksekutif BIPO, menekankan dedikasi syarikat ini terhadap teknologi dan inovasi. "Pengiktirafan BIPO sebagai Petanding Utama untuk tahun kedua dan sebagai Pelaku Terkemuka menegaskan komitmen kami yang berterusan terhadap teknologi dan inovasi. Pengiktirafan ini menonjolkan dedikasi kami untuk menyampaikan platform senarai gaji berbilang negara sehenti, bersedia dari segi digital dan transformatif untuk pelanggan kami yang dihargai."

Ketahui lebih lanjut di www.biposervice.com atau ikuti BIPO di LinkedIn.

Latar Belakang BIPO

Ditubuhkan pada tahun 2010 dan beribu pejabat di Singapura, BIPO ialah penyedia bagi penyelesaian senarai gaji dan kakitangan global. Penyelesaian Pengurusan Modal Insan yang sedia untuk perusahaan daripada BIPO mengautomasikan proses sumber manusia (HR), mempermudah aliran kerja dan menyampaikan pandangan yang boleh diambil tindakan. Penyumberluaran senarai gaji global kami dan perkhidmatan Employer of Record (EOR) menyokong perniagaan untuk mengurus keperluan tenaga kerja global hari ini melalui jaringan lebih 40 pejabat, empat pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan rakan-rakan niaga merentas lebih 150 negara.

Hubungan Media

George Ho
Ketua Akaun Global & Perikatan
george.ho@biposervice.com 

Sofia Lee
Pengarah Akaun Strategik & Perikatan
sofia.lee@biposervice.com 

 

Source: BIPO
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Awards Financial Technology