MUNICH, 13 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju global bagi teknologi hijau, memperkenalkan Sistem Storan Tenaga PCS Rentetan semua-dalam-satu 5MWj EN 5 Pro generasi seterusnya di Smarter E Europe 2025. Menampilkan seni bina DC+AC berkecekapan tinggi, teknologi keselamatan termaju dan analitis pintar, EN 5 Pro menetapkan penanda aras baharu untuk sistem storan tenaga boleh skala dan berprestasi tinggi yang dioptimumkan untuk aplikasi berskala-utiliti.
"Memandangkan permintaan terhadap penyelesaian storan berkecekapan tinggi yang fleksibel-grid menjadi semakin pesat di peringkat global, EN 5 Pro menyediakan jawapan yang sedia mendepani masa depan dengan mengintegrasikan prestasi, keselamatan dan kecerdasan ke dalam pakej semua-dalam-satu yang kompak," kata Dr. Kotub Uddin, Ketua Jurutera Envision Energy, "Dengan kecekapan yang utama dalam industri, keupayaan pembentukan grid yang lancar dan ciri-ciri O&M pintar, produk ini membolehkan rakan kongsi kami memaksimumkan keandalan sistem dan juga potensi hasil."
Prestasi Lebih Tinggi & LCOE Lebih Rendah
EN 5 Pro menyampaikan 2.5 MW / 5 MWj bagi setiap bekas, didayakan oleh teknologi sel praterlitium yang memastikan degradasi sifar untuk tiga tahun pertama. Sistem ini mencapai kecekapan lebih 99% dan meningkatkan kecekapan perjalanan pergi balik (RTE) sebanyak kira-kira 1% melalui teknologi SiC termaju. Seni bina PCS rentetannya mengupayakan kawalan peringkat kluster dan menghapuskan kesesakan untuk menyokong penghantaran tenaga yang unggul dan pengoptimuman sistem. Seni bina DC+AC semua-dalam-satu mengurangkan Kos Tenaga Teraras (LCOE) dengan ketara melalui pendinginan cecair dan kawalan suhu pintar duaan serta O&M yang mudah dengan sistem prapasang yang boleh digunakan dengan pantas.
Keselamatan Dipertingkat & Ketahanan Maksimum
Keselamatan merupakan aspek utama bagi inovasi Envision. Teknologi sel fius ganda tiga EN 5 Pro baharu menambah berbilang lapisan perlindungan. Digandingkan dengan Strategi Keselamatan Kebakaran Pencegahan Didahulukan, teknologi ini memastikan keselamatan diutamakan pada setiap peringkat operasi. Direka untuk persekitaran yang sukar, sistem ini beroperasi secara andal dari -40°C hingga +55°C dan dibina mengikut penarafan perlindungan IP55 dan C5 untuk semburan garam, habuk, kelembapan tinggi dan rintangan kakisan.
Sedia Bentuk-Grid & Pengoptimuman Hasil
Dengan keupayaan pembentukan grid yang mantap, EN 5 Pro beroperasi secara stabil pada SCR ≥ 1.0 dan beralih dengan lancar melalui mod pada-grid, luar-grid, mengikut-grid dan pembentukan-grid. Sokongan keupayaan mulaan gelap untuk perkhidmatan tambahan seperti penghantaran berasaskan FFR dan SoC membawakan aliran hasil tambahan, manakala enjin analitis pintar mengupayakan pengesanan kerosakan awal dan penyelenggaraan prediktif.
Dengan EN 5 Pro, Envision Energy terus mempercepat peralihan global ke arah masa depan sifar bersih dengan menyampaikan penyelesaian storan tenaga pintar, selamat dan boleh skala yang direka untuk prestasi dunia sebenar.