CGTN menerbitkan artikel mengenai lawatan pemeriksaan terkini oleh Presiden China Xi Jinping ke Wilayah Guizhou, barat daya China. Dengan memperkenalkan bagaimana Guizhou berusaha untuk mencapai pertumbuhan ekonomi berkualiti tinggi dan pemulihan luar bandar, artikel ini menunjukkan keazaman China yang tidak berbelah bahagi untuk meneruskan pembangunan berkualiti tinggi yang merupakan kunci kepada pemacu pemodenannya.
BEIJING, 20 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Di Dua Sesi pada tahun ini – sesi perundangan dan perundingan politik tahunan China – pembangunan yang berkualiti tinggi menjadi menjadi frasa yang popular ketika ini.
Lawatan pemeriksaan tempatan pertama yang dibuat oleh Presiden China Xi Jinping selepas Dua Sesi sekali lagi mendedahkan keazaman negara yang tidak berbelah bahagi untuk meneruskan pembangunan berkualiti tinggi yang merupakan kunci kepada pemacu pemodenannya.
Mulai Isnin hingga Selasa, Xi melawat Guizhou di barat daya China, menyeru wilayah itu untuk mematuhi pembangunan yang berkualiti tinggi dan memacu pertumbuhan dengan memperdalam lagi pembaharuan serta keterbukaan secara komprehensif.
Pembangunan berkualiti tinggi dalam pemodenan Cina
Semasa lawatan berkenaan, Xi menyatakan bahawa pembangunan yang berkualiti tinggi merupakan satu keperluan penting untuk memajukan pemodenan Cina, menggesa Guizhou untuk meneruskan pembangunan berkualiti tinggi dengan mengukuhkan ekonominya, memacu inovasi serta mentransformasikan industri-industri tradisional, sekali gus melindungi persekitaran ekologinya.
Pernah dianggap sebagai wilayah "paling miskin", Guizhou mencapai kemajuan yang luar biasa, mengurangkan kadar kemiskinan lebih 9.2 juta orang dalam tempoh sedekad menjelang tahun 2021. Pada tahun 2024, KDNK Guizhou mencapai 2.27 trilion yuan ($311.6 bilion), meningkat sebanyak 5.3 peratus berbanding tahun sebelumnya, lebih tinggi daripada kadar purata pertumbuhan negara sebanyak 5 peratus.
Seringkali digelar sebagai hab data raya China, Guizhou merupakan zon perintis komprehensif data raya nasional yang pertama di negara ini, mempromosikan industri data raya sebagai tulang belakang bagi pembangunan sosial dan ekonominya yang berkualiti tinggi. Pada masa ini, terdapat 47 pusat data utama sama ada sedang menjalani kerja-kerja pembinaan atau beroperasi di seluruh wilayah berkenaan.
Melalui usaha tidak henti-henti dalam pemuliharaan ekologi, wilayah itu – pusat kepada kawasan penggurunan berbatu yang terbesar di China – menyaksikan liputan hutannya meningkat kepada 63 peratus menjelang akhir tahun 2023, dengan 99.1 peratus hari di bandar-bandar utama Guizhou memenuhi piawaian kualiti udara yang sangat baik pada tahun 2024.
Keyakinan budaya
Menegaskan bahawa Guizhou kaya dengan sejarah, budaya merah dan budaya etnik, Xi menyeru wilayah itu untuk memelihara budaya tradisional, meningkatkan keyakinan budaya demi merangsang pembangunan ekonomi dan sosial.
Semasa melawat Kampung Zhaoxing Dong di Daerah Liping pada hari Isnin, Xi dan penduduk kampung duduk di keliling lubang bakar untuk membincangkan penggiatan semula kawasan luar bandar yang menyeluruh di menara dram, seni bina yang unik untuk kumpulan etnik Dong yang berfungsi sebagai tempat perhimpunan komuniti.
Xi menegaskan bahawa kawasan dengan populasi etnik minoriti yang besar harus memelihara budaya tersendiri mereka dan membiarkannya bersinar melalui pembangunan bersepadu antara budaya dan pelancongan.
Pelancongan telahpun menjadi industri yang utama dan pelancongan luar bandar semakin berkembang maju, kata Xi, berharap agar kehidupan penduduk kampung akan terus makmur saban hari.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Kampung Zhaoxing Dong giat membangunkan industri pelancongan dengan menubuhkan lebih daripada 400 hotel, hotel inap desa dan restoran, memupuk lebih daripada 60 perusahaan kraftangan tradisional serta mencipta peluang pekerjaan dan keusahawanan untuk lebih daripada 2,000 orang.
Tahun lalu, kampung berkenaan menerima 1.027 juta pelawat, peningkatan sebanyak 63.4 peratus, dengan hasil pelancongan mencecah 1.02 bilion yuan, peningkatan sebanyak 63.8 peratus. Pendapatan ekonomi kolektif kampung tersebut mencecah 2.45 juta yuan, manakala pendapatan boleh guna per kapita penduduk kampung meningkat kepada kira-kira 41,600 yuan, meningkat sebanyak 12.3 peratus.