omniture

Astronergy sekali lagi dinamakan "Pencapai Tertinggi Keseluruhan 2024" oleh RETC

Astronergy
2024-06-17 16:30 12

SHANGHAI, 17 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Pada 13 Jun, Astronergy sekali lagi diiktiraf sebagai "Pencapai Tertinggi Keseluruhan 2024" dalam Indeks Modul PV oleh Renewable Energy Test Center (RETC), menonjolkan pencapaiannya dari segi kualiti, prestasi dan keandalan produk.


Indeks Modul PV daripada RETC merupakan penanda aras dalam industri solar, mengiktiraf pengeluar PV yang mana produknya menunjukkan prestasi dan ketahanan yang luar biasa. Ia menyediakan kepada pihak berkepentingan dengan data kritikal untuk membuat keputusan termaklum bagi projek-projek solar mereka dan membandingkan produk solar berdasarkan kualiti dan prestasi jangka panjang.

RETC menilai produk modul melalui satu siri ujian bagi memastikan ia memenuhi standard kualiti yang tertinggi. Dalam Laporan Indeks Modul PV edisi 2024, modul PV TOPCon jenis-n Astronergy mengatasi purata industri dalam 10 ujian, seperti ujian Rintangan LETID, ujian Haba Lembap, Rintangan PID dan banyak lagi.

"Pencapai Tertinggi Keseluruhan 2024" meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk Astronergy, menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi oleh syarikat untuk menyampaikan modul PV yang andal dan berkecekapan tinggi. Ia turut memberikan dorongan untuk penyelidikan dan pembangunan berterusan Astronergy, seterusnya meletakkan Astronergy di barisan hadapan kemajuan teknologi solar.

Sebagai perintis bagi modul PV TOPCon jenis-n, Astronergy menumpukan perhatiannya kepada inovasi teknologi. Pada tahun 2023, Astronergy mencapai kapasiti pengeluaran bagi sel PV 53GW dan modul PV 55GW, dengan teknologi TOPCon jenis-n menyumbang sebanyak lebih 81% daripada jumlah kapasiti. Memandang ke hadapan bagi tahun 2024, angka ini diunjurkan mencecah 91%. Bagi merealisasikan keneutralan karbon merentas seluruh rantaian nilai menjelang tahun 2050, Astronergy komited terhadap amalan mampan, demi memastikan masa depan yang lebih hijau buat semua.

Source: Astronergy
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Green Technology Oil/Energy Utilities Awards Survey, Polls & Research