KOTA VATICAN, 2 Disember 2014 /PRNewswire/ --
Hari ini, pada Hari Penghapusan Perhambaan Antarabangsa, Global Freedom Network (GFN) menghimpunkan bersama tokoh agama Kristian Katolik, Anglikan dan juga Ortodoks, selain agama Buddha, Hindu, Yahudi serta Islam yang telah mengisytiharkan secara bersama satu perjuangan kemanusiaan sepunya: Untuk menghapuskan perhambaan moden menjelang tahun 2020 di seluruh dunia dan buat selama-lamanya sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.
Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7391151-faith-leaders-eradicate-slavery/
Dalam upacara rasmi, Deklarasi Bersama Pemimpin Agama yang menentang Perhambaan Moden telah ditandatangani oleh:
Sebilangan tokoh agama telah menyampaikan ucapan di acara tersebut dan pesanan melalui video telah disampaikan oleh Ketua Rohani Ekumenikal Patriarch Bartholomew dan Ayatollah Besar Sheikh Basheer Hussain al Najafi yang tidak dapat menghadiri majlis tersebut namun sama-sama komited untuk menghapuskan perhambaan moden dan perdagangan manusia.
Video acara itu boleh didapati di: http://www.multivu.com/players/English/7391151-faith-leaders-eradicate-slavery/ serta melalui laman web GFN: http://www.globalfreedomnetwork.org
Sebagai salah seorang rakan kongsi pengasas Global Freedom Network, Andrew Forrest daripada Walk Free Foundation, menyaksikan majlis bersejarah itu dan menggesa pertubuhan antarabangsa dan pemimpin perniagaan untuk menyertai tokoh agama dalam perjuangan memerangi perhambaan moden ini.
Buat julung kalinya, tokoh agama Kristian Katolik, Anglikan serta Ortodoks, selain Buddha, Hindu, Yahudi dan juga Islam bersatu untuk mengisytiharkan secara bersama satu perjuangan sepunya terhadap perhambaan.
Deklarasi Bersama Pemimpin Agama terhadap Perhambaan Moden
"Kami, yang bertandatangan di bawah, berhimpun pada hari ini untuk inisiatif bersejarah bagi memberi inspirasi kepada tindakan kerohanian dan praktikal semua agama di dunia dan mereka yang berniat baik di mana-mana sahaja untuk menghapuskan perhambaan moden di seluruh dunia menjelang tahun 2020 dan selama-lamanya.
Menurut Tuhan*, setiap manusia adalah seorang yang merdeka, tanpa mengira umur ataupun jantina, dan ditakdirkan wujud untuk kebaikan semua dengan kesaksamaan dan persaudaraan. Perhambaan moden, yang terdiri daripada perdagangan manusia, buruh paksa dan pelacuran, perdagangan organ, serta apa-apa hubungan yang gagal menghormati keyakinan asas yang semua orang adalah sama dan mempunyai kebebasan serta maruah yang sama, ialah jenayah terhadap kemanusiaan.
Kami berjanji di sini, pada hari ini untuk melakukan segala-galanya dalam kuasa kami, dalam masyarakat agama kami dan menjangkauinya, untuk berusaha bersama-sama bagi mendapatkan kebebasan mereka yang diperhamba dan diperdagangkan agar masa depan mereka dapat diselamatkan. Hari ini, kami mempunyai peluang, kesedaran, kebijaksanaan, inovasi serta teknologi untuk mencapai matlamat moral dan kemanusiaan yang penting ini."
*Imam Besar Al Azhar menggunakan perkataan "agama"
Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari: http://www.globalfreedomnetwork.org
Imej dan video profesional disediakan secara percuma melalui laman web GFN: http://www.globalfreedomnetwork.org dan melalui http://www.multivu.com/players/English/7391151-faith-leaders-eradicate-slavery/
Sila lawati saluran media sosial kami: Twitter @gfn2020 (#EndSlavery)
Latar belakang perhambaan moden
Perhambaan moden ialah kehilangan hak kebebasan seseorang secara sistematik, dan perbuatan aniaya terhadap badan individu itu, misalnya pencacatan atau pembuangan organ, bagi tujuan eksploitasi peribadi atau komersil. Menurut Indeks Perhambaan Global 2014 yang dikeluarkan oleh rakan kongsi anggota GFN Walk Free Foundation, hampir 36 juta individu kini terperangkap dalam perhambaan moden. Golongan ini merupakan individu yang kehilangan hak kebebasan mereka dan dieksploitasi untuk keuntungan peribadi atau keuntungan komersil. Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa, jumlah keuntungan yang diperoleh daripada penggunaan buruh paksa dalam ekonomi swasta di seluruh dunia adalah US$150 bilion setiap tahun.
Latar belakang Global Freedom Network
Global Freedom Network merupakan jaringan global berasaskan agama dengan wawasan dan tujuan untuk menghapuskan perhambaan moden dan perdagangan manusia di seluruh dunia buat selama-lamanya. Jaringan ini diasaskan pada 17 Mac 2014 di Vatican. Memorandum Perjanjian dan Kenyataan Bersama yang mewujudkan Global Freedom Network mempunyai wakil daripada Casina Pio IV, Istana Lambeth, Masjid Al Azhar serta Walk Free Foundation.
Global Freedom Network telah menggariskan enam bidang tindakan bagi mencapai wawasan ini. Ini termasuklah memobilisasikan komuniti berasaskan agama, penyaringan rantaian bekalan bagi menggalakkan pengurusan pembelian yang beretika, menambah baik penjagaan mangsa dan mereka yang terselamat, menyokong pembaharuan dan penguatkuasaan undang-undang, memudahkan dan turut menggalakkan pendidikan serta kesedaran, selain memperoleh dana yang agak besar untuk menjalankan tanggungjawabnya.
Maklumat perhubungan media
CNC – Communications & Network Consulting
Max Hohenberg
max.hohenberg@cnc-communications.com
+49 172 899 6264
Marie von Bismarck
marie.bismarck@cnc-communications.com
+ 49 172 853 2927