KOTA VATICAN, 1 Disember 2014 /PRNewswire/ --
Pada 2 Disember 2014, Global Freedom Network (GFN) akan menghimpunkan sepuluh tokoh agama bagi membentuk inisiatif bersejarah bagi menghapuskan perhambaan moden menjelang tahun 2020 di seluruh dunia dan buat selama-lamanya.
Mereka akan menandatangani Deklarasi Bersama Pemimpin Agama terhadap Perhambaan Moden untuk menggariskan perhambaan moden, yang terdiri daripada perdagangan manusia, buruh paksa dan pelacuran, perdagangan organ, serta apa-apa hubungan yang gagal menghormati keyakinan asas yang semua orang adalah sama dan mempunyai hak kebebasan serta maruah yang sama, ialah jenayah terhadap kemanusiaan, dan hendaklah diakui sedemikian oleh semua pihak serta seluruh bangsa. Deklarasi itu juga adalah untuk menegaskan komitmen sepunya untuk memberi inspirasi kepada tindakan kerohanian dan praktikal oleh semua agama dan mereka yang berniat baik di mana-mana sahaja bagi menghapuskan perhambaan moden ini. Para penandatangan akan melibatkan:
Beberapa pemimpin daripada pertubuhan antarabangsa, termasuk rakan kongsi GFN Andrew Forrest daripada Walk Free Foundation, pertubuhan masyarakat awam serta syarikat akan menyaksikan majlis menandatangani perisytiharan deklarasi itu pada hari Selasa.
Global Freedom Network merupakan jaringan global berasaskan agama dengan wawasan dan tujuan untuk menghapuskan perhambaan moden serta perdagangan manusia di seluruh dunia buat selama-lamanya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari: http://www.globalfreedomnetwork.org
Penstriman langsung melalui satelit bagi majlis tersebut akan disediakan pada 2 Disember 2014 bermula pada 10.30 hingga 12.30 CET:
SIARAN SATELIT
EUTELSAT 7A 7 DEGREES EAST
Frekuensi D/L:
11,126.8300
Kutub D/L: Y
FEC: 3/4
Simbol: 7.200
Pemodulatan: DVB-S2 8PSK
MPEG: MPEG2 422
Standard Video: 1080i50
Nisbah Aspek: 16:9
http://www.ctv.va/content/ctv/it/livetv.html
http://youtu.be/RZytUtnpxYU
http://www.globalfreedomnetwork.org
Imej dan video profesional semasa dan selepas majlis tersebut akan disediakan secara percuma pada laman web GFN: http://www.globalfreedomnetwork.org
Sila lawati saluran media sosial kami: Twitter @gfn2020 (#EndSlavery)
Latar belakang perhambaan moden
Perhambaan moden ialah kehilangan hak kebebasan seseorang secara sistematik, dan penganiyaan terhadap tubuh badannya, contohnya melalui pencacatan serta pengambilan organ, bagi tujuan eksploitasi peribadi atau komersial. Menurut Indeks Perhambaan Global 2014 yang dikeluarkan oleh rakan kongsi anggota GFN Walk Free Foundation, hampir 36 juta individu kini terperangkap dalam perhambaan moden. Golongan ini merupakan individu yang kehilangan hak kebebasan mereka dan dieksploitasi untuk keuntungan peribadi atau keuntungan komersil. Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa, jumlah keuntungan yang diperoleh daripada penggunaan buruh paksa dalam ekonomi swasta di seluruh dunia adalah US$150 bilion setiap tahun.
Latar Belakang Global Freedom Network
Global Freedom Network merupakan jaringan global berasaskan agama dengan wawasan dan tujuan untuk menghapuskan perhambaan moden dan perdagangan manusia di seluruh dunia buat selama-lamanya. Jaringan ini diasaskan pada 17 Mac 2014 di Vatican. Memorandum Perjanjian dan Kenyataan Bersama yang mewujudkan Global Freedom Network mempunyai wakil daripada Casina Pio IV, Lambeth Palace, Masjid Al Azhar serta Walk Free Foundation.
Global Freedom Network menggariskan enam bidang tindakan bagi mencapai wawasan ini. Ini termasuklah memobilisasikan komuniti berasaskan agama, penyaringan rantaian bekalan bagi menggalakkan pengaturan pembelian beretika, meningkatkan penjagaan mangsa dan mereka yang terselamat, menyokong pembaharuan serta penguatkuasaan undang-undang, memudahkan dan menggalakkan pendidikan serta kesedaran dan juga mendapatkan dana yang mencukupi bagi melaksanakan tanggungjawabnya.
Maklumat perhubungan media
CNC - Communications & Network Consulting
Max Hohenberg
max.hohenberg@cnc-communications.com
+49-172-899-6264
Marie von Bismarck
marie.bismarck@cnc-communications.com
+49-172-853-2927
SUMBER Global Freedom Network