omniture

REPT BATTERO Peroleh "Anugerah Kecemerlangan Kualiti" SUNGROW di Persidangan Rakan Kongsi Global 2024

REPT BATTERO
2024-03-04 23:58 17

WENZHOU, China dan HEFEI, China, 4 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Dalam satu pengiktirafan penting terhadap komitmennya kepada kualiti dan inovasi, REPT BATTERO diberi penghormatan menerusi "Anugerah Kecemerlangan Kualiti" yang berprestij oleh SUNGROW di Persidangan Rakan Kongsi Global yang diadakan di Hebei pada 28 Februari 2024. Anugerah ini menjadi bukti kepada kepimpinan REPT BATTERO dalam sektor tenaga baharu dan dedikasinya untuk menyampaikan produk bateri yang berkualiti tinggi dan berprestasi tinggi.

REPT BATTERO Secures SUNGROW’s “Quality Excellence Award”
REPT BATTERO Secures SUNGROW’s “Quality Excellence Award”

SUNGROW, sebuah perusahaan teknologi-tinggi negara, mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan, penjualan dan perkhidmatan peralatan bekalan kuasa tenaga baharu, memfokuskan kepada solar, angin, storan tenaga, tenaga hidrogen dan sektor kenderaan elektrik. Pada tahun 2023, penyongsang fotovolta SUNGROW menerajui pasaran global dengan penghantaran bermula daripada 120-140GW, memperoleh kedudukan teratas di seluruh dunia (menurut S&P Global). Di samping itu, penghantaran sisten storan tenaganya melebihi 10GWj, mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju antara syarikat-syarikat Cina dalam pasaran sistem storan tenaga industri dan komersial untuk tahun ketujuh berturut-turut (menurut CNESA). SUNGROW juga mencapai kedudukan kedua dalam senarai nilai pasaran global syarikat-syarikat fotovolta bagi tahun 2023 (menurut IN-EN).

REPT BATTERO berpegang teguh kepada falsafahnya iaitu inovasi teknologi dan kualiti cemerlang, tekal meningkatkan kualiti produk melalui pengurusan sumber dalaman yang mahir dan penambahbaikan proses pengeluaran serta kawalan kualiti. Untuk jangka masa panjang, REPT BATTERO membekalkan kepada SUNGROW dengan siri bateri Wending yang terkenal dengan ketumpatan tenaganya yang tinggi, ciri-ciri keselamatan yang mantap serta tempoh guna yang panjang. Perkongsian yang berterusan ini menunjukkan contoh kapasiti REPT BATTERO untuk memenuhi keperluan mendesak oleh syarikat-syarikat terkemuka dalam sektor tenaga boleh baharu, menyumbang selanjutnya kepada kemajuan teknologi tenaga yang mampan.

Pengiktirafan ini menekankan usaha berterusan REPT BATTERO untuk mengatasi cabaran, mewujudkan penanda aras industri dengan konsep kualiti yang unggul serta menyediakan kepada pelanggan dengan produk bateri berkualiti tinggi, berprestasi tinggi. Memandang ke hadapan REPT BATTERO tetap memfokuskan kepada kualiti, menerobos sempadan dan memanfaatkan inovasi bagi mencapai kecemerlangan. Sebagai pendukung piawaian kualiti dan penyokong kepada set minda yang mengutamakan kualiti, REPT BATTERO mengkhusus untuk membina masa depan yang berjaya bersama rakan kongsinya melalui komitmen yang teguh kepada kualiti.

LATAR BELAKANG REPT BATTERO

REPT BATTERO Energy Co., Ltd. (disingkatkan sebagai REPT BATTERO), ditubuhkan pada tahun 2017, merupakan perusahaan pertama yang dilaburkan oleh TSINGSHAN Industry dalam bidang tenaga baharu. Berdasarkan kekayaan sumber lombong nikel TSINGSHAN, REPT BATTERO memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran serta penjualan bateri kuasa dan aplikasi peringkat-sistem dan menawarkan penyelesaian yang berkualiti tinggi untuk BEV dan storan kuasa pintar. Pada tahun 2022, REPT merupakan antara syarikat bateri storan tenaga 5 Teratas bagi penghantaran global dan No.2 bagi penghantaran bateri storan tenaga utiliti domestik. Syarikat ini berada di landasan untuk meningkatkan kapasiti keseluruhannya kepada lebih 150 GWj pada tahun 2025. Sila kunjungi https://chinarept.com/en/ dan https://www.linkedin.com/company/reptbattero/ untuk maklumat lanjut.

LATAR BELAKANG SUNGROW

SUNGROW Power Supply Co., Ltd. ("SUNGROW") ialah jenama penyongsang yang paling menjana keuntungan di dunia dengan lebih 340 GW dipasang di seluruh dunia setakat Disember 2022. Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Profesor Universiti Cao Renxian, Sungrow merupakan peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan penyongsang solar dengan pasukan R&D berdedikasi yang terbesar dalam industri ini serta portfolio produk luas yang menawarkan penyelesaian penyongsang PV dan sistem storan tenaga untuk kegunaan skala-utiliti, komersial & industri serta kediaman dan juga penyelesaian loji PV terapung yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, penyelesaian pemacu NEV, penyelesaian pengecasan EV dan sistem penghasilan hidrogen boleh baharu. Dengan rekod pencapaian selama 26 tahun yang kukuh dalam bidang PV, produk SUNGROW memberi kuasa kepada lebih 150 negara di seluruh dunia.

Source: REPT BATTERO
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards