omniture

Platform Perdagangan Pemenang Anugerah Forex4you Memperkenalkan Identiti Baru, Penjenamaan Semula sebagai Markets4you

E-Global Group
2024-04-04 10:00 20

Penjenamaan semula mendedahkan komitmen jenama ini kepada inovasi berterusan dan perkhidmatan perdagangan bertaraf dunia.

TORTOLA, British Virgin Islands, April 4, 2024 /PRNewswire/ -- Forex4you, hari ini mengumumkan penjenamaan semulanya yang mendedahkan nama, logo dan identiti jenama baru sebagai Markets4you. Penjenamaan semula ini mencerminkan kedudukan syarikat sebagai penyedia perdagangan berbilang aset dan pelbagai platform global yang terkemuka.

Cik Marina Strausa, Ketua Pegawai Eksekutif Markets4you, menyatakan, "Selama 17 tahun, visi kami adalah untuk menjadikan perdagangan lebih mudah diakses dan lebih telus. Tatkala Markets4you terus berkembang dan berevolusi, ia menawarkan lebih daripada sekadar forex (tukaran matawang asing) kepada pedagang kami, termasuk saham, indeks dan komoditi di mana jenama baru kami tertumpu di sekitar nilai teras kami iaitu kecekapan, kejujuran, internasionalisme dan inovasi."

Identiti jenama baharu ini mencerminkan evolusi dan dedikasi Markets4you untuk kekal berada di barisan hadapan industri ini. Syarikat ini terus membangunkan senarai aset baru yang semakin bertambah untuk pedagang mengakses melalui pelbagai platform perdagangan. Slogan syarikat ini, "Menjadikan pasaran berfungsi untuk anda," menekankan komitmennya kepada inovasi berterusan, perkhidmatan perdagangan bertaraf dunia dan memupuk kepercayaan serta keteguhan dalam setiap pelaksanaan perdagangan.

"Kami mereka bentuk semula laman web kami dan meningkatkan aplikasi mudah alih dan portal pelanggan kami dengan ketara, mengukuhkan lagi komitmen kami kepada inovasi berterusan serta menyediakan perkhidmatan perdagangan bertaraf dunia kepada pedagang di peringkat global," tambah Cik Strausa.

Tatkala Markets4you melangkah ke era baru ini dan seterusnya, syarikat mengundang semua pelanggan dan rakan kongsi untuk menyertai perjalanan pertumbuhannya, menjadikan Markets4you sebagai titik akses pertama mereka untuk pasaran global melalui pengalaman perdagangan yang dipertingkatkan.

Tanda logo "Phoenix" melambangkan kehebatan teknologi, kekuatan dan pertumbuhan kukuh syarikat tatkala ia diglobalisasikan.

Abjad angka "4you" (disebut "for you") mencerminkan kepercayaan dan hubungan erat yang dijalin oleh Markets4you bersama pelanggan dan rakan kongsinya.

Latar Belakang Markets4you

Markets4you adalah pemenang anugerah platform perdagangan berbilang aset yang menawarkan kontrak untuk perbezaan (CFD) dalam rangkaian pasaran yang luas dan merentas pelbagai aset, termasuk tukaran matawang asing (forex), saham, komoditi dan indeks. Selama 17 tahun, Markets4you dipercayai oleh lebih 2.9 juta pedagang dan 52,000 rakan kongsi di seluruh dunia serta telah membayar lebih daripada AS$170 juta kepada pelanggan dan rakan kongsi.

Markets4you menawarkan sokongan pelanggan cemerlang 24/7 kepada pelanggan dan rakan kongsi dalam pelbagai bahasa, aneka jenis akaun, kepelbagaian sistem pembayaran, perdagangan salinan ("Copy Trading") melalui platform perdagangan salinan proprietarinya – Share4you, program perkongsian yang utama dalam industri dengan bayaran balik tiada tandingan, perlaksanaan pesanan amat pantas, pengeluaran segera dan kondisi perdagangan yang sangat baik melalui agregator likiduiti sendiri.

Broker pemenang anugerah ini telah memperolehi lebih dari 30 anugerah industri termasuk:

  • Platform Perdagangan Berbilang-Aset Terbaik oleh International Business Magazine pada tahun 2023
  • Broker Paling Telus oleh International Business Magazine pada tahun 2023
  • Platform Perdagangan Salinan Terbaik – Asia dan LATAM oleh Global Forex Awards Retail pada tahun 2023
  • Program Rakan Kongsi Terbaik oleh International Business Magazine pada tahun 2022
  • Program Ahli Gabungan Terbaik oleh International Business Magazine pada tahun 2019 dan 2020, dan International Investor Magazine pada tahun 2021 dan 2022
  • Broker Khidmat Pelanggan Forex Terbaik oleh International Business Magazine pada tahun 2019

Forex4you dan Markets4you adalah tanda dagangan berdaftar E-Global Trade & Finance Group, Inc.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web baru Markets4you baharu di markets4you.com.

Source: E-Global Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology