omniture

ICP DAS-BMP Capai Persetujuan TPU Penting dengan Peneraju Bahan Perubatan di A.S. dan Jepun, Tingkatkan Keandalan Produk

ICP DAS Co., Ltd.
2024-03-20 10:00 76

HSINCHU, 20 Mac 2024 /PRNewswire/ -- ICP DAS-BMP memukau di MD&M West Show yang berprestij, yang mana poliuretana termoplastik (TPU) gred-perubatannya yang berkualiti tinggi mendapat tempahan daripada pengeluar-pengeluar terkemuka di A.S. dan Jepun. Dalam masa yang sama, sebahagian daripada produk TPU syarikat ini lulus ujian ISO10993-6 bagi kesan setempat selepas implantasi selama 90 hari, melayakkannya untuk menjadi bahan ideal bagi mengeluarkan peranti perubatan tertempat yang bertujuan untuk digunakan dalam tempoh 30 hari.

ICP DAS-BMP Secures Pivotal TPU Deals with Medical Materials Leaders in U.S. and Japan, Boosts Product Reliability
ICP DAS-BMP Secures Pivotal TPU Deals with Medical Materials Leaders in U.S. and Japan, Boosts Product Reliability

ICP DAS-BMP, pembekal TPU gred-perubatan pertama Asia, mengeluarkan tiga siri produk utama: Alithane™ (siri ALP), Durathane™ (siri ALC) dan Arothane™ (siri ARP). Syarikat ini bersedia untuk melancarkan Durathane™ (siri ARC) baharu yang terkenal dengan kestabilan bio yang luar biasa. Kesemua siri TPU tersedia dengan tahap kekerasan, warna dan kepekatan pengisi radiolegap yang berbeza (Tungsten/Barium Sulfat). Bahan-bahan ini digunakan secara meluas dalam mengilangkan peranti kardiovaskular, urologi dan gastrousus serta bahan guna habis perubatan dan elektroperubatan.

Arothane™ ARP-B20 (20% Barium Sulfat) dan Durathane™ ALC-B40 (40% Barium Sulfat) daripada ICP DAS-BMP lulus ujian implantasi dalam tempoh 90 hari ISO10993-6. Ini melayakkannya untuk aplikasi perubatan invasif atau boleh diimplan dalam tempoh jangka panjang seperti kateter pusat tersisip secara periferi (PICC) dan port-a-cath. Syarikat ini merancang untuk menjalankan ujian implantasi jangka panjang untuk spesifikasi produk TPU lain berdasarkan kepada permintaan pelanggan, sekali gus memajukan penyelidikan dan pembangunan demi menjaga kualiti produk TPU.

ICP DAS-BMP Medical Grade TPU Biocompatibility and Other Testing
ICP DAS-BMP Medical Grade TPU Biocompatibility and Other Testing

TPU gred-perubatan berbeza daripada plastik lain dengan mengeluarkan VOC minimum semasa pembuatan dan mempunyai pelepasan air sisa yang rendah, menjadikannya amat mesra alam. Ia tidak mengandungi pemplastik atau logam berat, menjamin keserasian bio dan keserasian darah yang sangat baik serta meningkatkan kemampanan ESG. ICP DAS-BMP bermatlamat untuk menawarkan TPU gred-perubatan yang lebih selamat, stabil dan mesra alam, berkolaborasi dengan pengeluar peranti perubatan global bagi mencipta faedah dan nilai jangka panjang.

Temui pakar-pakar syarikat di: 

CMEF (ICMD) 2024 (11-14 April) 
Dewan Reruai 8.1, M44, M46
NECC (Shanghai), China

Medtec Japan 2024 (17-19 April) 
Reruai 2022
Dewan 2~3 Tokyo Big Sight East, Jepun

Latar Belakang ICP DAS-BMP 

ICP DAS-BMP, pengeluar dan pembekal TPU berpangkalan di Taiwan yang diperakui ISO 13485, mengendalikan makmal-makmal khas yang dikhususkan untuk pengurusan kualiti. Memanfaatkan kepakaran automasi industri selama tiga dekad daripada syarikat induknya ICP DAS, ICP DAS-BMP melaksanakan amalan kilang pintar bagi meningkatkan kualiti produk dan mempercepatkan masa penghantaran. Di samping itu, syarikat ini menyediakan sokongan selepas jualan yang responsif dan menawarkan penyelesaian yang fleksibel untuk kuantiti pesanan yang kecil.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://bmp.icpdas.com/

Untuk produk TPU dan pertanyaan, hubungi: sales_bmp@icpdas.com

 

Source: ICP DAS Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion Trade show news Future Events