omniture

Bank of Makati Melaksanakan Infosys Finacle bagi Mengubah Pengalaman Pelanggan dan Memecut Pertumbuhan

Infosys
2014-12-02 16:18 110

MANILA, Filipina dan BANGALORE, India, 2 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Bank of Makati, Inc. (BMI), yang baru-baru ini telah beralih menjadi bank simpanan, telah melaksanakan penyelesaian perbankan teras Infosys Finacle bagi mengubah pengalaman pelanggan dan memacu pertumbuhan, pada kos lebih rendah. Pengaturan penggunaan ini akan membolehkan BMI mempromosikan produk pinjaman perumahan dan perniagaannya dengan lebih baik ke seluruh negara, serta memperluas jumlah pengguna tetap serta jumlah pinjamannya secara agresif. Ia juga akan membantu BMI mendapatkan perniagaan daripada golongan peminjam pinjaman motosikal yang besar dengan mengeluarkan kad ATM istimewa, lalu mengubah mereka menjadi pelanggan perbankan runcit.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130122/589162 )

BMI ialah bank luar bandar terbesar Filipina sebelum ia menjadi bank simpanan. Ia juga merupakan penyedia utama untuk pinjaman motosikal dalam negara itu. Perubahan daripada sistem legasi lama kepada Penyelesaian Perbankan Teras Infosys Finacle bermula pada September tahun lepas, dan penyelesaian ini mula diaktifkan pada 1 Jun 2014.

Sorotan 

  • Infosys Finacle menggantikan platform legasi BMI dengan sistem automasi mantap yang boleh ditingkatkan bagi memenuhi jumlah perniagaan yang meningkat
  • Penyelesaian baharu ini telah memperbaiki kecekapan automasi dan pengendalian dalam urusniaga harian dan mengurangkan masa pemprosesan penjelasan daripada empat jam menjadi kurang 45 minit
  • Proses harian, seperti penyimpanan rekod, pemprosesan urusniaga penghujung hari, penjelasan, penyelesaian serta penyesuaian, yang sebelum ini memakan masa beberapa jam, kini boleh dikendalikan di setiap cawangan tempatan dalam masa kurang 15 minit
  • Pelaksanaan ini telah mengurangkan Jumlah Kos Pengendalian dengan mengambil kesempatan daripada pelaburan teknologi sedia ada bank itu dan meminimumkan pelaburan tambahan
  • Kemampuan penyelesaian itu untuk beroperasi dalam persekitaran berasaskan Linux membenarkan BMI mempunyai kelenturan untuk menambah infrastruktur IT baharu atau mengubah infrastruktur IT sedia ada. Kelenturan ini juga telah membantu memperbaiki tempoh ke pasaran bagi produk baharu bank itu. Kini BMI boleh mencipta tawaran tersuai khusus dan boleh menangani segmen perniagaan baharu, seperti pinjaman kediaman dan pinjaman perniagaan kecil

Petikan Kata 

Ma. Rodora E. Banares, Presiden, BMI: 

"Perubahan Bank of Makati membenarkan kami menyediakan perkhidmatan boleh lentur dan lebih cekap kepada para pelanggan kami. Penyelesaian perbankan teras generasi seterusnya Infosys Finacle, dengan kelebihan kosnya yang jelas, membenarkan kami menjadi semakin tangkas sambil kami terus menawarkan perkhidmatan inovatif kepada para pelanggan kami. Pelaksanaan lancar penyelesaian inovatif ini akan memperbaiki lagi pengalaman yang dinikmati para pelanggan kami dan mencipta laluan baharu bagi pertumbuhan hasil."

Venkatramana Gosavi, Ketua Serantau – Pasaran Pertumbuhan, Infosys Finacle: 

"Bank di Filipina menunjukkan minat yang mendalam untuk pemodenan dan pemudahan pemasukan kewangan. Finacle komited untuk menawarkan teknologi canggih dan amalan terbaik global kepada institusi kewangan dalam negara itu, bagi membantu mereka menyediakan pengalaman perbankan bertaraf dunia kepada para pelanggan mereka. Pengurusan Bank of Makati telah menunjukkan komitmen tinggi kepada projek ini dan kejayaan program ini adalah bukti kepada kolaborasi utuh kami."

Latar Belakang Infosys

Infosys merupakan peneraju global daripada segi penyelesaian rundingan, teknologi serta penyumberan luar. Kami membolehkan para pelanggan di lebih 50 negara untuk kekal selangkah lebih maju daripada arah aliran perniagaan baru muncul dan mengatasi persaingan mereka. Kami membantu mereka berubah dan berjaya dalam dunia yang kian berubah ini dengan mencipta bersama penyelesaian pemecah kebiasaan yang menggabungkan maklumat strategik dan kecemerlangan pelaksanaan.

Layari http://www.infosys.com untuk melihat bagaimana Infosys (NYSE: INFY), dengan hasil tahunan sebanyak US$8.25 bilion dan seramai lebih 165,000 kakitangan sedang menghidupkan cogan kata Building Tomorrow's Enterprise® hari ini.

Kenyataan Lindung Diri 

Sesetengah kenyataan dalam siaran ini tentang prospek pertumbuhan masa hadapan kami ialah kenyataan pandang ke hadapan, berkenaan jangkaan perniagaan masa hadapan kami yang bertujuan untuk melayakkannya sebagai 'kenyataan lindung diri' di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995, yang melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada seperti yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan itu. Risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan kenyataan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian berkenaan ketidakstabilan pendapatan, turun naik kadar tukaran asing, kemampuan kami untuk mengurus pertumbuhan, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT termasuk faktor yang mungkin akan menjejaskan kelebihan kos kami, peningkatan upah di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan para profesional berkepakaran tinggi, masa dan kos berlebihan pada kontrak dengan kerangka masa tetap dan harga tetap, kepadatan pelanggan, kekangan imigrasi, kepadatan segmen industri, kemampuan kami untuk mengurus pengendalian antarabangsa kami, pengurangan permintaan untuk teknologi dalam bidang tumpuan penting kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kebolehan kami untuk melengkapkan dan menyepadukan pemerolehan berpotensi dengan berjaya, liabiliti untuk kerosakan bagi kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat yang dilaburkan secara strategik oleh Infosys, penarikan atau penamatan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik serta konflik wilayah, kekangan sah dalam pengumpulan modal atau membeli syarikat di luar India, dan juga penggunaan harta intelek kami secara tidak sah, serta keadaan ekonomi umum yang memberi kesan pada industri kami. Risiko tambahan yang mungkin boleh memberi kesan kepada keputusan pengendalian kami pada masa hadapan digambarkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat termasuk Laporan Tahunan kami pada Borang 20-F untuk tahun fiskal berakhir 31 Mac 2014 dan pada Borang 6-K untuk suku tahun yang berakhir pada 30 Jun 2014. Pemfailan ini boleh didapati di http://www.sec.gov. Dari masa ke masa, Infosys mungkin akan membuat kenyataan pandang ke hadapan tambahan secara bertulis dan lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa serta dalam laporan kami kepada pemegang saham. Tambahan lagi, sila ambil maklum tarikh siaran akhbar ini disebut di awal siaran ini, dan sebarang kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam sini adalah berdasarkan andaian yang kami percaya munasabah setakat tarikh ini. Syarikat ini tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa jua kenyataan pandang ke hadapan yang mungkin akan dibuat oleh syarikat atau sebagai mewakili syarikat dari masa ke masa kecuali jika diperuntukkan oleh undang-undang.

Sumber: Infosys

Source: Infosys
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce High Tech Security Internet Technology Contracts Licensing/marketing agreements