omniture

Asia Plantation Capital Menaja Sidang Kemuncak Kosmetik Mampan Global di Hong Kong dan Paris

Asia Plantation Capital
2014-11-19 12:10 363

SINGAPURA, 19 November 2014 /PRNewswire/ -- Dengan penajaannya untuk Sidang Kemuncak Kosmetik Mampan tahun ini, yang diadakan baru-baru ini di Hong Kong (dengan acara Paris bakal diadakan dalam masa dua minggu lagi), Asia Plantation Capital (APC) meneruskan komitmen dan usaha berterusannya dalam memacu perkembangan mampan di serata dunia.

Dr. Pakamas of Asia Plantation Capital's Scientific Advisory Board delivering a paper on Oud at the Summit
Dr. Pakamas of Asia Plantation Capital's Scientific Advisory Board delivering a paper on Oud at the Summit

 

Industry professionals learning more about Asia Plantation Capital
Industry professionals learning more about Asia Plantation Capital

 

Sizing up Agarwood and the multitude of benefits it brings to the world
Sizing up Agarwood and the multitude of benefits it brings to the world

Sidang kemuncak di Hong Kong telah dihadiri lebih 100 profesional industri pada pelbagai peringkat penglibatan dan minat dalam semua aspek kemampanan.

Profesor Madya Dr Pakamas Chetpattananondh, dari Universiti Prince of Songkla Thailand, dan ahli penting Lembaga Khidmat Nasihat Saintifik APC, membentangkan kertas kajian terkini beliau tentang pertumbuhan, penuaian serta kemampanan pokok Aquilaria. Beliau bertumpu secara khususnya kepada produk akhir pokok itu -- Oud -- dan khasiatnya yang bukan sahaja memanfaatkan masyarakat tetapi juga mempunyai beberapa aplikasi komersil.

Dr Pakamas mengetengahkan manfaat Oud yang terdiri daripada penggunaan menyeluruh dalam Perubatan Cina Tradisional (dengan aplikasi perubatan Barat berpotensi dalam masa yang terdekat), sehinggalah ia menjadi bahagian yang penting dalam rangkaian produk kosmetik dan gaya hidup yang semakin meluas.

"Selain terus memberikan prestasi kewangan yang mantap kepada para pelabur dan pemegang saham kami," kata En. Barry Rawlinson -- Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Plantation Capital, "Kami juga bertumpu pada usaha memacu kemampanan untuk masyarakat. Ia merupakan bahagian penting yang membentuk nilai teras syarikat kami, dan merupakan perkara pokok dalam misi syarikat kami yang dinyatakan. Penyertaan Asia Plantation Capital dalam Sidang Kemuncak Kosmetik Mampan, di Hong Kong dan juga di Paris, merupakan demonstrasi jelas yang menunjukkan komitmen berterusan kami bagi menyebarkan pesanan betapa pentingnya kemampanan untuk syarikat."

Beliau berkata lagi, "Kami mahu menggalakkan lebih banyak syarikat memulakan atau meluaskan lagi usaha mereka untuk menyepadukan tumpuan kemampanan ke dalam pengendalian harian mereka. Sekadar menyedari kepentingan menjaga alam sekitar sudah tidak memadai. Syarikat perlu juga melibatkan diri dengan komuniti untuk membina masyarakat secara keseluruhannya, bagi pendekatan yang lebih holistik terhadap kemampanan."

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (walaupun beroperasi secara swasta sejak tahun 2002), Asia Plantation Capital memiliki dan/atau mengendalikan pelbagai projek perladangan dan pertanian di empat benua dengan pengendalian pada pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Amerika Utara serta Eropah.

Dr. Pakamas daripada Lembaga Khidmat Nasihat Saintifik Asia Plantation Capital membentangkan kertas kajian tentang Oud semasa Sidang Kemuncak itu

Sebagai sebahagian daripada Asia Plantation Capital Group, APC juga bertindak sebagai pengurus dan penasihat perladangan dan pertanian kepada beberapa Dana Ekuiti Swasta yang bertumpu pada sektor perhutanan, perkebunan dan juga pelaburan tenaga boleh diperbaharui.

Setakat ini, lebih US$600 juta aset perladangan dan biologi kini dimiliki dan/atau diurus bagi pihak pelanggan persendirian, dan ini dijangka akan meningkat dalam masa dekad seterusnya, dengan ramalan jangka masa terdekat sebanyak US$1 bilion.

Di teras kenyataan misi Asia Plantation Capital ialah niat untuk menjadi pengendali utama dunia untuk perhutanan dan perladangan pertanian terurus mampan. Pengendalian ini terdiri daripada penilaian projek dan pengurusan perladangan, sehingga kepada pengedaran produk perhutanan. APC berpegang kukuh pada pendapat yang tanggungjawab korporat bukan sekadar untuk mengaut keuntungan bagi pemegang saham dan pelabur, tetapi juga untuk memberi sumbangan positif terhadap masyarakat dan alam sekitar.

"Kami sangat gembira dapat mengalu-alukan Asia Plantation Capital untuk menyertai edisi Asia Pasifik dan Eropah bagi Sidang Kemuncak Kosmetik Mampan yang berlangsung di Hong Kong dan Paris bulan November ini," kata Amarjit Sahota, Presiden Organic Monitor, penganjur Sidang Kemuncak Kosmetik Mampan itu.

"Bagi mengiktiraf pendekatan perintis mereka terhadap perladangan, kami dengan bangganya mengumumkan Asia Plantation Capital merupakan peserta akhir bagi anugerah Perintis Kemampanan semasa Anugerah Kecantikan Mampan yang diadakan di Paris pada 24 November. Mereka telah dipilih bukan sahaja kerana ladang mereka dijaga dan dituai secara mampan, tetapi juga kerana syarikat itu bekerjasama secara aktif dengan komuniti tempatan bagi meningkatkan taraf pendidikan dan kehidupan; ini penting untuk mencegah pembasmian hutan dan aktiviti lain yang merosakkan alam sekitar."

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Adrian Heng
Pengarah Pemasaran Kumpulan
E-mel: adrian.heng@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +65-6222-3386
Telefon Bimbit: +65-9750-7440

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Fakta pantas:

  • US$ 600 juta -- nilai tergabung aset yang dimiliki dan diuruskan
  • US$ 53.5 juta -- pusing ganti pada tahun kewangan lepas
  • US$ 100 juta -- ramalan pusing ganti bagi tahun kewangan semasa
  • 2,000,000 -- bilangan pokok Aquilaria hari ini di ladang Agarwood.

Asia Plantation Capital (APC) merupakan pemilik dan pengendali pelbagai perniagaan perladangan dan perkebunan komersil merentasi rantau Asia Pasifik dan di seluruh dunia, dan merupakan sebahagian daripada syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group. Tumpuannya adalah terhadap projek perladangan yang pelbagai dan berbilang budaya untuk memenuhi permintaan domestik dan komersil dalam negara tempat ia beroperasi. Bekerjasama rapat bersama, dan menyokong masyarakat tempatan, merupakan prinsip teras dasar perniagaan APC, menyediakan sokongan sosial dan budaya, serta pelaburan, bagi menjauhkan komuniti ini daripada aktiviti pembasmian hutan dan pembalakan haram, yang sebelum ini dianggap sebagai sumber pendapatan utama dalam sesetengah rantau Asia. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (walaupun beroperasi secara swasta sejak 2002), kumpulan itu kini mempunyai projek perladangan dan pertanian dalam empat benua, dengan projek pengendalian pada pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara serta Eropah.

Menggalakkan penggunaan kayu mampan dan diperakui ialah cara terbaik untuk mencegah pembasmian hutan, melindungi kepelbagaian biologi dan juga memerangi kemiskinan dalam rantau hutan hujan tropika. Bagi sektor kapal layar (pengguna besar kayu jati) yang sentiasa mencari kecemerlangan dan sudah pun terlibat dalam usaha alam sekitar, ini juga merupakan cara untuk memastikan tiada kayu daripada pembalakan haram digunakan.

Latar Belakang Sidang Kemuncak Kosmetik Mampan

Edisi Asia Pasifik Sidang Kosmetik Mampan akan menangani beberapa isu pemasaran dan teknikal besar yang berkaitan dengan kosmetik mesra alam. Topik dalam agenda sidang kemuncak itu termasuklah merumus kosmetik bebas paraben, potensi pasaran penjagaan bayi organik, membina pengedaran serantau, membangunkan kosmetik yang diperakui halal, surfaktan & pengemulsi mesra alam, kesahihan bahan dan kesalahan dalam melabel, kuasa pemakanan kosmetik serta maklumat pengguna mesra alam Asia.

Sidang Kemuncak Kosmetik Mampan Asia Pasifik akan sekali lagi dianjurkan di Hong Kong pada 10 dan 11 November.

Dianjurkan oleh Organic Monitor, matlamat Sidang Kemuncak Kosmetik Mampan adalah untuk menggalakkan kemampanan dalam industri kecantikan dengan membawa bersama pihak berkepentingan dan memperdebatkan isu penting dalam forum peringkat tinggi.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141118/8521406906-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141118/8521406906-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141118/8521406906-c

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Household/Consumer/Cosmetics Paper/Forest Products/Containers Trade show news