omniture

Occlutech Memperkenalkan Occluder PFO dan ASD di Korea Selatan

Occlutech
2014-11-27 18:01 109

JENA, Jerman, 27 November 2014 /PRNewswire/ -- Occlutech, penginovasi terkemuka dari Eropah bagi produk yang merawat penyakit jantung berstruktur, hari ini mengumumkan syarikat ini sedang menyediakan pelbagai pilihan occluder PFO dan ASD untuk pasaran Korea Selatan.

Tor Peters, Ketua Pegawai Eksekutif Occlutech Group, mengulas: "Kami amat sukacita dapat menawarkan produk kami yang tersendiri dan inovatif kepada para pesakit dan pakar kardiologi di Korea Selatan. Bersama rakan kongsi tempatan kami, kini kami menempatkan pakar klinikal dan jualan kami di seluruh Korea Selatan agar kami dapat bertapak di situ."

Produk Occlutech kini sudah boleh didapati di seluruh Asia Pasifik dan dijual di negara seperti Australia, New Zealand & Taiwan. Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kami jangka akan beroleh beberapa kelulusan di Jepun dan China.

Occluder PFO dan ASD daripada Occlutech terdiri daripada jaringan wayar Nitinol yang fleksibel dengan beberapa ciri "bentuk-memori". Implan tersebut kini boleh didapati mengikut konfigurasi berbeza, pelbagai saiz dan mampu menampung pelbagai anatomi.

Latar Belakang Occlutech 

Occlutech merupakan peneraju global dalam menghasilkan produk inovatif untuk rawatan penyakit jantung berstruktur. Syarikat ini menjual dan memasarkan occluder ASD, PFO, PLD serta PDA, selain pelbagai pilihan peranti dan aksesori oklusi khas untuk lebih 80 pasaran di seluruh dunia. Occlutech beroperasi dari beberapa kemudahannya di Jerman, Turki dan juga Sweden. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web kami di http://www.occlutech.com.

Source: Occlutech
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Health Care/Hospital Medical Equipment New products/services