omniture

SDA Bocconi Lancar Program Ijazah Sarjana Baharu dalam Pentadbiran Awam

SDA Bocconi
2014-12-17 08:00 115

MILAN, 17 Disember 2014 /PRNewswire/ --

Direka khusus untuk pelajar antarabangsa yang mengingini alat pengurusan awam yang kukuh dan ingin mencapai standard maksimum pengetahuan serta tingkah laku profesional

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/English/7398751-mpa-sda-bocconi-international-students/

Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) baharu itu merupakan program sepenuh masa selama 12 bulan yang direka khusus untuk membantu pelajar antarabangsa menguruskan isu dan cabaran yang semakin rumit yang membentuk sektor awam serta institusi berkaitan, pada peringkat tempatan dan juga global. Disasarkan untuk ahli-ahli profesional muda dengan sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman, ijazah sarjana muda daripada universiti dalam sebarang bidang dan fasih berbahasa Inggeris, MPA ideal untuk para pelajar yang ingin membangunkan pemikiran yang diperlukan untuk menangani isu pengurusan awam dengan pendekatan global serta mahu mengejar kerjaya pengurusan dalam organisasi kerajaan dan juga bukan kerajaan, institusi antarabangsa, selain perniagaan swasta yang bekerja dengan sektor awam. Selain berinteraksi dengan ahli profesional lain dari seluruh dunia, para pelajar akan berhubung dengan ahli-ahli profesional sektor awam (termasuk Alumni Bocconi) semasa pelbagai aktiviti yang ditawarkan oleh Fakulti Pengurusan SDA Bocconi. MPA 2015 juga akan mengadakan pertandingan "Make a Wish", peraduan yang menggalakkan para pelajar mengumpul dana untuk membiayai biasiswa bagi pemohon yang kurang berkemampuan dan berbakat, serta melibatkan keseluruhan kelas dalam penganjuran kempen mengumpul dana dan juga pemilihan peserta yang layak.

Muat turun brosur: http://www.sdabocconi.it/en/form/master/download-document/7360

Mohon dalam talian: http://www.sdabocconi.it/en/specialized-master-full-time-executive/mpa/admissions/requirements-process-application#content

Video: http://www.multivu.com/players/English/7398751-mpa-sda-bocconi-international-students/

Source: SDA Bocconi
Keywords: Education Higher Education New products/services