omniture

Persidangan Perniagaan Global Zoomlion Agriculture Machinery Buka Lembaran Baharu untuk Pembangunan Jentera Pertanian

Zoomlion
2023-12-05 19:35 6

CHANGSHA, China, 5 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion", 1157.HK) mengadakan Persidangan Perniagaan Global Zoomlion Agriculture Machinery 2024 di Changsha, 28-29 November. Acara berkenaan menarik minat hampir 1,000 wakil penjual, termasuk lebih daripada 140 wakil antarabangsa dari lebih 20 negara.

Representatives from international agents taking a close look at Zoomlion Agriculture Machinery’s products
Representatives from international agents taking a close look at Zoomlion Agriculture Machinery’s products

Semasa persidangan, wakil penjual yang mengambil bahagian berpeluang untuk meneliti secara dekat koleksi peralatan canggih daripada Zoomlion Agriculture Machinery - 51 model yang mencakupi 12 kategori. Barisan produk meliputi seluruh proses pertanian, bermula daripada pembajakan dan penanaman hingga penuaian, pemprosesan jerami dan pengeringan. Sifat inovatif dan teknologi canggih daripada tawaran ini mendapat pujian tinggi daripada pengunjung.

"Zoomlion bersedia untuk mencipta paradigma baharu dalam teknologi, pembangunan produk, pembinaan pasukan dan pengembangan pasaran," kata Zhan Chunxin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Zoomlion. "Kami komited untuk memanfaatkan sepenuhnya kuasa pemikiran berasaskan internet untuk menginovasi model pembangunan tidak konvensional. Matlamat kami adalah untuk mencipta jentera pertanian dan hab peralatan bertaraf dunia."

Dalam bidang teknologi dan inovasi produk, Zoomlion, memanfaatkan sumber daripada jentera pembinaan dan membangunkan barisan produk penting bagi jentera pertanian termasuk traktor serta peralatan beras dan jagung. Teknologi seperti tenaga boleh baharu, pendigitalan dan AI daripada segmen jentera pembinaannya kini dipindahkan kepada jentera pertanian. Pendekatan ini membawa kepada pelbagai produk termaju, pintar dan mesra alam, bagi memenuhi keperluan industri. Zoomlion Agriculture Machinery meliputi 15 kategori utama, mencakupi kitaran pertanian penuh.

Dari segi kapasiti pengeluaran, kualiti, pemasaran dan perkhidmatan, Bahagian Zoomlion Agriculture Machinery menubuhkan sebuah pasukan khas dengan lebih 2,000 pakar, mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), penjualan dan perkhidmatan. Dengan bekerjasama bersama ejen serta wakil penjualnya, firma ini telah dapat membina jaringan jualan dan perkhidmatan yang luas mencakupi China serta lebih 70 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Model perniagaan luar negara syarikat ini yang inovatif memfokuskan pada penyelesaian hujung-ke-hujung dan integrasi digital, menyumbang kepada peningkatan hasil luar negara sebanyak lebih 100% berbanding tahun sebelumnya menjelang November. Pertumbuhan ini menjadikan Zoomlion sebagai pengeksport jentera pertanian terunggul Zoomlion China selama tiga tahun berturut-turut.

"Saya mula bekerjasama dengan Zoomlion Agriculture Machinery pada tahun 2021. Ketika ini, traktor mereka, yang berjulat antara 90 hingga 230 kuasa kuda, menguasai kira-kira 35% bahagian pasaran Kazakhstan, menerajui industri ini," jelas Aslan, pengurus cawangan pengedaran Kazakhstan. "Lawatan kami ke ibu pejabat Zoomlion memperdalam pemahaman dan keyakinan kami terhadap perkongsian masa depan kami."

Selepas lebih 30 tahun mencapai inovasi dan pertumbuhan tanpa henti, Zoomlion Heavy Industry telah dipelbagaikan kepada jentera pembinaan, jentera pertanian pintar dan bahan binaan inovatif. Syarikat ini melabur dengan banyak dalam hab pembuatan jentera pembinaan termaju.

"Telahpun terlibat dalam sektor jentera pertanian selama hampir sedekad, kami mempunyai rasa suka yang mendalam terhadap pertanian. Kami mengalami pasang surut dalam pasaran, namun begitu, komitmen kepada pembangunan jentera pertanian tetap tidak berubah," kata Ketua Pegawai Eksekutif Zoomlion, En. Zhan. "Syarikat ini menumpukan perhatian untuk memacu industri jentera pertanian menuju era pertumbuhan termaju, pintar dan mesra alam," tambah Zhan.

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Agriculture Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Trade show news