omniture

ebm-papst labur di lokasi Singapura sebagai ibu pejabat Asia masa depan

ebm-papst SEA Pte. Ltd.
2023-12-05 10:55 24

SINGAPURA, 1 Disember 2023 /PRNewswire/ -- ebm-papst, pengeluar kipas dan motor terkemuka yang beribu pejabat di Mulfingen, Jerman, melabur sebanyak kira-kira satu juta EUR dalam pengembangan dan penukaran lokasi Singapuranya. Ibu pejabat asal rantau Asia Tenggara ini akan menjadi lebih penting dalam ebm-papst Group dan mengurus seluruh rantau Asia-Pasifik dan Asia Timur Tengah. Dalam konteks "Menyahgandingkan Strategi China," ebm-papst terus mengukuhkan kehadiran globalnya di Asia Tenggara dan meningkatkan kebingkasan rantaian bekalannya. Di China, ebm-papst dan hampir 2,000 pekerjanya memfokuskan pada pasaran Cina dan pelanggan tempatannya dengan lebih mantap.

 

Pada 28 November, ebm-papst mengadakan pembukaan besar-besaran bagi menonjolkan bangunan pejabat dan gudangnya yang dimodenkan di Singapura. Selain daripada pekerja dan ramai pelanggan serta pengunjung tempatan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dr. Klaus Geißdoerfer dan Ketua Pegawai Strategi / Ketua Pegawai Eksekutif Air Technology APAC & MEA, Thomas Nuernberger, menghadiri majlis keraian tersebut.

"Sebagai peneraju teknologi, kami ingin memanfaatkan dengan lebih baik potensi pasaran kami di rantau Asia-Pasifik. Sebagai sebahagian daripada strategi glokalisasi "tempatan untuk tempatan" kami, kami meluaskan rantau Amerika, Eropah dan Asia-Pasifik kami secara berterusan dan bebas termasuk China. Pengukuhan tapak Singapura merupakan satu kejayaan yang penting buat kami. Negara tersebut merupakan pelopor dalam bidang pendigitalan dan kemampanan, serta hab bagi rantau Asia—kombinasi yang sempurna untuk kami," kata Geißdoerfer.

"China masih dan akan tetap menjadi bahagian yang penting dalam ebm-papst Group dan aktiviti keusahawanan di rantau Asia," tambah Thomas Nuernberger. "Sesuai dengan pendekatan tempatan-untuk-tempatan kami, kami akan menghasilkan di China untuk China. Strategi ini menjadikan kami lebih bebas daripada ketegangan dasar ekonomi yang berpotensi, sekatan perdagangan serta kadar pertukaran yang turun naik. Bangunan ONE Shanghai baharu kami akan terus berfungsi sebagai ibu pejabat Cina yang penting."

ebm-papst terus melabur dalam pengembangan di China dan dalam masa yang sama pengusaha global ini turut meningkatkan kapasiti pengeluarannya di India. Pelaburan yang selanjutnya turut dirancang untuk Singapura.

Menerusi projek pengubahsuaian di Singapura, pengeluar kipas ini mencipta ruang kerja yang baharu dan menarik untuk pasukan pengurusan APAC, memodenkan kawasan kerja sedia ada dan bangunan gudang, serta membina makmal aplikasi berorientasikan masa depan selain pusat pengalaman pelanggan.

Pada masa akan datang, tuntutan syarikat ini untuk memimpin teknologi pengudaraan menuju generasi baharu akan dapat dilihat di sini. Selama berdekad-dekad, ebm-papst menetapkan piawaian dalam industri berhubung produk cekap tenaga. Pasukan ESG milik syarikat ini ketika ini sedang berusaha untuk menetapkan dan melaksanakan strategi kemampanan yang komprehensif. Matlamat iklim sudahpun jelas: agar menjadi neutral-iklim dalam syarikat (Skop 1 + 2) menjelang tahun 2025.

ebm-papst telah diwakili di Singapura sejak tahun 1996 dan ketika ini menggaji kira-kira 38 pekerja. Dalam makmal aplikasi, pekerja mencipta penyelesaian setempat dan berorientasikan pelanggan sejajar dengan keperluan pelanggan tempatan. Seramai 31 pekerja yang lain berkhidmat di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Thailand, Vietnam, Filipina dan Indonesia.

Latar Belakang ebm-papst

ebm-papst Group, sebuah syarikat kendalian keluarga yang beribu pejabat di Mulfingen, Jerman, ialah pengeluar kipas dan motor yang terkemuka di dunia. Sejak ditubuhkan pada tahun 1963, peneraju teknologi ini menetapkan piawaian industri antarabangsa dengan kecekapan terasnya dalam teknologi motor, elektronik, pendigitalan dan aerodinamik. ebm-papst menawarkan penyelesaian mampan, pintar dan dibuat khas untuk hampir setiap keperluan dalam teknologi pengudaraan dan pemanasan.

Dalam tahun kewangan 2022/23, Kumpulan ini menjana perolehan sebanyak EUR 2.540 bilion. Ia menggaji hanya kurang daripada 15,000 pekerja di 30 tapak pengeluaran (termasuk di Jerman, China dan A.S.) serta di 50 pejabat jualan di seluruh dunia. ebm-papst menetapkan penanda aras dalam hampir semua sektor, seperti teknologi pengudaraan, penyamanan udara dan refrigerasi, teknologi pemanasan, teknologi maklumat, kejuruteraan mekanikal, intralogistik dan juga teknologi perubatan.

Hubungi: Irene Ong, Irene.Ong@sg.ebmpapst.com 

Group CEO Dr. Klaus Geißdoerfer makes his opening speech
Group CEO Dr. Klaus Geißdoerfer makes his opening speech

 

 

 

Source: ebm-papst SEA Pte. Ltd.
Keywords: Construction/Building