SINGAPURA, 26 November 2014 /PRNewswire/ -- Ketua Pegawai Eksekutif Asia Plantation Capital, Barry Rawlinson, telah menyampaikan ucapan dasar Perspektif Kepimpinan semasa Forum Perniagaan Bertanggungjawab tentang Pembangunan Mampan tahun 2014, yang diadakan di Marina Bay Sands, Singapura.
Forum tiga hari itu telah menghimpunkan pemimpin perniagaan, badan bukan kerajaan dan juga penggubal dasar dari seluruh dunia, untuk berkongsi penyelesaian praktikal untuk pertumbuhan mampan dan turut mencipta nilai kongsi bersama modal ekonomi, sosial serta semula jadi.
Dalam ucapan dasar beliau, Barry Rawlinson berucap tentang usaha menggalakkan kemampanan, tetapi pada masa yang sama melangkaui konsep ringkas tentang kesedaran persekitaran, dan meneruskan ke arah usaha menggalakkan dan mencapai tahap kemampanan yang lebih tinggi.
"Perniagaan sudah tidak mungkin dan tidak elok sekadar peka terhadap persekitaran semata-mata," ujar Rawlinson.
"Kemampanan mestilah menyeluruh, dan itulah etos yang dipatuhi Asia Plantation Capital sejak sekian lama. Itulah kepercayaan kami, dan kami berusaha untuk mencapainya. Di samping pelbagai inisiatif mesra alam yang diwajibkan bagi semua aktiviti syarikat kami, APC telah menjalinkan perkongsian dengan masyarakat di semua kawasan tempat kami beroperasi, untuk meningkatkan mutu pendidikan; memperbaiki kualiti kehidupan; dan turut menyediakan penambahbaikan sosial melalui pembangunan budaya dan ekonomi. Pendekatan ini meraih manfaat yang lebih luas daripada segi kemampanan, sambil masyarakat sedar akan wujudnya alternatif positif untuk aktiviti pembalakan haram dan pembasmian hutan."
"Pelaksanaan pendekatan mampan yang menyeluruh," beliau berkata lagi, "mesti dilakukan oleh pihak pengurusan atas, dan pesanannya kepada semua ahli kakitangan haruslah tekal, dapat disampaikan dan juga dikukuhkan lagi dengan penyertaan aktif."
Beliau juga berkata, "Pesanan kemampanan sudah sebati diterapkan dalam misi korporat kami dan nilai yang kami dukung sebagai suatu organisasi, dan kami pastikan yang kami bukan sekadar bercakap kosong."
Suatu contoh tindakan APC memenuhi komitmen mereka terhadap etos yang sedar tentang aspek sosial boleh dilihat dalam program mereka untuk membiayai kakitangan sama ada untuk membeli rumah mereka sendiri, atau untuk menaik taraf kediaman sedia ada mereka. APC turut menggalakkan dan membenarkan kakitangan bertani tumbuhan makanan di ladang syarikat itu – bagi menambah dan memperbanyakkan bekalan makanan mereka. Lebihan hasil tanaman makanan, seperti yang ditentukan oleh kakitangan itu sendiri, boleh dijual dalam pasaran terbuka, lalu memberikan mereka pendapatan tambahan.
Pengarah Pemasaran Kumpulan APC, Adrian Heng, menyertai panel kumpulan kerja Makanan, Minuman serta Pertanian, dengan rakan setara beliau yang terdiri daripada perwakilan daripada Unilever, ZSL, Monsanto, Food Industry Asia dan juga Landmark Asia.
"Perniagaan hari ini mesti memahami peranan peneraju yang mereka boleh, dan mesti mainkan dalam memimpin usaha ke arah kemampanan," kata Heng. "Keberuntungan dan kemampanan bukannya dua konsep yang berasingan dan bercanggah. Dengan sedikit perancangan dan komitmen, kedua-duanya boleh saling melengkapi, dan kami di APC ingin menyarankan yang kedua-duanya sepatutnya tidak boleh dipisahkan. Kita mesti mencari jalan untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan, badan bukan kerajaan serta masyarakat tempatan bagi menghasilkan impak yang positif. Kami melihat tanggungjawab korporat, sebagai bukan hanya berlandaskan keuntungan untuk para pemegang saham dan pelabur, tetapi juga untuk benar-benar melibatkan individu serta entiti korporat; menggalakkan mereka untuk menyumbang secara positif kepada masyarakat dan juga alam sekitar."
