BEIJING, 22 November 2014 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Infinitus (China) Company Ltd, anggota LKK Health Products Group (LKKHPG), diberi penghormatan melalui anugerah "100 Unit Demonstrasi Terbaik bagi Keselamatan Makanan China" di Persidangan Tahunan Keselamatan Makanan China ke-12, persidangan paling berprofil tinggi dalam bidang keselamatan makanan di China.
Berkenaan isu keselamatan makanan, En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG, menegaskan, "Kualiti merupakan asas utama dan sokongan terbaik bagi sesuatu syarikat. Dengan itu, syarikat perlu komited menjalankan tanggungjawab ini secara proaktif dan menyediakan produk serta perkhidmatan yang selamat dan juga boleh dipercayai kepada para pengguna."
Dengan "Infinitus" sebagai jenama terasnya, LKKHPG merangkumi empat anggota, termasuklah Infinitus (China), Infinitus (Hong Kong), Infinitus (Taiwan) serta Infinitus (Malaysia). Sejak ditubuhkan, LKKHPG telah dikhususkan untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kesihatan TCM berkualiti tinggi dengan keselamatan produk sebagai keutamaannya.
Daripada segi pengurusan kualiti, LKKHPG berpegang kepada falsafah kualitinya, "100-1=0" dengan memberi penekanan kepada kawalan kualiti yang menyeluruh. Di samping itu, ia mengaplikasikan "Model Pengurusan Rantaian Bekalan Cemerlang" untuk lima aspek seluruh rantaian bekalannya, termasuk penyelidikan & pembangunan (R&D), pemerolehan bahan mentah, pembuatan dan pemprosesan, logistik dan juga perkhidmatan.
Berdasarkan piawai antarabangsa, LKKHPG telah merumuskan dan melaksanakan beberapa langkah kawalan kualiti proses secara keseluruhannya. Sementara itu, ia turut menjalinkan kerjasama secara aktif dengan universiti yang berwibawa dan institusi saintifik, serta menubuhkan lembaga penasihat yang dapat dimanfaatkannya untuk mendapatkan khidmat nasihat profesional daripada golongan pakar untuk terus meningkatkan pengurusan kualiti.
Selain itu, ia sentiasa menyertai seminar yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan persatuan perindustrian di seluruh dunia untuk mengetahui kemajuan terkini berkaitan dengan keselamatan makanan serta memastikan pengurusan kualitinya adalah selari dengan pembangunan saintifik dan perindustrian terkini.
Hasil daripada usaha berterusan dan pengurusan yang berkesan, LKKHPG mendapat pengiktirafan daripada industri dan institusi yang berwibawa dalam beberapa tahun yang lalu. Sebagai contoh, pada tahun 2012, Pusat Pemeriksaan Produk Jabatan Teknologi Infinitus (China) diberi pengiktirafan daripada CNAS dan telah lulus ujian kecekapan FAPAS berkenaan dengan logam berat. Oleh itu, hasil pemeriksaan dilihat sebagai bebas, andal, berwibawa dan juga diiktiraf oleh 61 negara serta wilayah di seluruh dunia.
En. Harry Yeung turut berkata, "Piawai antarabangsa dan pengiktirafan sebegini sentiasa mengingatkan kami untuk mengawal setiap hubungan rantaian bekalan dengan ketat bagi mengekalkan pengurusan kualiti pada tahap yang tinggi, yang membantu kami menyediakan produk dan perkhidmatan kesihatan TCM berkualiti tinggi kepada masyarakat awam serta menggalakkan mereka untuk menyemai kehidupan yang lebih sihat."
HUBUNGI:
Samson Su
+86-20-3816-8859
samson.su@infinitus-int.com