omniture

Hylla Vintage Hotel Raih Kemenangan dalam Trip.com Choice Awards 2025, Takrifkan Semula Senario Percutian Mewah di Asia

Hylla Vintage Hotel
2025-05-16 12:42 43

LIJIANG, China, 16 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Hylla Vintage Hotel memperoleh pengiktirafan antarabangsa menerusi tiga penghormatan teratas dalam Trip.com Choice Awards 2025. Hotel ini telahpun diiktiraf sebagai antara "100 Hotel Paling Cantik di Dunia," "100 Hotel Paling Cantik di Asia" dan "100 Hotel Paling Mewah di Asia." Pencapaian yang luar biasa ini menggariskan gabungan luar biasa daripada hotel ini antara estetika semula jadi, warisan budaya dan falsafah layanan baik tempatan, lantas memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam sektor hotel pusat peranginan mewah di China dan meningkatkan pengaruh antarabangsanya.

Trip.com Choice Awards diiktiraf untuk sistem dwipenilaiannya yang menggabungkan analitis data yang komprehensif—menjangkau lebih 1,000 hotel—dengan penilaian di lapangan. Kejayaan Hylla terletak pada pengalaman budaya yang imersif, integrasi yang lancar dengan landskap alam semula jadi dan tawaran perkhidmatan yang inovatif. Hotel ini menawarkan pemandangan Gunung Salji Naga Jade yang menakjubkan, menggabungkan padang rumput alpine dan kampung purba dengan lancar untuk memberikan pengalaman mencari ketenangan yang imersif. Ia turut menggabungkan seni bina tradisional Naxi dengan elemen reka bentuk moden, menawarkan perkhidmatan kerja rencam tempatan yang profesional dan menganjurkan pelbagai aktiviti kebudayaan Naxi. Jawatankuasa Pemilihan Trip.com berkata, "Hylla menetapkan penanda aras baharu dalam hospitaliti mewah dengan menyeimbangkan amalan mesra alam dengan resonans budaya secara harmoni. Pendekatan ini bukan sahaja memenuhi jangkaan pengembara antarabangsa untuk pengalaman pengembaraan yang mewah tetapi turut menerapkan hotel ini dengan intipati kerohanian tempatan yang mendalam."

Zhou Yuwen, Pengasas Bersama jenama Hylla dan Pengurus Besar Hylla Hotels & Resorts, menyatakan, "Dengan mengintegrasikan dasar tanpa visa negara dengan tarikan budaya dan pelancongan Yunnan, Hylla Vintage Hotel menawarkan tiga kelebihan utama dalam menarik pelancong Asia Tenggara: kitaran membuat keputusan pengembaraan yang lebih pendek digandingkan dengan penginapan yang lebih lama untuk pengalaman yang lebih imersif, daya tarikan ganda dua iaitu pengetahuan tentang budaya dan kepelbagaian alam semula jadi dan peningkatan tersuai bagi perkhidmatan dan aktiviti hotel." Sebagai contoh, dasar transit tanpa visa 240 jam membenarkan pengembara dari Asia Tenggara bergerak dengan mudah merentas sempadan wilayah. Pelancong dari negara-negara seperti Thailand dan Malaysia boleh berkunjung ke Yunnan dengan pantas melalui Keretapi Lao-China atau penerbangan terus, seperti laluan Bangkok-Lijiang. Lijiang, pusat utama Hylla, berfungsi sebagai hab pelancongan di barat laut Yunnan dan berada pada kedudukan yang baik untuk menampung kemasukan pengembara. Pelancong Asia Tenggara yang selalunya mempunyai minat yang tinggi terhadap budaya etnik minoriti, akan mendapati kedekatan hotel ini dengan tapak budaya yang penting, termasuk Hutan Jietuo, tempat kelahiran Mushi Tusi dan Bandar Purba Baisha, pusat kesenian penganut agama Buddha Dinasti Tang, benar-benar menarik. Hotel ini menawarkan pengalaman imersif seperti lukisan thangka dan lawatan rumah Naxi yang memenuhi keinginan mereka terhadap penerokaan budaya. Selain itu, ekoran iklim tropika, pelancong Asia Tenggara tertarik dengan landskap ekologi yang mempunyai gunung yang dilitupi salji dan padang rumput alpine. Bilik tamu panoramik dengan pemandangan salji di hotel ini menawarkan pengalaman alam semula jadi yang tersendiri yang sejajar dengan minat pengembara. Menurut data 2025 Trip.com, Hylla menawarkan kadar beli semula sebanyak 30% dalam kalangan pelanggan Asia Tenggara. Individu yang mempunyai nilai bersih tinggi di rantau ini semakin tertarik dengan "percutian penyembuhan" dan hotel ini memenuhi keutamaan ini dengan menawarkan kursus meditasi gunung bersalji dan sesi penyembuhan bunyi teh. Hartanah ini juga mempunyai bilik halaman pagar tembok berkembar dengan privasi yang sangat baik dan menganjurkan jamuan persendirian dengan pemandangan gunung bersalji yang menakjubkan, memenuhi dwijangkaan untuk rasa terlepas bebas dan persekitaran sosial yang mewah. Untuk keluarga Asia Tenggara, Hylla menyediakan perkhidmatan kanak-kanak eksklusif, seperti memetik sayur-sayuran dan kelas kraftangan Naxi. Aktiviti seperti pesta unggun api bercahaya Georo Coffee Bar direka untuk dinikmati oleh semua peringkat usia. Bagi menangani halangan bahasa, kebimbangan keselamatan dan sebarang isu yang boleh timbul dengan transaksi rentas sempadan, hotel ini menawarkan perkhidmatan butler berbahasa Inggeris, keselamatan 24 jam dan perkhidmatan pertukaran mata wang tempatan yang mudah. Bilik tamu dan kawasan teras luar diasingkan sepenuhnya bagi menjamin keselamatan dan privasi, dengan bukan tetamu dihadkan daripada memasuki kawasan bilik tamu.

Menurut data Trip.com, carian untuk hotel karbon sifar bersih oleh pengembara untuk Asia Tenggara melonjak sebanyak 89% tahun ke tahun pada tahun 2025. Sebagai contoh utama hotel mesra alam dan mewah di China, tumpuan Hylla terhadap kelestarian dijangka akan meningkatkan lagi daya saing antarabangsa hotel ini. Zhou Yuwen menyatakan, "Fasa pertama hotel ini menjangkau keluasan 233,333 meter persegi, terletak di banjaran Gunung Salji Naga Jade. Ia terletak secara unik di antara pergunungan yang dilitupi salji, hutan dan kampung purba, menawarkan begitu banyak sumber ekologi dan budaya." Bermula daripada penubuhan hingga pembangunan, projek ini mendukung komitmen secara konsisten terhadap amalan rendah karbon, mesra alam dan sumbangan komuniti, lantas memberi tempat kepadanya sebagai peneraju dan contoh dalam landskap kelestarian ekologi China. Bagi mengintegrasikan selanjutnya alam semula jadi dan kemanusiaan, Hylla merancang untuk membina gugusan ekologi yang komprehensif untuk percutian gunung bersalji terpencil yang direka untuk berkembang secara organik dari semasa ke semasa.

Latar Belakang Hylla Vintage Hotel 

Ditubuhkan pada tahun 2019 dan menyertai senarai Hotel Terkemuka di Dunia pada tahun 2023, Hylla Vintage Hotel merupakan sebahagian daripada Hylla Hotels & Resorts. Terletak di Lijiang, sebuah wilayah yang terkenal dengan kekayaan gabungan antara keindahan alam semula jadi dan warisan budaya, hotel ini terletak di tanah terpulih Kerajaan Naxi kuno. Ia menonjol sebagai salah satu daripada sebilangan kecil hotel butik di China yang menggabungkan dengan lancar seni bina lestari tempatan, estetika ruangan dan koleksi karya seni zaman pertengahan dengan neo-naturalisme. Hotel ini memiliki 29 bilik vintaj dan menawarkan keluasan lebih 10,000 meter persegi tempat luaran, termasuk Yink Restaurant, Georo Coffee Bar, Organic Vegetable Garden, Hylla Selection, Red Rock Gallery Shop, Wulu Gallery, Xupai Lawn, Meadows Theater, Wilderness Garden, Lakeside Lawn dan Glamping. Ruang ini turut mengadakan pelbagai aktiviti memperkaya termasuk pengalaman kraftangan tempatan, pameran seni dan penerokaan alam semula jadi dan budaya, bagi memenuhi keperluan mereka yang mencari pengalaman imersif dalam budaya eksotik. Hotel ini memperjuangkan estetika lestari yang ditakrifkan oleh santaian dan penyederhanaan, mengundang setiap tetamu untuk menemui semula irama kehidupan peribadi mereka di tengah-tengah pergunungan yang dilitupi salji, hutan dan kampung purba.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi hyllareservation@hyllagroup.com  atau +86 0888 - 5155555. Anda juga boleh menemui kami di media sosial dengan mencari "Hylla Hotels & Resorts" di WeChat, Wechat Channels, Weibo, Xiaohongshu dan Douyin, atau membuat carian "hyllalifestyle" di Instagram dan TikTok.

Source: Hylla Vintage Hotel
Keywords: Green Technology Hotels and Resorts Travel Awards