omniture

Terapi Penyuntingan Bes Klinikal Pertama Dunia untuk Hemoglobinopati

CorrectSequence Therapeutics
2024-01-11 10:55 32

CS-101 CorrectSequence Therapeutics Berjaya Sembuhkan Seorang Pesakit β-Talasemia Bergantung-Transfusi

SHANGHAI, 11 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Pada 8 Januari 2024, Shanghai,China, CorrectSequence Therapeutics Co., Ltd. (Correctseq), menggunakan teknologi Penyuntingan Bes transformer (tBE) yang inovatif untuk membantu orang ramai yang menghidap penyakit teruk, mengumumkan keputusan positif daripada terapi penyuntingan besnya untuk β-talasemia bergantung-transfusi, CS-101. Sebagai satu kolaborasi bersama First Affiliated Hospital of Guangxi Medical University, Percubaan Dimulakan-Pengkaji (IIT) terhadap CS-101 berjaya menyembuhkan pesakit pertama dirawat yang menghidap β-talasemia bergantung-transfusi, menghasilkan bebas-transfusi yang berterusan selama lebih daripada dua bulan. Lapan minggu selepas rawatan CS-101, paras hemoglobin fetus (HbF) pesakit meningkat kepada ~95 g/L, menyumbang sebanyak ~81% daripada jumlah hemoglobin. Peratusan sel pengekspres-HbF (sel-F) meningkat kepada ~80%. Sehingga tarikh pelaporan ini, paras hemoglobin pesakit dikekalkan pada atau melebihi 130 g/L dan pesakit telahpun meneruskan kehidupan seperti biasa. Khususnya, sepanjang pengetahuan kami, ini merupakan laporan pertama di dunia bagi penyembuhan klinikal hemoglobinopati yang berjaya dengan terapi penyuntingan bes.

The world's first β-thalassemia patient who received base editing therapy (Correctseq's CS-101) has been two months free from transfusion and has resumed normal life.
The world's first β-thalassemia patient who received base editing therapy (Correctseq's CS-101) has been two months free from transfusion and has resumed normal life.

Merangkumi β-talasemia dan penyakit sel sabit (SCD), hemoglobinopati merupakan kumpulan penyakit monogenik yang paling biasa di dunia, dengan kira-kira 7% daripada populasi global membawa gen mutan ini. Kira-kira 400,000 bayi baru lahir mengalami hemoglobinopati setiap tahun di seluruh dunia. β-talasemia ialah penyakit genetik yang disebabkan oleh mutasi pada gen β-globin, mengakibatkan penghasilan hemoglobin yang rosak. CS-101 Correctseq ialah rawatan diperibadikan yang bermula dengan pengumpulan sel stem hematopoietik autologus daripada pesakit β-talasemia. Teknologi Penyunting Bes transformer (tBE) (Wang et al., Nat Cell Biol, 2021), dibangunkan oleh para saintis di ShanghaiTech University, kemudiannya digunakan untuk menyunting dengan tepat jujukan DNA bahagian promoter pada gen yang mengekod γ-globin (HBG1/2) untuk meniru varian nukleotida-tunggal yang berlaku secara semula jadi dalam populasi yang mempunyai ketekalan perwarisan hemoglobin fetus, seterusnya mengaktifkan semula ekspresi γ-globin untuk menghasilkan HbF fungsian. Akhir sekali, sel stem yang disunting diselitkan semula ke dalam pesakit, membolehkan pesakit menghasilkan sel darah secara berterusan dengan hemoglobin yang utuh dan menghapuskan keperluan untuk transfusi darah yang kerap. Walaupun beberapa strategi penyuntingan gen telah diselidik untuk memulihkan paras hemoglobin normal dalam kalangan pesakit β-talasemia, telah ditunjukkan bahawa penyuntingan bes pada tapak pengikat BCL11A pada promoter HBG1/2 oleh tBE – seperti dalam rawatan CS-101– menunjukkan paras tertinggi pengaktifan semula γ-globin baik secara in vitro mahupun in vivo (Han et al.Cell Stem Cell, 2023).

Dalam kajian IIT CS-101 Correctseq, pesakit pertama yang mengalami β-talasemia (jenis β0+) bergantung-transfusi menerima terapi penyuntingan gen berasaskan tBE dalam Oktober 2023. Pesakit ini mula menerima transfusi darah semasa berusia dua tahun dan telah menerima 4 unit sel darah merah (RBC) setiap dua minggu sebelum memulakan rawatan CS-101. Selepas menerima rawatan CS-101, pesakit berjaya mencapai pembinaan semula hematopoietik, dengan engrafmen neutrofil berlaku dalam tempoh 16 hari dan berhenti menerima transfusi darah pada hari ke-14 selepas transplantasi. Empat minggu selepas rawatan, kepekatan HbF pesakit ialah ~16 g/L, mewakili ~21% daripada jumlah hemoglobin dan nisbah sel-F ialah ~23%. Lapan minggu selepas rawatan, kepekatan HbF pesakit meningkat kepada ~95 g/L, mewakili ~81% daripada jumlah hemoglobin dan nisbah sel-F ialah ~80%. Sehingga tarikh pelaporan, paras hemoglobin pesakit dikekalkan pada atau melebihi 130 g/L dan tiada kesan buruk yang berkaitan dengan CS-101 diperhatikan.

Berbanding dengan terapi penyuntingan gen β-talasemia berasaskan-CRISPR yang lain, CS-101 yang menggunakan teknologi tBE menunjukkan pembinaan semula hematopoietik yang berkesan, pemulihan lebih awal kepada julat normal paras hemoglobin dan masa lebih singkat untuk mencapai kebebasan transfusi. Apa yang penting, CS-101 tidak mempunyai risiko keselamatan seperti pemotongan serpihan DNA besar, penyusunan semula kromosom, atau mutasi luar-sasaran, hasil daripada teknologi tBE yang inovatif. Lantaran itu, CS-101 Correctseq berpotensi menjadi terapi penyuntingan gen terbaik dalam kelas dan terapi penyuntingan bes yang pertama dalam kelas untuk β-hemoglobinopati.

Kejayaan kajian IIT CS-101 Correctseq memberi harapan tinggi terhadap penyembuhan untuk pesakit yang menghidap β-hemoglobinopati. Selain daripada pesakit remaja pertama ini yang berjaya disembuhkan, seorang pesakit dewasa juga telahpun bebas daripada transfusi selama lebih daripada sebulan selepas menerima rawatan CS-101. Kajian IIT yang sedang berjalan dijangka menghasilkan keputusan yang lebih menggalakkan. Kini, CS-101 memasuki peringkat IND, yang akan mengupayakan rawatan kepada pesakit tambahan dan penilaian keselamatan dan keberkesanan yang selanjutnya. Satu kajian percubaan menggunakan CS-101 untuk merawat pesakit dengan SCD juga sedang dalam persiapan aktif. Correctseq bertekad untuk menggalakkan translasi klinikal teknologi penyuntingan gen inovatif, memberi harapan untuk "rawatan sekali, penawar sepanjang hayat" kepada pesakit yang menghidap penyakit teruk di seluruh dunia.

Pengiktirafan: The First Affiliated Hospital of Guangxi Medical University, ShanghaiTech University, Shanghai Clinical Research and Trial Center.

Latar Belakang CorrectSequence Therapeutics

CorrectSequence TherapeuticsTM (CorrectseqTM), diinkubasi daripada ShanghaiTech University, bertujuan untuk menggunakan teknologi penyuntingan gen inovatif kami untuk membantu orang ramai yang menghidap penyakit teruk. Kami membangunkan pelbagai sistem penyuntingan bes canggih yang menawarkan kelebihan penting dalam mengawal kesan luar-sasaran dan meningkatkan kecekapan penyuntingan in vivo. Matlamat kami adalah untuk menemui, membangunkan, mengeluarkan dan mengkomersialkan ubat-ubatan genetik kuratif untuk pelbagai penyakit. Pelbagai perancangan untuk penyakit genetik, imunoterapi kanser, penyakit metabolisme dan penyakit berjangkit sedang berjalan dengan baik.

Maklumat lanjut mengenai teknologi Penyunting Bes transformer dan aplikasi terapeutiknya, kunjungi: www.correctsequence.com atau hubungi: BD@correctsequence.com

Source: CorrectSequence Therapeutics
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Clinical Trials/Medical Discoveries