omniture

Wakanda Tambahkan Angular kepada Platform Terbukanya, Perluas Kemungkinan untuk Bangunkan Aplikasi Web Profesional

4D
2014-12-16 19:17 139

PARIS, 16 Disember 2014 /PRNewswire/ --Dengan senarai ciri yang berkembang dan keterbukaan lebih lanjut terhadap pembangun dan teknologi, platform sumber terbuka 4D bagi membangunkan serta melancarkan aplikasi Web profesional sedang berubah pantas sambil menyesuaikan diri dalam ekosistem inovatif.

4D, penyedia utama bagi penyelesaian pembangunan aplikasi bersepadu, memperkenalkan penyelesaian Angular-Wakanda di persidangan NG-Europe, berikutan tahun evolusi yang pesat dan pengembangan platform JavaScriptnya untuk membangunkan serta melancarkan aplikasi Web profesional.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7398351-wakanda-add-angular-to-platform/

Angular-Wakanda kini dalam beta

Dengan pendedahan Angular-Wakanda di persidangan NG-Europe di Paris, lewat Oktober lalu, Wakanda menunjukkan komitmennya untuk melaksanakan tugas dengan rangka kerja JavaScript paling popular. Pembangun Wakanda kini dapat menjana aplikasi Web AngularJS.

Penjana Angular-Wakanda mempercepatkan pembentukan aplikasi, memberikan persekitaran pembangunan lengkap dengan penyahpijatan, ujian unit, dan banyak lagi.

Penghubung Angular-Wakanda memudahkan operasi pelanggan dengan navigasi mudah melalui hubungan objek, kelui data pantas, tapisan pertanyaan ringkas, penatalan langsung dan kemampuan untuk menerbitkan data daripada pelayan kepada antara muka pengguna.

Angular-Wakanda tersedia sebagai Wakanda 10. Ciri-ciri lain yang dikeluarkan dalam versi ini ialah Wakanda Cloud, Wakanda Shell, jenis data Objek baharu, dan Sokongan LDAP yang terdapat dalam Wakanda Enterprise Edition. Ciri-ciri lanjut termasuklah API widget dipertingkat (dengan Pengulang dan Penatalan Langsung, keluian serta banyak lagi) selain API import/eksport JSON.

Ketahui lebih lanjut tentang Angular-Wakanda di http://www.wakanda.org/angular-wakanda/

Sedia untuk penghasilan dan terbuka kepada semua

Beberapa penambahbaikan evolusi kepada platform itu telah dikeluarkan pada tahun lalu sahaja, dengan setiap satu diuji dengan rapi dan kini sedia untuk penghasilan. Peningkatan ini terdiri daripada penghubung SQL yang membolehkan sambungan dengan aplikasi Wakanda ke MySQL dan pangkalan data Microsoft SQL Server, kepada kebolehan saling operasi ODBC penuh serta komunikasi pelanggan-pelayan teroptimum dengan WebSockets.

Pelaksanaan Wakanda bagi JavaScript sebelah pelayan bermakna bahasa ini mempunyai segala yang diperlukan oleh pembangun untuk memproses. Tidak seperti platform tradisional yang memerlukan bahasa sebelah pelayan yang khusus, Wakanda menggunakan JavaScript pada pelayan – maka pembangun Web hujung-hadapan pun dapat memanfaatkan kemahiran yang mereka peroleh ke tahap produktiviti seterusnya. Untuk mencuba pangkalan data SSJS Wakanda serta-merta, kami telah mencipta http://play.wakanda.org

Wakanda telah terus menyediakan dirinya di hujung-hadapan juga. Sebarang pustaka JavaScript pihak ketiga dapat ditukarkan kepada widget tarik dan letak dalam aplikasi Wakanda. Widget tersuai juga dapat dihasilkan menggunakan API kami untuk dimasukkan di mana-mana sahaja dalam aplikasi. Tambahan Wakanda Studio, seperti widget tersuai, tema, pelanjutan dan modul, kini dapat dikongsi dengan seluruh komuniti Wakanda menggunakan Pelanjutan Tambahan terbina dalam Wakanda melalui GitHub.

Pilihan pembelajaran

Wakanda telah melabur dalam pelbagai sumber bukan sahaja untuk berada di barisan hadapan teknologi aplikasi Web, tetapi juga memberi nilai hebat kepada pembangun Web. Antara usaha kami yang terbesar adalah menyediakan latihan berkualiti tinggi. Wakanda kini menawarkan latihan video pengenalan percuma yang dibangunkan oleh pakar kami, untuk membolehkan pembangun baharu membangunkan aplikasi secara serta-merta. Sesi latihan ini bermula dengan membina asas aplikasi Web dan diteruskan dengan menghasilkan antara muka serta menguruskan penyelesaian. Para pelanggan dapat serta-merta mengakses 80 unit latihan yang dibahagikan kepada empat kursus, yang disediakan secara percuma.

Latihan telah dilanjutkan lagi menerusi latihan yang dipimpin pengajar, disasarkan kepada pembangun Wakanda yang ingin membawa aplikasi mereka ke tahap seterusnya. Wakanda menawarkan sesi latihan tahap pengenalan, pertengahan dan lanjutan dalam bahasa Inggeris serta bahasa Perancis.

Latar Belakang Wakanda

Wakanda menyediakan pembangun dengan platform pembangunan JavaScript berpandukan data untuk aplikasi Web dan perniagaan mudah alih. Asas Wakanda bergantung kepada teknologi terbaik : pangkalan data serta pelayan NoSQL sumber terbuka yang hebat dan juga selamat, seni bina berpandukan model yang boleh dikembangkan berdasarkan JavaScript dan REST, kesemuanya dipermudahkan oleh pembangunan studio serta rangka kerja pelanggan yang lengkap.

Patuh sepenuhnya dengan piawaian industri bagi JavaScript, Wakanda menyokong JSON, REST/HTTP, dan CommonJS.

Penyelesaian awan dibangunkan dengan Wakanda boleh dilaksanakan pada sebarang platform atas meja atau mudah alih.

Ketersediaan & Harga

Wakanda sedia untuk dimuat turun segera, dan ditawarkan sebagai edisi Komuniti sumber terbuka percuma, selain bersama pelesenan komersial bermula dengan harga $129/€99 setahun. Pilihan sokongan berbayar bermula pada harga $499/€399. Sebarang maklumat lanjut dan untuk memuat turun Wakanda, sila lawati: http://www.wakanda.org

Bagi mendapatkan maklumat tentang pelesenan komersial dan pelan sokongan berbayar, lawati:

http://wakanda.4d.com

Latar Belakang 4D

Peneraju global bagi penyelesaian pembangunan perisian perniagaan sejak lebih 30 tahun, 4D menyediakan platform bersepadu yang memudahkan dan mempercepatkan pembangunan serta pelaksanaan aplikasi Web, mudah alih, atas meja, dan juga pelanggan-pelayan. Penyelesaian dan alatan pembangunan daripada 4D digunakan di lebih 70 buah negara, dengan jutaan pengguna serta lebih 10,000 vendor perisian bebas (ISV). Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati http://www.4D.com


Video: http://www.multivu.com/players/English/7398351-wakanda-add-angular-to-platform/

Sumber 4D

Source: 4D
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology