SAO PAULO, 26 November 2014 /PRNewswire/ -- Semasa mengadakan LAWATAN PERNIAGAAN edisi ke-5nya yang berlangsung pada 19 hingga 24 November, jawatankuasa Brazil yang terdiri daripada para eksekutif dan pegawai telah mengambil bahagian dalam beberapa mesyuarat perniagaan dan diplomatik amat penting yang diadakan di Marrakesh, Maghribi. Ditaja oleh Grupo Doria dan dianjurkan oleh LIDE – Grupo de Lideres Empresariais ('Kumpulan Pemimpin Perniagaan'), mesyuarat tersebut diadakan dengan tujuan untuk memperluas peluang perniagaan antara kedua-dua negara itu. Sepanjang sebelas tahun beroperasi, LIDE diterajui oleh beberapa syarikat multinasional dan Brazil terbesar yang beroperasi di negara tersebut. Ia menyumbang sebanyak 52 peratus daripada KDNK swasta Brazil, dengan 1,600 syarikat gabungan, dan berada di 16 negara dalam benua Amerika, Eropah, Asia dan juga Afrika, termasuk Maghribi.
Pada MESYUARAT DUA HALA BRAZIL-MAGHRIBI itu, delegasi dari Brazil mengambil bahagian dalam beberapa pusingan rundingan bersama para pegawai tempatan dan ahli perniagaan. Joao Doria Jr., Presiden LIDE, serta CGEM – Confederation generale des entreprises du Maroc ('Gabungan Umum Syarikat Maghribi'), yang dipimpin oleh Miriem Bensalah-Chaqroun, menandatangani Memorandum Persefahaman pada mesyuarat tersebut. Perjanjian tersebut menyeru untuk pertukaran maklumat dan pengalaman, berdasarkan prinsip kerjasama dan penyelarasan, dengan kehormatan penuh terhadap autonomi serta undang-undang kedua-dua negara itu.
Bagi Gabenor Marconi Perillo, lawatan tersebut akan memberikan peluang perniagaan yang baik kepada Goias, yang telah pun mewujudkan hubungan komersil bersama lebih 150 negara. "Kami dapat melihat kemungkinan untuk memperluas perkongsian dalam bidang fosfat. Maghribi mempunyai 75 peratus daripada rizab mineral ini dan negara kami memerlukan baja bagi memulihkan tanah." Menurut Gabenor itu, Maghribi merupakan salah satu negara paling teratur di Afrika, dengan keselamatan undang-undang, kestabilan politik serta cukai kompetitif.
Para peserta turut mengadakan lawatan perniagaan ke Tanger-Med, yang diketuai oleh Senator Luiz Henrique da Silveira dan Luiz Fernando Furlan, mantan Menteri Pembangunan, Industri dan Perdagangan, serta Presiden LIDE Internacional. Maghribi turut memeterai perjanjian perdagangan bebas bersama Kesatuan Eropah. Menurut Senator itu, pelabuhan ini mempunyai kepentingan yang strategik, memandangkan Brazil boleh memanfaatkan kemudahan ini kerana ia hanya mengadakan perjanjian dalam rangka Mercosul.
Menurut penilaian Furlan, pelabuhan tersebut mempunyai infrastruktur moden dan terkenal dengan kepantasannya. "Ketelitian dalam merangka rancangan, selain objektiviti merupakan beberapa ciri utama di Maghribi."
Bagi Joao Doria Jr. "agenda perniagaan di Maghribi telah menghasilkan 11 perjanjian, dan salah satu daripadanya ialah perjanjian kerjasama antara Albert Einstein Hospital dan Holding Marocaine Commerciale et Financiere – Holmarcom ('Syarikat Induk Perdagangan dan Kewangan Maghribi')." Menurut Claudio Lottenberg, Presiden Einstein Hospital, memiliki hospital yang diiktiraf di sebuah benua yang mempunyai begitu sedikit model dalam bidang kesihatan di Amerika Latin adalah sesuatu yang mencabar dan juga memuaskan hati.
CDN Comunicação Corporativa
Rose Rocha: rose-rocha@cdn.com.br
Telefon: (11) 3643. 2952