omniture

Smart dan Camera360 Umumkan Perkongsian Eksklusif, APLIKASI Jenama Bersama

Pelanggan Talk 'N Text dan Smart akan menerima akses eksklusif kepada penapis dan latar baharu melalui aplikasi Camera360 dengan sokongan Internet PERCUMA
Camera360
2014-11-28 09:00 118

CHENGDU, China, 28 November 2014 /PRNewswire/ -- Peneraju perkhidmatan wayarles, Smart Communications, Inc. (Smart) hari ini mengumumkan perjanjian perkongsian eksklusif bersama aplikasi fotografi terkenal Camera360 yang akan menyediakan pengalaman hebat untuk para pengguna di Filipina.

Perkongsian tersebut akan turut membawa kepada pelancaran aplikasi Camera360 yang dijenamakan bersama daripada Smart, lalu memberikan akses untuk berjuta-juta pengguna telefon bimbit di Filipina kepada latar dan penapis eksklusif yang dapat menghidupkan lagi foto pada laman Facebook, Twitter, Instagram dan juga laman rangkaian sosial lain.

"Kami telah dipilih sebagai jenama utama pesanan teks dan jenama utama rangkaian sosial di dunia sebelum ini, dan kini kami dikenali pula sebagai jenama utama 'selfie' di dunia. Penduduk di Filipina amat gemar menangkap gambar 'selfie', dan perkongsian perintis antara Smart dan Camera360 ini pastinya akan membawa 'selfie' ke tahap yang baharu sepenuhnya," kata Mellissa Limcaoco, Ketua Kumpulan Inovasi dan Pembangunan Produk di Smart.

"Fotografi menggunakan telefon bimbit sedang mengubah cara pengguna menangkap, menggubah serta berkongsi foto yang merakamkan saat-saat indah dalam hidup mereka. Dengan menggabungkan seni dan teknologi, kami dikhususkan untuk membina ekosistem perkhidmatan dan alatan digital untuk komuniti kreatif moden," kata Xu Hao, Ketua Pegawai Eksekutif Camera360. "Kini, Camera360 mempunyai kumpulan pengguna pada peringkat global yang terdiri daripada lebih 300 juta individu, dengan lebih 13 juta pengguna dari Filipina. Hasil gabungan dengan Smart, Camera360 mampu berkongsi pengalaman dan kebolehan fotografi telefon bimbit yang tersendiri bersama lebih ramai pengguna telefon pintar di Filipina."

Sebagai salah satu aplikasi kamera paling terkenal untuk semua jenis peranti mudah alih, Camera360 memberi pengguna fleksibiliti untuk mengedit foto yang ditangkap menggunakan telefon pintar mereka menerusi pelbagai pilihan penapis, latar dan juga alatan digital yang dapat mencantikkan imej mereka.

Setelah foto mereka yang diedit sedia untuk ditunjukkan kepada orang ramai, para pelanggan dapat terus berkongsi foto tersebut dengan serta-merta melalui akaun rangkaian sosial dengan bantuan promosi Internet PERCUMA yang terkini oleh Smart, yang memberi setiap pengguna 30MB akses Internet percuma serta penggunaan Facebook tanpa had pada telefon bimbit mereka hingga 5 Januari 2015. Dengan hanya menghantar teks 'FREE' ke nombor 9999, para pelanggan dapat menikmati promosi ini dan berkongsi foto mereka bersama rakan di mana-mana sahaja.

Dengan hanya memuat turun atau mengemas kini aplikasi Camera360 pada telefon pintar mereka, para pelanggan secara automatik dapat menggunakan latar dan penapis eksklusif untuk foto mereka.

Mereka yang menggunakan latar dan penapis yang disediakan oleh aplikasi itu juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dan pertandingan dalam talian, yang memberi mereka peluang untuk memenangi barangan Camera360 yang eksklusif.

Latar Belakang Camera360

Camera360 merupakan syarikat teknologi dan seni yang membina ekosistem alatan digital, perkhidmatan untuk komuniti kreatif di seluruh dunia untuk menangkap, menggubah serta berkongsi foto yang merakamkan saat-saat indah dalam hidup mereka.

Camera360 disokong oleh SIG China, Gobi Partners dan juga Matrix Partners China.

Latar Belakang Smart Communications, Inc.

Smart Communications, Inc. (Smart) merupakan penyedia perkhidmatan wayarles terkemuka di Filipina dengan 53.5 juta pelanggan pada rangkaian GSM pada akhir September 2014.

Smart merupakan syarikat subsidiari milik penuh syarikat pembawa telekomunikasi terkemuka di Filipina, Philippine Long Distance Telephone Company. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://www.smart.com.ph.

Bagi pertanyaan media, sila hubungi:

Caroline Luo
Camera360
Tel: +86-15390020623
E-mel: caroline@camera360.com  

RAMON R. ISBERTO
Smart Communications, Inc.
Tel: +63-2-5113101
E-mel: rrisberto@smart.com.ph

SUMBER: Camera360

Source: Camera360
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology