omniture

ThyssenKrupp Cipta Sistem Lif Tanpa Tali Pertama di Dunia Agar Industri Binaan Dapat Menghadapi Cabaran Pembandaran Global

ThyssenKrupp Elevator AG
2014-11-27 20:04 142

ESSEN, Jerman, 27 November 2014 /PRNewswire/ --

Era lif yang bergantung pada penggunaan tali kini telah berakhir, 160 tahun selepas ia dicipta. ThyssenKrupp menempatkan motor linear di dalam kabin lif, lalu mengubah pengangkutan lif konvensional dalam sistem metro menegak. Teknologi lif MULTI meningkatkan kapasiti dan kecekapan pengangkutan di samping mengurangkan jejak lif serta beban puncak daripada bekalan kuasa di dalam bangunan. Beberapa kabin pada aci sama yang bergerak secara menegak dan mendatar akan membolehkan bangunan itu mempunyai ciri ketinggian, bentuk dan juga tujuan yang berbeza. Unit pertama MULTI akan diuji pada tahun 2016.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141127/718185-a )

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141127/718185-b )

Seperti yang diperkenalkan hari ini, MULTI ialah tawaran terkini daripada ThyssenKrupp yang merupakan revolusi penting dalam industri lif dan juga penyelesaian pengangkutan baharu serta cekap untuk bangunan bertingkat sederhana dan tinggi. Melalui kaedah yang sama seperti operasi sistem metro, reka bentuk MULTI mampu menggabungkan pelbagai kabin lif yang bergerak sendiri pada setiap aci yang bergerak dalam lingkaran, lalu meningkatkan kapasiti pengangkutan aci sebanyak 50 peratus yang memungkinkan pengurangan jejak lif pada bangunan sebanyak hampir 50 peratus.

Reka bentuk bangunan tidak lagi akan dihadkan oleh ketinggian atau penjajaran menegak aci lif, lalu membuka pelbagai kemungkinan yang dianggap mustahil sebelum ini oleh para arkitek dan pemaju bangunan.

Mengulas tentang kejayaan penting ini dalam sejarah inovasi syarikat di ibu pejabat global ThyssenKrupp di Essen, Jerman, Andreas Schierenbeck, Ketua Pegawai Eksekutif ThyssenKrupp Elevator AG berkata, "Memandangkan keadaan untuk membina bangunan kian berubah, sistem lif juga perlu disesuaikan agar dapat memenuhi keperluan bangunan dan jumlah penumpang yang tinggi dengan lebih baik. Daripada penjajaran menegak satu dimensi kepada penjajaran mendatar/menegak dua dimensi dengan lebih satu atau dua kabin beroperasi pada setiap aci, MULTI mewakili saat membanggakan dalam sejarah ThyssenKrupp dengan memperkenalkan teknologi pengangkutan canggih yang dapat memenuhi keperluan mobiliti pada masa kini dengan sebaik-baiknya."

Maklumat lanjut boleh didapati di sini: http://www.thyssenkrupp-elevator.com/Presse-Informationen.50.0.html?&L=1

Gambar boleh didapati melalui epa european pressphoto agency ( http://www.epa.eu/ ) dan boleh dimuat turun secara percuma di: http://ots.de/CTdgQ

Michael Ridder
Ketua Bahagian Perhubungan Media
ThyssenKrupp Elevator AG
Talian: +49-201-844-563054
E-mel: michael.ridder@thyssenkrupp.com

Sumber: ThyssenKrupp Elevator AG

Source: ThyssenKrupp Elevator AG
Keywords: Construction/Building New products/services