Pencapaian Asia Plantation Capital dalam bidang perniagaan mampan sudah pun menarik pengiktirafan antarabangsa, dengan pelbagai anugerah berjaya diraih, termasuk 'Pengurus Aset Perhutanan Mampan Terbaik 2014' daripada CFI.co, selain disenarai pendek dalam peringkat akhir 'Anugerah Inovasi Perniagaan Mampan', oleh Organic Monitor, semasa pertandingan akhir yang diadakan di Paris. Pengiktirafan ini mengatasi pelbagai anugerah lain untuk produk pengguna akhir daripada projek perladangan syarikat itu.
Sebagai syarikat yang bertapak di Singapura dengan beberapa cawangan di seluruh Asia Tenggara, APC sedang membantu untuk meletakkan entiti korporat yang bertapak di Asia di barisan hadapan amalan perniagaan mampan.
Kumpulan kerja tahap atasan itu mencapai persetujuan tentang komitmen dan saranan polisi bagi meningkatkan kemampanan dalam sektor makanan, minuman serta pertanian. Saranan yang dimuktamadkan kemudiannya akan dibentangkan kepada pembuat keputusan dan penggubal dasar semasa siri mesyuarat serantau tahun 2014.
Forum Perniagaan Bertanggungjawab baru-baru ini telah dinamakan sebagai 'Acara Paling Mesra Alam di Dunia' semasa Anugerah Majlis Industri Mesyuarat Mesra Alam di Frankfurt. Matlamatnya adalah untuk menyampaikan beberapa kaedah praktikal untuk mempercepat penyelesaian bagi dunia yang lebih mampan, sambil meningkatkan pertumbuhan perniagaan dan industri, melalui penyampaian beberapa ucapan dasar daripada perwakilan badan kerajaan seluruh dunia, WWF Singapura, WWF Filipina, Forum for the Future, FSG, dan banyak lagi.
Nota untuk Editor:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Adrian Heng
Pengarah Pemasaran Kumpulan
E-mel: adrian.heng@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +65-6222-3386
Telefon Bimbit: +65-9750-7440
Latar belakang Asia Plantation Capital
Fakta pantas:
Asia Plantation Capital (APC) merupakan pemilik dan pengendali pelbagai perniagaan perladangan dan pertanian komersil di serata rantau Asia Pasifik dan seluruh dunia, dan juga merupakan sebahagian daripada syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group. Tumpuannya adalah terhadap pelbagai projek perladangan dan berbilang budaya yang dilaksanakan bagi memenuhi permintaan domestik dan komersil dalam negara tempat ia beroperasi. Bekerjasama rapat dengan, dan turut menyokong masyarakat tempatan, merupakan prinsip teras dasar perniagaan APC, menyediakan sokongan sosial dan budaya, serta pelaburan untuk menjauhkan masyarakat tersebut daripada aktiviti pembasmian hutan dan pembalakan haram, yang sebelum ini dilihat sebagai punca pendapatan utama di sesetengah rantau di Asia. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (tetapi beroperasi secara swasta sejak tahun 2002), kumpulan itu kini mempunyai projek perladangan dan pertanian di empat benua, dengan beberapa projek beroperasi pada pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara serta Eropah.
Menggalakkan penggunaan kayu yang mampan dan diperakui merupakan cara terbaik untuk mencegah pembasmian hutan, melindungi kepelbagaian biologi serta memerangi kemiskinan di rantau hutan hujan tropika. Untuk sektor kapal layar (pengguna utama kayu jati) yang berusaha mencapai kecemerlangan dan sudah pun terlibat dalam usaha memulihara alam sekitar, ini juga merupakan cara untuk memastikan tiada kayu daripada aktiviti pembalakan haram digunakan.