omniture

Pelancaran Baharu Tianlong Gentier X3 Membuat Kemunculannya di Medlab Middle East 2024

Xi'an TianLong Science and Technology Co., Ltd
2024-02-09 16:31 5

DUBAI, UAE, 9 Februari 2024 /PRNewswire/ -- Medlab Middle East 2024 selama 4 hari di Dubai World Trade Center berakhir dengan jayanya pada 8 Februari. MedLab merupakan pameran peralatan perubatan yang terbesar di rantau Timur Tengah, menarik minat pengunjung dari seluruh dunia untuk mengalami suasana akademik dan inovasi teknologi.


Sebagai sebuah perusahaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mengkhusus dalam pengesanan genetik serta diagnostik molekul selama 27 tahun, Tianlong Technology memainkan peranan yang aktif dalam pasaran antarabangsa. Kali ini di Dubai, Tianlong berganding bahu bersama Shanghai Kehua Bio-engineering (KHB) dan Focus Diagnostics, mempamerkan penyelesaian komprehensif yang mengintegrasikan diagnosis imun, diagnosis biokimia, diagnosis molekul dan POCT di pameran ini.


Di Medlab 2024, Tianlong mengumumkan produk serba baharunya - Sistem PCR Masa-sebenar Siri Gentier X3 yang berinovasi dalam kefleksibelan dan membolehkan pengguna mengawal tiga blok bebas dalam sistem PCR yang sama, mendapat populariti di pameran ini. Dengan Gentier X3, sampel 3×32-lubang maksimum boleh dikendalikan dalam tiga protokol berbeza pada tiga blok haba bebas secara serentak. Dengan sistem kawalan suhu yang berkuasa dan cekap, reka bentuk operasi yang mesra pengguna, ia dapat menyediakan keandalan dan kecekapan maksimum untuk semua keperluan PCR masa sebenar anda. Seorang pelawat dari Korea Selatan mengulas bahawa Gentier X3 ini merupakan penyelesaian PCR yang amat cekap, menjimatkan masa dan belanjawan untuk pengguna menjalankan ujian berbilang sampel dengan kapasiti kecil dan sederhana secara serentak.

Di pameran ini, pasukan antarabangsa Tianlong memperkenalkan penyelesaian produk bersepadu dan terlibat dalam komunikasi serta rundingan bersama pengunjung dan mengadakan perbincangan awal mengenai kerjasama dengan pelanggan dari Rusia, Maghribi, Yaman, India, Iraq, Mesir dan sebagainya.

Pameran pertama Tianlong pada tahun 2024 telahpun berakhir dengan jayanya. Pada masa akan datang, Tianlong akan terus meluaskan kehadiran komersialnya di wilayah-wilayah penting seluruh dunia sekali gus menyumbang kepada usaha mencapai kesihatan global melalui inovasi saintifik dan teknologi termaju.

Latar Belakang Tianlong 

Tianlong ialah sebuah syarikat teknologi-tinggi inovatif yang mengkhusus dalam pengesanan genetik serta produk diagnostik molekul di China. Sejak penubuhannya pada tahun 1997, Tianlong menumpukan perhatiannya untuk menyediakan penyelesaian makmal PCR bersepadu kepada golongan profesional di seluruh dunia. Kami memiliki pelbagai jenis produk, bermula daripada peranti hingga reagen, termasuk pengekstrak asid nukleik, sistem PCR masa sebenar, sistem diagnosis molekul semua-dalam-satu, sistem pemprosesan sampel, sistem pengendalian cecair dan 300 jenis reagen yang serasi. Menerusi penyenaraian NMPA, CE dan FDA, produk kami dieksport ke lebih daripada 100 negara dan wilayah seluruh dunia dan telah banyak membantu dalam pencegahan dan kawalan epidemik seperti COVID-19, SARS, influenza Avian, Ebola, Zika dan demam babi Afrika.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi Tianlong dan halaman LinkedIn, Facebook serta Twitter.

Untuk pertanyaan mengenai maklumat produk atau korporat boleh ditujukan kepada inquiry@medtl.com.

Source: Xi'an TianLong Science and Technology Co., Ltd
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Trade show news