omniture

Program Kepimpinan EdHeroes mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan

EdHeroes Network
2023-12-06 20:07 29

TRIESEN, Liechtenstein, 6 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Menurut Laporan Pemantauan Pendidikan Global UNESCO 2024/2025, kepimpinan terletak pada teras pendidikan berkualiti, pembangunan dan kemajuan. EdHeroes melancarkan Program Kepimpinannya di GESS Dubai bagi menangani jurang dalam bidang pendidikan, keusahawanan, perhubungan dan pembangunan interpersonal.

EdHeroes swung into action with the launch of their Certification and Leadership programs, aimed to redefine the educational landscape.
EdHeroes swung into action with the launch of their Certification and Leadership programs, aimed to redefine the educational landscape.

Dalam perniagaan, amalan kepimpinan terbaik sentiasa berubah; begitu juga dengan bidang pendidikan, namun ramai pihak bersetuju bahawa kepimpinan berkualiti merupakan satu asas untuk memastikan produktiviti yang tinggi, kreativiti dan hasil positif yang konsisten. Kepimpinan tidak terhad kepada hanya satu industri; sebaliknya, dengan melihat corak merentasi pelbagai bidang yang berbeza, kita boleh menggabungkannya menjadi suatu panduan sejagat yang dapat bertahan sepanjang masa dengan lebih baik.

Dr. Osama Obeidat, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Perguruan Ratu Rania yang juga ahli Lembaga Penasihat EdHeroes membincangkan peranan penting kepimpinan dalam memupuk metodologi pengajaran yang berkesan dan pembangunan pelajar yang menyeluruh. Semasa di Persidangan GESS Dubai, Dr. Osama berkata: "Masa depan bermula di dalam bilik darjah. Adalah penting untuk membina semua keupayaan dan kemahiran ini seawal mungkin. Kami percaya perubahan tidak akan berlaku tanpa kehadiran pemimpin sekolah." Keseluruhan sesi tersebut boleh dilihat di sini.

Bermula di dalam bilik darjah, sehingga ke universiti dan ke peringkat dewasa - kepimpinan merupakan perkara yang membezakan mereka yang memandang tinggi kepada seseorang dan mereka yang dipandang tinggi. Pada persidangan tersebut, sebuah program yang berdasarkan amalan inovatif terbaik dalam industri telah dilancarkan: iaitu Program Kepimpinan EdHeroes. Dengan menggabungkan pendekatan keusahawanan dan pendidikan, ia membantu meningkatkan individu secara menyeluruh, sama ada bekerja dengan syarikat korporat atau sendiri. Bagi menyokong kepimpinan dan organisasi yang dipacu impak, EdHeroes telah mewujudkan sebuah inisiatif Pensijilan untuk program pendidikan yang boleh dilihat di sini.

EdHeroes menggalakkan orang ramai untuk menjadi pemimpin dan mempromosikan kepimpinan untuk kesejahteraan mereka dan kemakmuran seluruh komuniti. Kepimpinan tidak terbentuk secara berasingan tetapi melalui penciptaan rantaian pengalaman manusia dan beroperasi secara serentak dengan matlamat bersama dalam fikiran. Salah satu wawasan inovatif bagi program ini ialah mewujudkan komuniti yang beroperasi sama seperti cara institusi pendidikan sepatutnya dikendalikan dan cara kebanyakan organisasi moden yang bernilai berbilion dolar beroperasi - konsep Universiti Bandar, suatu kemajuan daripada Universiti Syarikat, dan seterusnya sebagai Universiti Negara. Institusi-institusi ini tidak hanya memberi tumpuan semata-mata kepada pendidikan tetapi membina individu yang serba boleh, menekankan komunikasi yang berkesan dan wawasan yang 'bercakap' kepada para pengejar impian, mencipta peluang dan bermatlamat untuk mewujudkan masa depan di mana setiap pelajar bersinar dan setiap pemimpin mendorong perubahan.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2293624/EdHeroes_Network_1.jpg?p=medium600

 

 

Source: EdHeroes Network
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education New products/services