omniture

IMD Senaraikan Kedudukan Bakat Dunia baharu

IMD International
2014-11-21 16:43 85

LAUSANNE, Switzerland, 21 November 2014 /PRNewswire/ --

Kedudukan Bakat Dunia IMD dalam bentuk jadual boleh dilihat di: http://www.presseportal.ch/de/pm/100006390/imd-international?langid=2

IMD, pusat pengajian perniagaan global berkedudukan tinggi, baru sahaja mengeluarkan Laporan Bakat Dunia tahunan pertamanya. Laporan tersebut menyenaraikan Kedudukan Bakat Dunia IMD berdasarkan Buku Tahunan Daya Saing Dunia IMD yang telah lama wujud.

Ia menilai kemampuan negara untuk membangun, menarik dan turut mengekalkan bakat tertentu untuk syarikat berdasarkan tiga faktor:

1] Pelaburan dan pembangunan bakat di negara itu, mencerminkan pelaburannya dalam bidang pendidikan.

2] Daya Tarikan, mencerminkan kemampuannya untuk mengekalkan bakat di negara sendiri dan menarik bakat dari luar negara.

3] Kesediaan, mencerminkan kemampuan negara untuk memenuhi kehendak pasaran melalui bakat yang ada.

"Negara yang mempunyai kedudukan teratas dalam senarai itu mempunyai pendekatan yang seimbang terhadap tiga faktor itu," kata Profesor Arturo Bris, Pengarah Pusat Daya Saing Dunia IMD.

Senarai kedudukan adalah berdasarkan lebih 20 penunjuk, dengan beberapa daripadanya bersifat statistik manakala yang lainnya pula diambil daripada tinjauan yang dilakukan IMD terhadap 4,300 eksekutif antarabangsa. Pangkalan data Pusat Daya Saing itu mampu menjejak perubahan sejak tahun 2005.

Sorotan

Senarai kedudukan didahului oleh Switzerland (1), Denmark (2), Jerman (3), Finland (4) serta Malaysia (5). AS berada di kedudukan ke-12. Negara pada kedudukan bawah ialah Venezuela (59) dan Bulgaria (60).

  • Daripada segi pelaburan dan pembangunan, Denmark mendahului senarai, diikuti oleh Switzerland (2) dan juga Austria (3).
  • Switzerland mendahului senarai bagi kategori daya tarikan, diikuti oleh Jerman (2) dan AS (3).
  • Switzerland berada pada kedudukan teratas bagi kesediaan, diikuti oleh Finland (2) serta Belanda (3).

Negara pada kedudukan teratas

Berdasarkan data dari tahun 2005 hingga 2014, laporan tersebut dapat mengenal pasti negara dengan bakat paling berdaya saing.

Hanya Kanada, Denmark serta Switzerland berada pada senarai kedudukan 10 teratas pada setiap tahun. Sweden berada dalam senarai kedudukan 10 teratas sejak tahun 2007. Singapura pula berjaya menduduki kedudukan 10 teratas sebanyak enam kali sepanjang sepuluh tahun.

"Perubahan dalam senarai kedudukan mungkin berpunca daripada isu ekonomi atau sosiopolitik yang memberi kesan terhadap dasar," kata Bris.

Laporan penuh di sini: http://www.imd.org/wcc/news-talent-report/.

IMD ialah pusat pengajian perniagaan berkedudukan tinggi. Ia menjadi tuan rumah kepada Pusat Daya Saing Dunia IMD.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN MEDIA IMD 

IMD, Switzerland
Aicha Besser, Pakar Komunikasi, +41-21-618-0507, aicha.besser@imd.org

Source: IMD International
Keywords: Education Higher Education Survey, Polls & Research