omniture

Drama Tari Wing Chun Tawan Hati di Pameran Kebudayaan Unggulan China, Tinjau Penampilan Sulung Eropah

Xinhua Silk Road
2024-05-25 01:07 73

SHENZHEN, China, 25 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Ini merupakan laporan daripada Xinhua Silk Road:

Drama tari Wing Chun mencuri perhatian di Pameran Industri-industri Kebudayaan Antarabangsa (Shenzhen) China kali ke-20, diadakan di Shenzhen, China, menegaskan kepentingannya dalam landskap budaya dan kreatif. Persembahan ini menggamit perhatian ramai delegasi antarabangsa, termasuk wakil-wakil daripada Artists Trade Union of Russia dan Edinburgh Chamber of Commerce serta China-Spain Business Association, lalu mewujudkan platform yang baharu dan menarik bagi tujuan pertukaran budaya dan persefahaman antara masyarakat Cina dan juga masyarakat antarabangsa.

"Saya mendapati Wing Chun merupakan satu bentuk seni yang benar-benar tersendiri dan luar biasa. Intipatinya benar-benar dapat saya rasai, berasal daripada warna-warni budaya dan falsafah Cina yang beraneka. Penghayatan mendalam saya terhadap bentuk seni ini meningkatkan pemahaman saya tentang pemikiran mendalam yang disampaikan olehnya," kata seorang penonton dari Singapura, selepas menyaksikan persembahan itu. Beliau menambah, "Wing Chun mengintegrasikan tarian, seni mempertahankan diri dan unsur budaya dengan lancar, menawarkan lensa unik kepada budaya tradisional Cina dan kehebatan artistik kontemporari."

Melalui pemaparan sintesis budaya yang indah, Wing Chun begitu mahir menggabungjalinkan tradisi oriental dengan kerancakan keindahan seni moden, mewujudkan naratif menarik yang menghubungkan seni mempertahankan dan tarian kontemporari. Sejak persembahan sulungnya dalam Disember 2022, Wing Chun telah menghiasi pentas sebanyak lebih 150 kali, menawan hati lebih daripada 30,000 penonton dari pelbagai tempat di Asia menerusi daya tarikan orientalnya yang tersendiri.

A poster of the dance drama Wing Chun.
A poster of the dance drama Wing Chun.

Dalam separuh kedua tahun ini, Wing Chun akan membuat kemunculan sulungnya di pentas Eropah, memulakan lawatan dengan tarikh-tarikh di United Kingdom, Perancis serta Rusia. Ini menandakan pengembangan yang penting untuk produksi, bertujuan untuk membiasakan khalayak Barat dengan amalan budaya dan seni mempertahankan diri tradisional Cina, seterusnya menonjolkan daya tarikan budaya Cina yang tersendiri.

Pameran pada tahun ini menampilkan peluasan kawasan pameran kepada 160,000 meter persegi, menjangkau lapan dewan di tempat utama, termasuk Dewan Industri Budaya A dan B, Dewan Warisan Budaya Tak Ketara - Seni dan Kraf serta Dewan Perdagangan Budaya Antarabangsa. Acara ini menggamit perhatian global dengan peserta pameran dari 60 negara dan wilayah serta pengunjung dari 108. Ia berperanan sebagai bukti daya tarikan dan kepentingan luas acara ini dalam memupuk hubungan budaya antarabangsa.

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Publishing/Information Service Sports