omniture

Tokoh Agama Islam dan Kristian Bersatu Kecam ISIS dan Keganasan di Iraq dan Syria

KAICIID Dialogue Centre
2014-11-20 21:41 126

VIENNA, 20 November 2014 /PRNewswire/ --

- Rujukan silang: Gambar boleh didapati melalui epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu) dan http://www.presseportal.de/pm/115322/2885391 -

Melalui demonstrasi perpaduan berbilang agama yang belum pernah berlaku sebelum ini, para pemimpin agama Kristian, Islam dan juga pemimpin daripada komuniti agama lain dari Iraq, Syria serta rantau Timur Tengah yang lebih besar, hari ini mengecam secara sebulat suara semua bentuk keganasan yang dilakukan atas nama agama, dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk melindungi kepelbagaian agama serta budaya yang terdapat di Iraq dan juga Syria.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141119/717646 )

Para pemimpin agama daripada masyarakat Ahli Sunah Wal-Jamaah, Syiah, Kristian, Mandean serta Yazidi di seluruh Timur Tengah hari ini bersama-sama mengemukakan Deklarasi Vienna, "Bersatu menentang Keganasan yang mempergunakan Nama Agama", di persidangan antarabangsa anjuran Pusat Dialog KAICIID.

Ini merupakan kali pertama para pemimpin agama yang mewakili begitu banyak agama daripada kawasan krisis bergabung tenaga untuk mengecam penindasan, peminggiran, penganiayaan serta pembunuhan orang ramai yang dilakukan atas nama agama.

Para pemimpin agama tersebut bersama-sama mengakui konflik yang sedang berlaku di Iraq dan Syria itu menyasarkan para penganut setiap agama. Mereka bersama-sama menolak segala bentuk keganasan yang dilakukan atas nama agama, dan sebarang tindakan oleh kumpulan seperti ISIS yang menegaskan tindakan mereka mengikut ajaran Islam. Mereka turut mengutuk pencabulan hak asasi manusia yang serius di Iraq dan Syria; terutamanya terhadap agama Kristian, Yazidi dan agama lain serta kumpulan etnik.

Tokoh agama itu juga menegaskan hak semua individu yang perlu diperlakukan dengan baik dan berperikemanusiaan tanpa mengira tradisi agama masing-masing. Kekejaman yang dilakukan atas nama agama ialah jenayah kemanusiaan, dan juga jenayah terhadap agama. Deklarasi itu turut menolak dan mengecam sebarang sokongan atau bantuan untuk keganasan.

Para pemimpin agama tersebut bersama-sama menyatakan perpaduan secara kolektif bersama semua individu yang ditindas akibat daripada krisis ini, terutamanya mereka yang disingkirkan dan dihalau daripada kediaman masing-masing. Mereka turut menggesa kuasa politik yang berkaitan serta masyarakat antarabangsa untuk terus berusaha membantu individu ini pulang ke rumah mereka masing-masing.

Berucap selepas mesyuarat itu, Faisal Bin Muaammar, Setiausaha Agung KAICIID, penganjur antarabangsa persidangan tersebut berkata, "Manipulasi agama di Iraq dan Syria memberi kesan yang mengerikan terhadap manusia. Hari ini kita melihat perkara yang dapat dijadikan alasan untuk terus berharap: keyakinan dan tekad daripada para pemimpin agama yang mewakili pelbagai agama yang berbeza, bercakap melalui satu suara, bagi menegaskan ISIS dan kumpulan pelampau lain tidak bertindak atas nama agama."

"Pusat Dialog KAICIID amat bertuah kerana dapat menghimpunkan semua pemimpin agama ini, dan komited untuk bekerjasama dengan mereka, serta rakan kongsi kami dalam masyarakat antarabangsa, bagi membantu mewujudkan keamanan untuk mereka yang mengalami penderitaan akibat daripada krisis ini, serta memastikan seluruh dunia maklum tentang gesaan ini."

Para peserta Persidangan KAICIID "Bersatu menentang Keganasan yang mempergunakan Nama Agama" turut mencadangkan beberapa inisiatif bagi menggalakkan perpaduan sosial dan usaha mewujudkan keamanan di rantau ini. Pelaksanaan inisiatif tersebut akan diselia oleh jawatankuasa antara agama tetap dan kumpulan kerja daripada pelbagai institusi antara agama dan institusi dialog.

Maklumat lanjut tentang persidangan dan deklarasi tersebut: http://religionsunite.org/

Hubungi Pusat Dialog KAICIID:
Peter Kaiser
Ketua Bahagian Komunikasi
Schottenring 2, 1010 Vienna
Telefon Bimbit: +43-664-231-0593
E-mel: peter.kaiser@kaiciid.org

Sumber: KAICIID Dialogue Centre

Source: KAICIID Dialogue Centre
Keywords: Publishing/Information Service Religion