GENEVA, 26 November 2014 /PRNewswire/ -- Majlis Penghijrahan untuk Pelaburan (IMC), persatuan sedunia yang mewakili golongan profesional dalam industri penghijrahan untuk pelaburan, hari ini mengumumkan pelantikan En. Bruno L'ecuyer sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang pertama.
Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141125/717950
En. L'ecuyer akan mengetuai sekretariat yang melapor kepada Lembaga Pentadbir dan akan bertanggungjawab untuk semua pengendalian IMC. Beliau akan memimpin rumusan dan pencapaian misi, strategi serta matlamat IMC, dengan kerjasama rapat bersama pihak Lembaga.
Prof Dr. Dimitry Kochenov, Pengerusi Lembaga, berkata: "Sambil IMC memasuki fasa pertumbuhan seterusnya, pelantikan En. L'ecuyer ke dalam jawatan utama ini penting dalam memacu ke hadapan beberapa inisiatif strategik kami termasuk menetapkan standard pada peringkat global, berinteraksi dengan persatuan profesional lain, kerajaan dan juga organisasi antarabangsa lain."
En. L'ecuyer dipetik sebagai berkata, "Badan profesional hanya boleh berjaya apabila ia benar-benar mewakili dan melibatkan pihak berkepentingannya. Saya tidak sabar-sabar lagi untuk bekerja dengan pihak Lembaga, semua ahli kami serta pihak berkepentingan, kerajaan dan juga profesion yang terlibat agar dapat memastikan IMC bukan sahaja memenuhi keperluan industri, tetapi juga menerajuinya secara aktif."
IMC akan membantu memperbaiki kefahaman awam tentang isu yang dihadapi para klien dan kerajaan dalam bidang ini, menggalakkan pendidikan dan menuntut standard serta etika profesional tertinggi dalam kalangan ahlinya.
En. L'ecuyer merupakan Ketua Pembangunan Perniagaan dalam suatu persatuan perkhidmatan kewangan kebangsaan sepanjang lima tahun lepas, bertindak sebagai penghubung antara kerajaan dan industri. Beliau membawakan kepakaran dan pengalaman menyeluruh dalam pengurusan dan perluasan persatuan perkhidmatan profesional.
Latar Belakang IMC
Majlis Penghijrahan untuk Pelaburan (IMC) merupakan persatuan sedunia untuk para profesional yang mengendalikan imigresen pelabur dan kerakyatan melalui pelaburan, membawa bersama pihak berkepentingan utama dalam bidang itu dan bertindak sebagai suara industri itu. IMC menetapkan standard pada peringkat global dan berinteraksi dengan persatuan profesional lain, kerajaan dan juga organisasi antarabangsa lain yang berkaitan dengan penghijrahan untuk pelaburan. IMC membantu meningkatkan kefahaman awam tentang isu yang dihadapi para klien dan kerajaan dalam bidang ini dan menggalakkan pendidikan serta standard profesional tinggi dalam kalangan ahlinya.
Maklumat lanjut tentang struktur, keahlian serta pentadbiran Majlis itu boleh ditemui di http://www.investmentmigration.org
Foto En. L'ecuyer berucap semasa majlis makan tengah hari ahli yang sulung di Hotel Fullerton, Singapura, yang telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dr. Joseph Muscat, Perdana Menteri Malta, boleh didapati di http://www.investmentmigration.org/press-images
Sumber: Majlis Penghijrahan untuk Pelaburan (IMC)