KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Dijadual untuk dilancarkan pada 27 Mei, realme GT 7 menjadi telefon pintar pertama di Malaysia yang menampilkan cip pemproses perdana MediaTek Dimensity 9400e. Dengan skor penanda aras AnTuTu melebihi 2.45 juta mata, cip ini kini berada dalam kelompok tiga teratas pemproses Android di Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan GT7 sebagai 'flagship killer' 2025.
Flagship Killer 2025 realme GT7 Bakal Debut Dengan Dimensity 9400e, Dinobatkan Antara 3 Pemproses Android Terbaik di Malaysia
Dimensity 9400e menggunakan seni bina teras besar yang canggih, menawarkan prestasi dan kecekapan tenaga yang tiada tandingan. Ia menampilkan teras utama Cortex-X4 dengan proses pembuatan lanjutan yang sama seperti Snapdragon 8 Gen 3, tetapi pada kelajuan jam yang lebih tinggi. Cip ini juga dilengkapi GPU berfrekuensi tinggi dan model AI yang sama seperti Dimensity 9400, memberikan kuasa pemprosesan AI yang luar biasa.
Hasilnya, cipset ini mencatat skor AnTuTu yang mengagumkan melebihi 2.45 juta mata dan menjadikannya antara yang terbaik dalam pemproses Android di pasaran Malaysia.
Pengalaman Permainan Lebih Lancar dengan 120FPS yang Stabil
realme GT 7 memberikan pengalaman permainan yang lebih lancar dan stabil. Selain kelebihan dari segi perkakasan, MediaTek Dimensity 9400e yang digabungkan dengan teknologi baharu GT Boost mampu meramal beban kerja SoC secara bingkai demi bingkai, serta memperuntukkan prestasi dengan ketepatan milisaat sewaktu bermain. Teknologi ini membantu mengurangkan penggunaan kuasa sambil mengekalkan prestasi frame rate penuh secara konsisten.
Melalui pengoptimuman mendalam antara perkakasan dan perisian, realme GT 7 menyokong sehingga 20 permainan popular – termasuk Mobile Legends: Bang Bang, Honor of Kings, dan banyak lagi – untuk berjalan secara berterusan pada kadar 120FPS, tanpa gangguan sehingga gaming application ditutup.
Mengenai realme:
realme ialah syarikat teknologi pengguna global yang mengganggu pasaran telefon pintar dengan menjadikan teknologi canggih lebih mudah diakses. Ia menyediakan rangkaian telefon pintar dan peranti teknologi gaya hidup dengan spesifikasi premium, kualiti dan reka bentuk penetapan trend kepada pengguna muda.
Ditubuhkan oleh Sky Li pada 2018, realme telah menjadi salah satu daripada 5 pemain telefon pintar terbaik dalam 30 pasaran global dalam masa tiga tahun sahaja, dan realme telah memasuki pelbagai pasaran di seluruh dunia, termasuk China dan Asia Tenggara, Asia Selatan, Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin dan Afrika, serta mempunyai pangkalan pengguna global melebihi 200 juta. 2024 adalah tahun penjenamaan semula untuk realme dengan slogan baharunya, "Make it Real." Dibawah semangat jenama baharu, realme akan lebih memfokuskan kepada pengguna muda berbanding sebelum ini dan membawa manfaat yang nyata, jelas dan ketara kepada kehidupan mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.realme.com/my/.