- Inisiatif Antarabangsa Terkini Bertumpu pada Asia dan Timur Tengah
DENVER, 30 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Quiznos terus memperluas pembangunan antarabangsanya yang menerajui industri dengan pertumbuhan ke tujuh negara di Asia dan Timur Tengah. Penambahan ini adalah yang terkini kepada strategi pembangunan antarabangsa untuk membuka lebih 1,000 restoran di lebih 40 negara menjelang tahun 2020 dan akan memperluas jejak syarikat itu di luar negara melalui bantuan Pemberi Francais Utama antarabangsa yang dipercayai.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141029/155111LOGO
"Quiznos dilahirkan di Amerika dan melalui hubungan francais yang berjaya, kini ia digemari seluruh dunia," kata Stuart Mathis, Ketua Pegawai Eksekutif Quiznos. "Membuka restoran di luar negara membenarkan kami memperkenalkan item menu teras kami kepada peminat Quiznos baharu, serta menghidangkan produk yang tersendiri mengikut budaya dan profil perisa setiap rantau."
Malaysia dan China
Pada 28 Oktober, Quiznos meraikan pembukaan besar-besaran restoran Quiznos pertama di Malaysia. AUM Hospitality (AUMH) menandatangani perjanjian untuk membawa roti panjang bakar jenama itu ke 100 lokasi masa hadapan di Malaysia. Acara Pembukaan Rasmi itu mempunyai sesi soal jawab bersama pemain utama dalam pembangunan itu dan pertandingan makan sandwic yang membolehkan pemenangnya menerima sandwic percuma selama setahun.
"Kami lihat peluang keemasan untuk pembangunan dan pertumbuhan berterusan di rantau antarabangsa," kata Kenneth Cutshaw, Presiden Antarabangsa Quiznos. "Dengan penambahan pasaran baharu ini, Quiznos melanjutkan lagi reputasinya sebagai jenama sandwic bakar unggul seluruh dunia. Kami yakin kami telah menemui Pemberi Francais Utama sesuai yang benar-benar memahami pelanggan mereka dan akan menyediakan pengalaman hebat yang dijangkakan pelanggan daripada Quiznos."
Pada bulan Julai, AUMH bekerjasama dengan Parkson Holdings Berhad untuk meluaskan pengendalian makanan dan minumannya di Malaysia dengan rancangan untuk menembusi China pada tahun 2015. Quiznos merupakan jenama pertama yang didapatkan AUMH dan Parkson untuk perluasannya di China dan merancang untuk membuka 1,500 restoran Quiznos di China dalam masa 11 tahun berikutnya.
"Kami tidak sabar-sabar lagi untuk membuka jalan bagi Quiznos di China," kata Tham Lih Chung, Pengarah AUMH. "Sejarah pencapaian antarabangsa jenama itu sejak sekian lama, digabungkan dengan pengetahuan kami tentang rantau dan budaya itu, tentu akan membolehkannya mengecap kejayaan di China."
Indonesia dan Taiwan
Lewat tahun ini, syarikat itu akan membuka restoran Quiznos terbesar dunia di Indonesia. Ruang seluas 10,000 kaki persegi itu akan dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Quiznos juga akan menempatkan platform Q Café mereka di cawangan Indonesia itu, yang menyajikan kopi berkualiti tinggi di samping sandwic roti panjang bakar.
"Pembukaan Quiznos terbesar dunia ialah pencapaian yang amat kami banggakan," kata Tan Po Lian, Presiden PT QuiznosIndo. "Pasaran di Indonesia sangat sesuai untuk konsep dibuka sepanjang malam secara besar-besaran ini dan kami teruja untuk membawakan sandwic roti panjang bakar Quiznos yang terkenal seluruh dunia ke Indonesia."
Pada bulan Ogos, Quiznos membuka restoran pertamanya di Daerah Xinyi di Taipei di tapak menara Taipei 101. Pemberi Francais Utama, Trilogy/Sense-Meal International, merancang untuk membuka 100 restoran di Taiwan dalam masa 10 tahun berikutnya.
Emiriah Arab Bersatu
Pada bulan September, Quiznos membuka restoran pertamanya di Abu Dhabi. Pemberi Francais Utama Royal Bun Café merancang untuk membuka tujuh lokasi tambahan menjelang hujung tahun 2014 di Abu Dhabi, Dubai, RAK, Sharjah serta Fujairah. Kumpulan itu akan membuka 75 restoran di Bahrain, UAE dan juga Oman menjelang tahun 2021.
"Sebagai hasil semua perkembangan ini, Quiznos akan menjadi salah satu jenama global terbesar yang hadir di UAE," kata Saeed Al Jabri, Pengarah Urusan Royal Bun Café. "Kami sangat bangga dapat membawakan konsep ini ke rantau kami dan tidak sabar-sabar lagi untuk pelan pembangunan tambahan di masa hadapan."
Pencapaian penting antarabangsa tambahan lain termasuklah penembusan jenama itu ke Pakistan dan Iraq. Perkara ini adalah sebahagian daripada strategi perluasan antarabangsa berterusan Quiznos untuk menambahkan lokasi Quiznos di seluruh dunia.
LATAR BELAKANG QUIZNOS
Quiznos yang berasal dari Denver merupakan rantaian yang direka untuk pengguna hari ini yang sentiasa sibuk yang mencari alternatif segar dan lazat selain restoran makanan segera biasa. Dengan lokasi di 50 negeri, lebih 40 negara, dan satu wilayah A.S., Quiznos merupakan salah satu rantaian restoran khidmat pantas ulung dunia serta perintis sandwic bakar. Restoran Quiznos menawarkan sandwic, salad serta sup yang kreatif dan diilhamkan chef menggunakan bahan terbaik. Quiznos telah ditubuhkan pada tahun 1981 oleh chef yang mendapati proses pembakaran menghasilkan rasa yang terbaik bagi setiap bahan sandwic. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.quiznos.com.
Maklumat Perhubungan Media
Maggie Miller
+1-618-334-7891
Mmiller@Crossroads.us