SINGAPURA, 16 Mei 2025 /PRNewswire/ -- SSI Schaefer, peneraju global bagi intralogistik dan gudang automatik, hari ini mengumumkan penyertaannya di CeMAT Southeast Asia 2025 mulai 19 hingga 21 Mei 2025 di Singapura (Reruai D5, Dewan 3, Singapore EXPO). Sebagai Penaja Utama Knowledge Theatre, para pemimpin pemikiran syarikat ini akan menyampaikan pandangan tentang automasi untuk penggudangan pintar, penyelesaian boleh skala untuk perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) serta strategi sistem pengurusan gudang.
Reruai SSI Schaefer akan menampilkan demonstrasi langsung rangkaian penyelesaian SSI Schaefer diperluas yang menyediakan pengalaman interaktif dan intuitif kepada pengunjung. RackBot System Elevate dan Shuttle Solutions baharu akan dipamerkan kepada orang ramai buat julung kalinya. Selain itu, pelawat boleh mempelajari tentang keupayaan pemantauan masa nyata portfolio perisian WAMAS.
Sean Lim, Ketua Negara di SSI Schaefer Singapura berkata, "Menerobos sempadan automasi, robotik dan penyelesaian digital merupakan bukti keghairahan kami terhadap intralogistik. Di SSI Schaefer, pakar-pakar kami menerima pakai pendekatan berpusatkan pelanggan dengan mengimbangi keperluan perniagaan semasa pelanggan dan dalam masa yang sama memastikan mereka berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi tuntutan masa depan. Kami berasa teruja dapat berhubung dengan pelanggan kami dan mempersiapkan mereka untuk mencapai kejayaan dalam operasi gudang mereka."
Pratempah sesi rundingan di sini.
Meningkatkan Kecekapan Gudang
Sebagai penyedia intralogistik daripada satu sumber, SSI Schaefer menawarkan rangkaian penyelesaian yang komprehensif bagi mengatasi cabaran gudang dalam sektor-sektor yang berbeza.
RackBot System Elevate ialah penyelesaian barang-ke-orang yang mengautomasikan proses pungutan dalam sistem rak pada ketinggian sehingga 12 m. Dengan menggunakan kumpulan robot mudah alih autonomi (AMR), ClimbBots, setiap AMR boleh digunakan di semua kawasan gudang. Pelaksanaannya yang pantas, ketumpatan penyimpanan yang tinggi dan kebolehskalaan menjadikannya sesuai untuk pelbagai aplikasi yang dapat memenuhi keperluan PKS dan juga syarikat besar.
Di samping itu, Shuttle Solutions membolehkan gudang mencapai kecekapan operasi dan pemaksimuman ruang. Ia boleh disesuaikan dengan penyimpanan tunggal, berganda atau berbilang kedalaman, bergerak pada kelajuan sehingga 1.5 m/s dan beroperasi dalam persekitaran gudang ambien dan juga sejuk beku lampau sehingga -25 darjah Celsius.
Carsten Spiegelberg, Ketua Penyelesaian Logistik di SSI Schaefer Asia & Timur Tengah dan Afrika berkata, "Pendigitalan mentransformasikan cara syarikat-syarikat mendekati rantaian bekalan mereka, lalu menjadikannya penting untuk syarikat-syarikat melabur dalam automasi gudang. Gudang automatik membawa banyak faedah – bermula daripada pengurangan jejak, kefleksibelan, kebolehskalaan dan peningkatan daya pemprosesan hinggalah pengurangan perbelanjaan operasi, penjejakan masa nyata, kawalan stok yang lebih baik dan banyak lagi."
Perkongsian Ilmu oleh Pakar Intralogistik
Di acara pada tahun ini, pakar-pakar SSI Schaefer akan berkongsi kepakaran dan pandangan mereka tentang trend dalam sektor logistik dan rantaian bekalan di Knowledge Theatre. Sesi-sesi ini akan membantu syarikat-syarikat memperoleh pemahaman yang lebih jelas tentang pelaburan yang diperlukan untuk automasi gudang.
Tarikh dan Masa |
Topik |
Penceramah |
19 Mei, 11.35 pagi |
Masa Depan Intralogistik: Sejauh Mana Penggudangan Pintar dan Automasi Membentuk Kecemerlangan Rantaian Bekalan |
Carsten Spiegelberg, Pengarah |
20 Mei, 1.40 petang |
Automasi PKS Boleh Skala: Dari Langkah Pertama kepada Kefleksibelan Penuh |
Johannes Möhrlein, Pengarah, Kejuruteraan Aplikasi, Material Flow |
21 Mei, 10.30 pagi |
Pengurusan Gudang Kalis Masa Depan: Kebingkasan Rangkaian dalam Kejayaan WMS |
Airyn Ong, Ketua Perisian & |
Maklumat lanjut boleh ditemui di sini.
Latar Belakang SSI Schaefer
SSI Schaefer Group ialah penyedia penyelesaian global yang terkemuka untuk semua bidang intralogistik. Dengan memanfaatkan teknologi inovatif, Kumpulan ini memperkasakan syarikat-syarikat untuk meningkatkan kecekapan dan kemampanan proses aliran bahan mereka dengan menawarkan penyelesaian intralogistik hujung-ke-hujung yang berkesan kos. Di samping itu, Kumpulan ini merupakan salah satu vendor perisian terbesar untuk aliran bahan dalaman yang menyediakan pengurusan sumber yang mampan dalam gudang.
Beribu pejabat di Neunkirchen, Jerman, SSI Schaefer memiliki kira-kira 80 syarikat operasi dan tujuh tapak pengeluaran di seluruh dunia.