omniture

Pusat genomik pertanian bertaraf dunia bakal dibangunkan di universiti Filipina

International Rice Research Institute
2023-12-08 14:02 26

LOS BAÑOS, Filipina, 8 Disember 2023 /PRNewswire/ -- University of the Philippines Los Baños (UPLB), kerajaan Korea Selatan melalui Korea International Cooperation Agency (KOICA) dan International Rice Research Institute (IRRI) bersedia untuk membina sebuah pusat penyelidikan genomik pertanian di kampus bagi memajukan keupayaan pertanian berasaskan genom di negara ini.

Agricultural Genomics Research Center (AGRC) UPLB baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha niaga kolaboratif selama enam tahun bersama KOICA untuk pengendalian bersama bagi aktiviti pembinaan kapasiti, mengukuhkan perkongsian akademik antara UPLB dan universiti-universiti Korea dan seterusnya, meningkatkan daya saing penyelidikan pertanian negara ini.

"Tatkala kami meletakkan asas AGRC pada hari ini, ia diharapkan dapat menjadi mata arah untuk kemajuan saintifik dan juga kemampanan bukan sahaja di rantau Asia Tenggara, tetapi juga di seluruh dunia," kata Canselor UPLB Jose V. Camacho mengenai projek ini.

Kolaborasi ini memberi peluang kepada pelajar yang layak untuk memperoleh ijazah kedoktoran daripada universiti-universiti Korea dan termasuk program penyelidikan selang kerja MS di IRRI. IRRI turut membangunkan sepuluh program latihan amali sains pertanian lanjutan dan memberi panduan yang sewajarnya kepada pelajar program melalui aktiviti penyelidikan berimpak tinggi dalam makmal baharu kemudahan ini dan juga kemudahan sedia ada di IRRI.

"Kemudahan ini hanyalah salah satu daripada banyak langkah yang akan kami ambil bersama-sama tatkala kami berusaha untuk membangunkan amalan pertanian yang lebih mampan dan cekap untuk komuniti petani di seluruh dunia. Akhirnya, kami berharap agar ruang ini dapat memupuk cendekiawan yang dapat membantu petani di seluruh dunia meningkatkan daya saing serta produktiviti mereka di tengah-tengah cabaran global," kata Ketua Pengarah Interim IRRI, Dr. Ajay Kohli.

Menjelang pembinaan pusat ini, komponen peningkatan keupayaan program ini telahpun memberi manfaat kepada lebih daripada 1,800 peserta. Selain daripada menyediakan dana benih, Republik Korea, melalui KOICA, akan terus menghantar pakar bagi memberi nasihat teknikal tambahan dan membantu memuktamadkan rancangan operasi dan latihan pusat ini.

"Dengan sokongan daripada IRRI, projek ini menjanjikan adaptasi sains dan teknologi yang diperkukuh dalam bidang pertanian. KOICA benar-benar percaya bahawa kolaborasi pada hari ini akan turut menyumbang kepada daya saing pertanian negara ini dan meningkatkan sekuriti makanan di Filipina," kata Naib Presiden KOICA, Y.B. Lee Yun Young.

Duta Korea ke Filipina, Y.B. Lee Sang Hwa turut memetik AGRC sebagai bukti perkongsian yang erat antara Korea dan Filipina serta satu langkah yang penting ke arah menangani sekuriti makanan, kemiskinan dan pembangunan masyarakat luar bandar di Filipina.

Source: International Rice Research Institute
Keywords: Education