omniture

Sigenergy Sahkan Sekali Lagi Komitmen kepada Tenaga Pintar Dipacu AI, Berpusatkan Pengguna di Intersolar 2025

Sigenergy Technology Co., Ltd.
2025-05-11 00:38 22

MUNICH, 11 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Sigenergy menggapai pencapaian penting semasa berlangsungnya Intersolar 2025 menerusi acara pelancaran yang eksklusif di Brainlab Tower Munich, lantas mengesahkan sekali lagi komitmennya untuk membina ekosistem tenaga pintar yang ditingkatkan oleh AI. Acara ini menerima lebih 500 tetamu dan menggariskan cita-cita syarikat untuk mentakrifkan semula masa depan sistem tenaga pintar yang berpusatkan pengguna.

Sejak penubuhannya pada tahun 2022, Sigenergy berkembang pesat ke lebih 60 negara, dengan peningkatan bahagian pasaran yang kukuh di seluruh Eropah, Afrika dan Oceania baik dalam segmen kediaman mahupun komersial, seterusnya menjadi salah sebuah syarikat yang berkembang paling pantas dalam industri ini.

"Di Sigenergy, kami percaya sistem tenaga harus berfikir, belajar dan memenuhi keperluan orang ramai," kata Tony Xu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sigenergy. "Kita sedang memasuki era di mana autonomi dan kecerdasan bukan sekadar ciri, tetapi asas. Atas sebab inilah kami melabur dengan banyak dalam AI."

Salah satu ekspresi paling jelas tentang pelaburan Sigenergy dalam kecerdasan ialah mySigen App 3.0 yang baru direka bentuk semula. Aplikasi ini menggambarkan bagaimana AI diintegrasikan dengan lancar bagi meningkatkan seluruh pengalaman pengurusan tenaga. Menerusi ciri-ciri seperti aliran tenaga visual masa nyata, pembantu AI terbina dalam dan analitis penggunaan diperibadikan, ia memberikan pengguna dengan pemahaman yang lebih tajam, kawalan yang lebih bijak dan keupayaan untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga mereka dengan yakin.

Falsafah Sigenergy yang mengutamakan pelanggan turut ditekankan di acara ini. "Idea paling bijak selalunya datang daripada orang yang menggunakan sistem kami setiap hari — pemasang, pemilik rumah dan rakan kongsi," kata Xu. "Inovasi bermula dengan mendengar." Dengan memberi respons secara langsung kepada maklum balas pengguna, Sigenergy memastikan perkakasan dan perisiannya berkembang untuk memenuhi keperluan dunia sebenar, seterusnya menjadikannya bukan sahaja lebih pintar tetapi juga lebih mudah dipasang, dikendalikan dan disenggara.

Malam berkenaan turut meraikan individu-individu di sebalik kenaikan pesat Sigenergy menerusi Majlis Anugerah Rakan Kongsi yang memberi penghormatan kepada pengedar dan pemasang yang berprestasi tinggi. Dedikasi dan kepakaran mereka memainkan peranan yang amat penting dalam menyampaikan penyelesaian tenaga pintar Sigenergy kepada lebih banyak rumah dan perniagaan di seluruh dunia.

 

Source: Sigenergy Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Trade show news Artificial Intelligence