omniture

ICP DAS-BMP Perkenal TPU Kejuruteraan Canggih di Medtec China 2024

ICP DAS Co., Ltd.
2024-09-10 09:30 52

HSINCHU, 10 September 2024 /PRNewswire/ -- ICP DAS-BMP (Biomedical Polymers), pengeluar dan pembekal TPU (poliuretana termoplastik) perubatan berpangkalan di Taiwan, dengan sukacitanya mengumumkan penyertaannya dalam Medtec China 2024. Edisi ke-18 pameran ini akan diadakan mulai 25-27 September 2024 di Pusat Pameran dan Konvensyen Ekspo Dunia Shanghai.

ICP DAS-BMP Perkenal TPU Kejuruteraan Canggih di Medtec China 2024
ICP DAS-BMP Perkenal TPU Kejuruteraan Canggih di Medtec China 2024

Di Medtec China 2024, ICP DAS-BMP akan memperkenalkan inovasi terkininya, Engineering Arothane™ TPU (siri EARP). TPU tegar berasaskan poliester aromatik gred-perubatan ini menonjol lantaran kebolehprosesannya yang cemerlang, suhu peralihan kaca (Tg) tinggi dan sifat pemancaran cahaya yang luar biasa. Ia sesuai digunakan sebagai penyambung perubatan tegar atau sebagai bahan tambahan dalam rawatan ortodontik.

Satu lagi sorotan dalam pameran ICP DAS-BMP ialah Arothane™ siri ARP-W-G. TPU berasaskan poliester aromatik ini diinfusikan dengan 40-60% Tungsten sebagai radiopasifier. Ia memiliki radiodensiti yang lebih baik berbanding Barium Sulfat, yang amat penting untuk peranti perubatan berdimensi kecil atau berdinding nipis. Siri ARP-W-G juga terkenal dengan saiz peletnya yang kecil, kecairan yang tinggi dan penyerakan yang sangat baik, menjadikannya pilihan utama untuk bahan penyalut wayar panduan.

Selain daripada inovasi ini, ICP DAS-BMP akan turut mempamerkan Arothane™ ARP-B20 (20% Barium Sulfat) dan Durathane™ ALC-B40 (40% Barium Sulfat). Kedua-dua produk ini berjaya melepasi ujian implantasi 90 hari selaras dengan piawaian ISO 10993-6.

Sebagai respons kepada permintaan pasaran, ICP DAS-BMP dengan gembiranya mengumumkan pelancaran akan datang bahan lembut siri ARP baharunya dengan tahap kekerasan di bawah 70A. Siri ini termasuk ARP-60A, ARP-63A dan ARP-67A, menyediakan pelbagai pilihan yang lebih luas kepada pelanggan bagi memenuhi pelbagai keperluan aplikasi perubatan.

Pasukan ICP DAS-BMP tidak sabar-sabar untuk menyambut pengunjung pameran perdagangan mulai 25 hingga 27 September di reruai 2B302. Para hadirin dijemput untuk berinteraksi dengan pakar-pakar syarikat bagi meneroka kemajuan terkini dalam TPU gred-perubatan dan membincangkan penyelesaian yang disesuaikan untuk keperluan khusus mereka.

Latar Belakang ICP DAS-BMP 

ICP DAS-BMP, pengeluar dan pembekal TPU berpangkalan di Taiwan yang diperakui dengan ISO 13485, mengendalikan makmal khas yang dikhususkan untuk pengurusan kualiti. Dengan memanfaatkan kepakaran automasi industri selama lebih tiga dekad daripada syarikat induknya ICP DAS, ICP DAS-BMP melaksanakan amalan kilang pintar bagi meningkatkan kualiti produk dan mempercepatkan masa penghantaran. Syarikat komited untuk memberikan sokongan selepas jualan yang responsif dan penyelesaian yang fleksibel, walaupun untuk kuantiti pesanan yang kecil, demi memastikan kepuasan pelanggan serta memupuk perkongsian jangka panjang.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://bmp.icpdas.com/

Untuk produk dan pertanyaan TPU, hubungi: sales_bmp@icpdas.com

Source: ICP DAS Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Trade show news Future Events General Manufacturing