omniture

"Perkongsian Menghijaukan Jalan Sutera" akan Menangani Penyahgredan Tanah dan Perubahan Iklim

China Elion Foundation
2014-11-21 09:47 180

SYDNEY, 21 November 2014 /PRNewswire/ -- Perkongsian bagi memerangi penyahgredan tanah dan perubahan iklim telah diumumkan secara rasminya hari ini di Sydney anjuran bersama UNCCD dan Yayasan China Elion semasa Kongres Taman Dunia Ke-6. Sejumlah 1.3 bilion pokok akan ditanam sepanjang Jalan Sutera dalam masa 10 tahun, dengan usaha "Perkongsian Menghijaukan Jalan Sutera" yang bertujuan untuk membaiki tanah yang ternyahgred dan menangani perubahan iklim demi keamanan dan keselamatan dunia.

UNCCD, singkatan untuk Konvensyen PBB bagi Memerangi Penggurunan, ialah platform global yang menangani penggurunan dan penyahgredan tanah. Elion Group juga merupakan syarikat China terkemuka yang mengkhusus dalam pemulihan tanah dan ekologi yang berpusat di Gurun Kubuqi Mongolia Dalam. Gurun Kubuqi merupakan gurun ketujuh terbesar di China.

1.3 bilion pokok itu dijangka akan memulihkan lebih 1,300,000 hektar tanah di rantau yang lemah daripada segi ekologi sepanjang Jalan Sutera dan menyumbang secara dramatik kepada pemencilan karbon. Gurun dan penggurunan memberi cabaran hebat kepada pembangunan rantau ini. Seperti yang ditunjukkan statistik, sejumlah 500 juta hektar tanah ternyahgred yang telah pulih boleh memencilkan kira-kira satu pertiga pembebasan gas GHG global masa kini. Terutama sekali, usaha itu sejajar dengan strategi pembangunan mampan di sepanjang Jalan Sutera yang diutarakan perwakilan China semasa Sidang Kemuncak APEC yang baru selesai diadakan di Beijing.

Lebih 5,000 peserta berada di Kongres Taman Dunia yang bertemakan Taman, Manusia dan Planet: Mengilhamkan Penyelesaian. Semasa di Kongres itu, artikel yang bertajuk "Membaiki Tanah Ternyahgred bagi Menggalakkan Keamanan dan Keselamatan Dunia" telah dikeluarkan, hasil tulisan bersama Monique Barbut, Setiausaha Agung Eksekutif UNCCD, serta Wang Wenbiao, Pengerusi Elion Resources Group dan penerima penghormatan "Juara Tanah Kering Dunia" 2013. Artikel itu menyeru bagi perkongsian dan juga komitmen daripada semua negara, sektor awam mahupun swasta, untuk melabur dalam usaha mengurangkan kemiskinan, memerangi penggurunan dan perubahan iklim serta menggalakkan pemeradaban ekologi di sepanjang Jalan Sutera.

Dunia hari ini dilanda masalah 36 juta kilometer persegi tanah yang dikelaskan sebagai gurun dan penggurunan, dengan kadar perluasan sebanyak 50,000-70,000 kilometer persegi setiap tahun. Lebih 2 bilion orang tinggal di rantau sebegitu. Semasa Rio+20 pada tahun 2012, UNCCD menetapkan matlamat global untuk pertumbuhan penggurunan sifar menjelang tahun 2030, sebagai unsur penting yang membentuk "Masa Hadapan yang Kita Inginkan", kenyataan bersama semua pemimpin politik semasa Sidang Kemuncak itu.

Semasa Julai lepas tahun ini, Puan Monique Barbut, Setiausaha Agung Eksekutif UNCCD yang baru dilantik, melawat Kubuqi di China. Beliau menyaksikan pencapaian dan kejayaan usaha yang dipimpin Elion Group di Kubuqi yang telah memulihkan kawasan gurun seluas lebih 600,000 hektar menjadi wahah melalui model perniagaan mampan.

Barbut memuji-muji usaha, amalan terbaik serta model perniagaan dalam memerangi penggurunan dan penyuaian iklim berasaskan tanah di China, terutamanya di Kubuqi. Beliau berkata, Kubuqi telah mewujudkan model peranan dan model perniagaan yang bagus untuk dipelajari masyarakat global daripada segi pemulihan tanah ternyahgred dan menangani perubahan iklim. Model itu merupakan inovasi yang menekankan harmoni dan keseimbangan antara ekosistem, ekonomi dan juga orang ramai.

Beliau sangat menghargai strategi kebangsaan China bagi ketamadunan ekologi dan pembangunan mampan sepanjang Jalan Sutera yang dikukuhkan dengan sasaran dan tindakan bercita-cita tinggi. Beliau juga percaya usaha untuk memulihkan tanah ternyahgred di China boleh menawarkan perspektif serba baharu terhadap usaha negara itu dalam menangani perubahan iklim.

"Masyarakat China memberi maklum balas aktif terhadap Strategi Pembangunan Mampan Jalan Sutera", kata Wang Wenbiao, Pengerusi Elion Resources Group. "Elion Resources Group komited untuk memimpin usaha melaksanakan Perkongsian Menghijaukan Jalan Sutera di Daerah Xinjiang, Mongolia Dalam dan Hebei di China, serta negara membangun lain. Melalui perkongsian bersama dengan UNCCD dan banyak pihak lain, kami harap kejayaan kami akan dikongsi bersama dan ditingkatkan pada peringkat serantau dan global untuk menangani penyahgredan tanah dan perubahan iklim secara berkesan."

"Inovasi ini dilaksanakan berdasarkan fakta inisiatif ini mewakili perkongsian orang awam, swasta dan juga tempatan (PPPP), model yang kami telah terokai dan bangunkan di Kubuqi," kata Wang. "Elion Resources Group juga berada dalam kedudukan yang sesuai untuk berkongsi pengalaman, pelajaran serta penyelesaian teknikal dan model perniagaan kami bagi usaha yang lebih tertumpu untuk menangani cabaran global seperti penyahgredan tanah dan perubahan iklim."

Bagi memperluas usaha tersebut dengan jayanya, bakat manusia adalah kritikal. Sebagai sebahagian daripada inisiatif bersama itu, Elion Resources Group dan UNCCD juga telah bersetuju untuk berganding bahu untuk melancarkan Institut Gurun Global Kubuqi. Institut itu akan dikhususkan untuk menawarkan pembinaan kapasiti dan peningkatan inovasi bagi sumber manusia di negara sepanjang Jalan Sutera dan negara membangun lain untuk membina kumpulan bakat manusia yang dapat menangani cabaran global.

Institut itu menyeru sokongan dan perkongsian daripada sektor awam dan swasta bagi menggalakkan inovasi dan kepimpinan demi masa hadapan yang mampan.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141119/159548

Source: China Elion Foundation
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Corporate Social Responsibility Environmental Issues