omniture

LKK Health Products Group: Berdedikasi untuk Kesihatan Awam

LKK Health Products Group
2014-11-28 16:00 79

GUANGZHOU, China, 28 November 2014 /PRNewswire/ -- Pada 15 November lalu, Hari Berjalan Kaki Sedunia Infinitus 2014 berakhir dengan jayanya di Hangzhou.

Foto: http://www.infinitus-int.com/news-detaile-141708062056027.html?l=en

Sejak tahun 1992, berjalan kaki ditakrifkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai "senaman terbaik di dunia". Kini, ia merupakan bentuk senaman yang digemari oleh kebanyakan orang di negara maju Barat.

Pada tahun 2010, Hari Berjalan Kaki Sedunia Infinitus telah diperkenalkan ke tanah besar China oleh Infinitus (China) Company Ltd., yang merupakan anggota LKK Health Products Group (LKKHPG), dan juga Pentadbiran Am Sukan China. Sejak itu, acara tersebut telah diadakan sebanyak lebih 60 sesi di lebih 20 bandar dan berjaya mencipta dua Rekod Dunia Guinness. Lebih 760,000 penduduk telah mengambil bahagian dan jumlah jarak perjalanan acara ini adalah lebih 4.3 juta kilometer.

Pada bulan Ogos, LKKHPG memutuskan untuk terus menggalakkan aktiviti berjalan kaki pada peringkat global. LKKHPG bekerjasama dengan Yayasan MCMIA serta Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong bagi mengadakan Kempen "Berjalan Kaki Setiap Hari sebanyak 10,000 Langkah Infinitus" di Hong Kong, dan turut memberi galakan kepada penduduk Hong Kong dan orang luar untuk memupuk kehidupan yang lebih sihat dengan "berjalan kaki setiap hari sebanyak 10,000 langkah".

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG, berkata, "Sejak ditubuhkan pada tahun 1992, kami menggalakkan amalan falsafah TCM (Perubatan Cina Tradisional) yang memupuk kehidupan melalui 'Rawatan Pencegahan Penyakit' dan turut mengesyorkan pencegahan penyakit pada setiap hari serta pemeliharaan kesihatan. Kami berharap dapat membantu masyarakat awam memupuk gaya hidup yang lebih sihat menerusi galakan regimen kesihatan Cina yang premium. Hari Berjalan Kaki Sedunia Infinitus merupakan salah satu galakan seumpamanya."

Dengan "Infinitus" sebagai jenama utamanya, LKKHPG berpegang kepada misinya untuk "menyokong regimen kesihatan Cina premium dan menggalakkan kehidupan yang lebih sihat menerusi keseimbangan, kemewahan serta keharmonian." Ia mewujudkan falsafah kesihatan tersendiri yang berasal daripada regimen kesihatan Cina premium yang berusia dua ribu tahun lamanya: "menggalakkan kehidupan yang sihat dengan memupuk kehidupan dan menjamin kecergasan." Bagi menjadikannya lebih mudah difahami agar dapat diamalkan, LKKHPG merumuskan set panduan yang dikenali sebagai "Pelengkap Empat Peraturan":

  • Pemakanan: Lebih banyak sayur-sayuran, kurangkan daging, makan hingga 70 peratus kenyang
  • Kehidupan: Tidur sebentar pada waktu siang selama 20 minit dan tidur sebelum pukul 11 malam
  • Senaman: Berjalan kaki setiap hari sebanyak 10,000 langkah
  • Emosi: Berfikiran positif

Melalui ceramah secara berkala tentang memupuk kehidupan, kem kesihatan dan sebagainya, LKKHPG berusaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang konsep kesihatan selain membantu mereka menyemai beberapa amalan yang mudah diikuti bagi memupuk kesihatan untuk menghadapi segala cabaran daripada alam sekitar serta tekanan kehidupan moden dan juga untuk kekal sihat melalui pengawalaturan keimunan.

Source: LKK Health Products Group
Keywords: