omniture

Huawei Dedahkan Pengembangan Program Pembangunan Bakatnya di Rome Musim Panas ini

HUAWEI TECHOLOGIES CO., LTD.
2024-02-07 21:47 24

Pengumuman Dibuat pada Penghujung Acara Eropah Sepanjang Minggu di China 

BEIJING, 7 Februari 2024 /PRNewswire/ -- "Peringkat Akhir Eropah Seeds for the future" sepanjang minggu, menghimpunkan kohort terpilih alumni "Seeds for the Future" yang datangnya dari 18 negara Eropah, berakhir pada 23 Januari. Sepanjang minggu, para peserta terlibat dalam sesi pencerahan bersama pakar teknologi, menyelami bidang ketersambungan dan inovasi serta menyumbang kepada perbincangan panel yang bernas mengenai topik-topik penting seperti kepelbagaian, kemahiran hijau dan kemampanan.

Kemuncak acara ini, iaitu Majlis Penutup, disebut-sebut dengan tema kerjasama antarabangsa sebagai asas untuk mencipta masa depan yang lestari untuk bakat Eropah. Tatkala kami mengucapkan selamat tinggal kepada minggu kolaborasi yang memperkayakan ini, Huawei dengan bangganya mengiktiraf langkah kolektif yang diambil ke arah memupuk inovasi, pertukaran ilmu pengetahuan dan komitmen bersama demi masa depan yang lestari.


Prof. Shahbaz Khan, Pengarah Pejabat Serantau Berbilang Sektor UNESCO untuk Asia Timur, berkata semasa acara penutup: "Kami berasa gembira dapat melihat visi UNESCO dan Huawei sejajar antara satu sama lain untuk menghapuskan kejahilan digital dalam kalangan anak muda. Pada Februari 2023, Huawei menjadi ahli bersekutu UNESCO Global Alliance for Literacy (GAL). Sebagai syarikat swasta pertama yang menjadi ahli bersekutu GAL, Huawei komited untuk meningkatkan penggunaan teknologi oleh pendidik di negara-negara sedang membangun."

Di majlis penutup ini juga, Naib Presiden Kanan Huawei Europe, Radoslaw Kedzia mengumumkan pengembangan terancang Seeds for the Future di Eropah: "Huawei dengan bangganya mendedahkan lembaran baharu dalam program "Seeds for the future" – edisi luar talian sepenuhnya yang imersif, dijadualkan berlangsung di Rome, Itali dalam Julai 2024. Inisiatif ini, didorong oleh semangat kolaborasi dan dialog antarabangsa, akan menghimpunkan para pelajar dari pelbagai pelosok Eropah untuk berkumpul dalam sebuah bandar, bagi memupuk ekosistem yang rancak untuk pembelajaran dan pembangunan kolaboratif idea permulaan Tech4Good."

Terlebih dahulu, Huawei mendedahkan pelancaran program Biasiswa Seeds for the Future yang dibangunkan untuk menyokong para pelajar ICT yang berbakat di Belanda, Bulgaria dan Cyprus. Inisiatif ini menegaskan komitmen teguh syarikat ini untuk mendorong dan memupuk bakat yang luar biasa.

Menekankan kepentingan peluang sedemikian untuk pelajar, Duta Cyprus, Martha Mavrommatis, berucap bagi pihak Menteri Pendidikan, Sukan dan Belia, Dr Athena Michaelidou, mengucapkan tahniah kepada Huawei atas acara yang berjaya ini dan para pelajar atas segala usaha mereka ke arah pembangunan mampan dan mesra alam. Beliau berkata: "Syarikat-syarikat seperti Huawei membuat pelaburan sendiri, selari dengan inisiatif institusi, seperti inisiatif Kesatuan Eropah dan negara-negara anggota. Program Huawei Seeds for the Future, sebagaimana yang ditunjukkan oleh namanya, terlibat secara mendalam untuk mengenal pasti bakat tempatan dan meningkatkan perkongsian ilmu dalam kalangan ahli profesional dan belia."

Turut hadir, Annette Nijs, Bekas Setiausaha Negara untuk Pendidikan di Belanda, menyatakan: "Komitmen Huawei untuk menggalakkan pelajar yang mengamalkan teknologi merupakan sesuatu yang mengagumkan lagi penting. Lagipun, teknologi akan terus mencipta perubahan asas dari segi cara kita bekerja dan menjalani kehidupan. Para pelajar ICT pada hari ini akan menggunakan teknologi dalam kerjaya mereka untuk memberi sayap kepada perubahan dalam masyarakat kita."

Duta Moldova, Dumitru Braghis, menambah: "Seeds for the Future, sebagai program CSR unggul Huawei, bukan sahaja menunjukkan contoh tanggungjawab korporat, bahkan turut memperlihatkan komitmen untuk membimbing bakat muda di seluruh dunia. Program ini, dibangunkan untuk membentuk generasi pemimpin yang seterusnya dalam era digital, melangkaui kemahiran teknikal. Ia mendorong rasa kerakyatan global, menggalakkan pertukaran budaya dan memupuk semangat keusahawanan."

Source: HUAWEI TECHOLOGIES CO., LTD.
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Education Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Corporate Social Responsibility