LA CHAUX-DE-FONDS, Switzerland dan CHICAGO, 18 November 2014 /PRNewswire/ --
"Raja Kabel Tinggi", Nik Wallenda mencipta dua Rekod Dunia dan melakukan satu lagi perjalanan yang hebat pada ketinggian menakjubkan bersama JEANRICHARD baharu untuk Wallenda Terrascope
Pada 2 November 2014, Nik Wallenda, dikenali sebagai "Raja Kabel Tinggi", kini pemegang Rekod Dunia sebanyak 9 kali dan juga duta JEANRICHARD, telah menyeberangi latar langit bandar berangin Chicago untuk rancangan Discovery, Skyscraper Live with Nik Wallenda. Pesisiran sungai Chicago dibanjiri seramai lebih 65,000 penonton teruja dan wartawan dari seluruh dunia, yang mengikuti setiap langkah Wallenda meniti tali tegang itu. Sepanjang pengembaraan selama 8 minit 9 saat itu, Wallenda ditemani oleh jam tangan edisi khas Terrascope JEANRICHARD beliau yang baru diperkenalkan, menampilkan baluh yang diinspirasikan daripada keratan rentas kabel beliau.
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/72762590-Nik-Wallenda-new-JEANRICHARD/
Perjalanan tersebut memerlukan Nik Wallenda menyeberangi Sungai Chicago menggunakan kabel keluli selebar satu inci (kira-kira 2.5cm/saiz syiling 25 sen AS), bermula pada ketinggian 588 kaki (kira-kira 180 meter) dari menara barat Marina City, ketika beliau membuat pendakian pada sudut 19 darjah, mendaki 83 kaki (kira-kira 25 meter) ke Bangunan Leo Burnett dan mencipta Rekod Dunia pertama bagi perjalanan meniti tali tegang paling curam selama 6 minit 52 saat dalam keadaan berangin yang bertiup pada kelajuan mencecah 25bsj (kira-kira 40 km/j).
Bahagian kedua perjalanan Wallenda adalah dari menara barat Marina City ke menara timur pada ketinggian 543 kaki (kira-kira 165 meter) sambil menutup mata. Perjalanan ini mencipta Rekod Dunia kedua bagi perjalanan sambil menutup mata paling tinggi. Wallenda mengambil masa selama 1 minit 17 saat bagi melakukan perjalanan sejauh 94 kaki tersebut (kira-kira 29 meter).
"Raja Kabel Tinggi" berjaya melakukan seluruh cabaran berjalan ini dalam tempoh masa yang hebat selama 8 minit 9 saat, tanpa menggunakan sebarang jaring keselamatan atau tali pengikat. Tidak syak lagi penyeberangan ini mencatat sejarah seperti mana perjalanan Wallenda merentasi Grand Canyon tahun lalu, menjadikan percubaan kali ini percubaan yang kedua beliau lakukan sambil mengenakan jam tangan Terrascope JEANRICHARD pada pergelangan tangan beliau.
"Saya gembira kerana dapat bekerjasama sekali lagi dengan JEANRICHARD bagi perjalanan saya meniti kabel tinggi di Chicago. Kami berkongsi 'Falsafah Kehidupan' yang sama, berkenaan betapa pentingnya kecemerlangan sesuatu kemahiran dan semangat pengembaraan untuk mencapai pelbagai kejayaan hebat. JEANRICHARD berkongsi dan memahami komitmen tinggi yang diperlukan bagi mencapai kejayaan, sama ada bagi tindakan berjalan meniti kabel tinggi ataupun membuat jam tangan."
Pengeluar jam mewah Switzerland itu mempunyai 'Falsafah Kehidupan' yang berpegang pada kepercayaan untuk menikmati kehidupan secara sepenuhnya dan menanam minat yang mendalam terhadap apa jua yang kita lakukan. Rakan kongsi dan duta jenama – seperti Nik Wallenda – mengiringi perjalanan hebat ini dengan memperlihatkan wawasan tersendiri ini. Keluarga Wallenda terkenal dengan seni meniti kabel tinggi selama tujuh generasi dan meneruskan semangat ini secara menyeluruh, seperti mana Daniel Jeanrichard merevolusikan industri pembuatan jam tangan Switzerland dan berjaya menyebarkan pengaruhnya dengan hebat dalam industri itu melalui sistem perantisan beliau sejak abad ke-17.
Perjalanan ini dapat dilihat melalui pameran jam tangan edisi khas untuk Nik Wallenda. Reka bentuk jam tangan itu secara integral diinspirasikan daripada perjalanan meniti kabel yang beliau lakukan. Bekas keluli dengan kemasan satin secara menegak menampilkan baluh, corak utamanya mencerminkan keratan rentas kabel tersebut, manakala logo Nik Wallenda pula memperlihatkan artis tersebut sedang berjalan meniti dail berwarna kelabu.
Diinspirasikan oleh kehendak hati dan kekuatan sebenar Nik Wallenda, Terrascope ini turut mempunyai ukiran "Edisi Khas Nik Wallenda" pada sarung belakang jam tangan itu, dan menyediakan tali getah hitam yang serasi dengan sarung kelulinya serta memberikan keselesaan sepenuhnya pada pergelangan tangan.
"Bagi kami, Nik memperlihatkan nilai mantap JEANRICHARD dan semangat sebenar pengembara dengan begitu sempurna. Kami amat gembira dapat memberi sokongan kepada beliau dalam minat beliau yang mendalam terhadap perkara yang luar biasa dan untuk menyumbang kepada kejayaan beliau," kata Bruno Grande, Pengarah Urusan JEANRICHARD. "Kami juga amat teruja setelah beliau berjaya mencipta Rekod Dunia bagi perjalanan meniti kabel ini memandangkan kami baru sahaja menghadiahkan jam tangan edisi khas ini kepada beliau dan juga para peminat jam tangan sebelum kejayaan hebat beliau. Jam tangan ini dicipta khas untuk dan bersama Raja Kabel Tinggi."
Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Lucy Tallo, lucy@pr-ticular.com, 0041-79-393-42-66
http://www.multivu.com/players/English/72762590-Nik-Wallenda-new-JEANRICHARD/