omniture

Saturna Capital Diiktiraf Sebagai Pengurus Aset Islam Terbaik

Saturna Capital Corporation
2014-11-27 10:40 117

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 November 2014 /PRNewswire/ -- Saturna Capital Corporation, syarikat pengurusan pelaburan A.S. dan syarikat induk kepada Saturna Sdn. Bhd. yang berpusat di Kuala Lumpur, telah diiktiraf sebagai "Syarikat Pengurusan Aset Islam Terbaik di Negara Benua Amerika" oleh Islamic Finance News, penaja Anugerah Pelabur Islam IFN 2014. Anugerah Pelabur Islam IFN mengiktiraf pemain utama yang memacu kemajuan industri dana patuh Syariah seluruh dunia yang sedang berkembang pesat.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141125/160915LOGO

"Di Saturna, kami mengikuti proses pengurusan pelaburan yang berprinsip dan berdisiplin", kata Jane Carten, presiden Saturna Capital. "Kami berbesar hati kerana dipilih oleh rakan setara kami untuk kali kedua bagi menerima anugerah yang terhormat ini yang mengiktiraf komitmen kami yang mengutamakan kepentingan pemilik saham dahulu."

"Kami terus melancarkan produk baharu bagi memenuhi permintaan pelabur," Carten berkata lagi. "Saturna menikmati faedah daripada kepakaran mendalam kami untuk menganalisis pelaburan, dan keputusan jangka panjang yang dicapai dengan berpegang teguh kepada strategi kami. Kami percaya kriteria yang digariskan oleh produk berasaskan kepercayaan kami meningkatkan lagi kemampuan kami untuk berjaya kerana ia sudah pastinya menjadikan kami pengurus risiko yang lebih baik."

Saturna telah menerima anugerah yang serupa pada tahun 2011 sebagai hasil Tinjauan Pendapat Pengurusan Aset IFN yang melibatkan lebih 200 individu serta firma pengurusan kekayaan terkemuka dalam industri pelaburan Islam. Pada tahun 2014, IFN menggantikan format tinjauan pendapat dengan lembaga khidmat nasihat global yang terdiri daripada pakar industri yang menilai pesaing berdasarkan kriteria anugerah termasuklah pengalaman, kepakaran dan juga prestasi pelaburan melawan tanda aras, antara lainnya.

Saturna Capital merupakan perintis pelaburan Islam dan penasihat pelaburan selama lebih 25 tahun untuk Amana Funds, dana ekuiti Islam terbesar dunia yang terbuka kepada orang awam.

Pada tahun 2010, Saturna menubuhkan Saturna Sdn. Bhd. (SSB) yang berpusat di Kuala Lumpur sebagai pengurus dana Islam berlesen. Pada Februari 2014, SSB melancarkan Dana Ekuiti ASEAN, yang melabur dalam portfolio pelbagai ekuiti yang mematuhi Syariah merentasi rantau ASEAN.

Proses pelaburan Islam Saturna, yang diperhalusi selama dua dekad, menggunakan sistem penggredan milikan yang dibangunkan oleh Saturna yang menapis dan memantau pangkalan data untuk lebih 10,000 sekuriti setiap bulan bagi memenuhi keperluan agama Islam. Sekuriti yang menerima gred "A" – kira-kira separuh – ditaksir lebih lanjut oleh pasukan global Saturna yang terdiri daripada 14 juruanalisis yang menilai secara menyeluruh potensi setiap sekuriti untuk menjana aliran tunai, mengekalkan pertumbuhan dalam beberapa kitaran pasaran yang sukar dan turut menghasilkan nilai untuk pemilik saham dalam jangka panjang.

Untuk maklumat lanjut tentang Saturna Capital Corporation atau Saturna Sdn. Bhd, layari www.saturna.com atau www.saturna.com.my.

Untuk maklumat lanjut tentang Anugerah Pelabur Islam Islamic Finance News 2014, layari www.islamicfinancenews.com.

Latar Belakang Saturna

"Pengurus Ekuiti Global Berasaskan Nilai"

Saturna Capital Corporation, ditubuhkan pada tahun 1989 di Bellingham, Washington, AS, merupakan penasihat pelaburan dengan aset di bawah pengurusan pada peringkat global bernilai lebih AS$ 4 bilion, yang menyediakan khidmat nasihat pelaburan kepada dana bersama, institusi, perniagaan, individu dan juga pembiayaan.

Saturna Sdn. Bhd., yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, merupakan syarikat subsidiari milikan penuh Saturna Capital, dan mengkhusus dalam khidmat nasihat pelaburan mematuhi Syariah untuk individu dan institusi.

Saturna Capital merupakan penasihat Amana Mutual Funds (Amana Growth Fund, Amana Income Fund, serta Amana Developing World Fund) yang mengikuti prinsip kewangan Islam.

Saturna Capital turut merupakan penasihat kepada Saturna Investment Trust yang bertapak di AS, terdiri daripada enam dana bersama: Sextant International, Sextant Growth, Sextant Core, Sextant Bond Income, Sextant Short-Term Bond, dan juga Idaho Tax-Exempt Fund.

Saturna Capital mempunyai dua lagi syarikat subsidiari milikan penuh: Saturna Brokerage Services, yang terletak di Bellingham, Washington, AS, yang menyediakan perkhidmatan brokeraj diskaun am dan mengedarkan dana bersama bertapak di AS yang bersekutu dengan Saturna; dan juga Saturna Trust Company, yang beribu pejabat di Reno, Nevada, AS, yang menyediakan khidmat dana amanah kepada keluarga, badan amal, dana, harta tanah serta pelan persaraan.

Maklumat lain:

Islamic Finance News merupakan penerbitan REDmoney, syarikat penerbitan dan acara yang bertumpu pada industri kewangan Islam peringkat global. Islamic Finance News, diterbitkan secara mingguan, merupakan surat berita elektronik yang bertumpu pada pasaran modal, menyediakan liputan redaksi tentang pasaran kewangan Islam global.

Anugerah Pelabur Islam IFN dibuat berdasarkan penyertaan. Pemenang dipilih oleh panel bebas yang terdiri daripada hakim berpengalaman, yang dilantik oleh IFN, yang menilai setiap pencalonan dengan berpandukan aset bawah pengurusan, peratus pertumbuhan tahunan, prestasi tahunan dan berbanding tahun sebelumnya melawan tanda aras, pengalaman dan kepakaran industri terkumpul dan juga faktor lain yang khusus kepada objektif dan tema pelaburan, rantau dan sektor serta inovasi industri, antara lainnya.

Sila pertimbangkan objektif, risiko, caj serta perbelanjaan sesuatu pelaburan dengan berhati-hati sebelum melabur. Untuk mendapatkan prospektus atau prospektus ringkasan percuma yang mengandungi maklumat ini dan maklumat penting lain tentang dana Saturna, hubungi talian bebas tol 800/SATURNA atau layari www.saturna.com. Sila baca prospektus atau prospektus ringkasan dengan teliti sebelum melabur.

Hubungi:

Victoria Odinotska


Kanter & Company


Tel. + 1 703 685 9232




 

Jane Carten


Saturna Capital Corp.


Tel. +1 360 594 9900

Source: Saturna Capital Corporation
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Awards Survey, Polls & Research